Thursday 7 October 2021

Naive!

 Salam 7 October,

Walaupun aku baru jer post tadi..ni aku terrrrajin la plak nak taip...tajuk cerita Naive!

Kita semua sedia maklum yang budak-budak memang naive dan tak pandai nak menipu disamping mempunyai hati yang tulus mulus.

Alkisah dulu aku menyewa dengan kawan aku ni kat Puchong Batu 13.Rumah yang kami sewa tu adalah rumah PPRT.Rumah pon rapat-rapat stail boleh dengaq jiran sebelah sembang apa punya.Sewa murah kat situ untuk kami yang baru nak mula biz.

So kawan aku ni ada anak umur 6tahun nama Daniel Putra.Kira duduk sekali la dengan aku.Daniel ni memang lawak tapi cerdik nak mampos.Ada jer benda yang dia akan buat aku gelak atau naik angin.Yang paling best,kawan aku ni memang tak kisah kalau aku mengajaq anak dia...pendek kata rotan pon memang dia bagi la sebab Daniel ni hyperactive.Dia pon tak larat nak jerit kat Daniel ni.

Aku dengan kawan aku ni plak memang sengaja cari rumah yang berdekatan dengan masjid agar kami dapat mengimarahkan lagi Rumah Allah.Kami selalu pi time terawih...best gila,nak buat sedekah pon senang.So pendek kata rumah kami every week ada jer makan2 la,masak2 la,bbq la dan kadang kami buat bacaan yasin.Senantiasa meriah dengan anak-anak jiran dan sahabat handai.

Bila kami buat bacaan yasin,biasanya mestilah ada air bacaan yasin kan.So satu hari si Daniel ni jerit dari bawah tanya kat aku,Aunty Nick,air dalam botol ni air ape?Nge(Danial bahasakan diri dia Nge) nak minum sikit boleh?tanya Daniel.Aku pon jeritla tu ayaq yasin.Pastu dia jerit ok.Tetiba aku dengaq Daniel panggil anak jiran sebelah yang kebetulan nama Yasin,"Weh kita nak minum air awak sikit boleh?"si Danial pi mintak izin Yasin anak jiran rumah sebelah.HAhahahahhaahhahahahhahaha,aku dari atas keras perut gelak...yang bestnya Yasin tu kata minumlah!Haihhhla budak-budak naive kan?HAhahaha.

Tu baru satu,masa aku pi mall,aku nak terkencing,si Daniel pon nak kencing jugak,aku heret la dia masuk toilet perempuan,dia punya malu la tak tau nak habaq,dia masuk toilet sebelah aku,aku ni plak dah dapat toilet ingat nak buang air kecil je,mana la tau yang "besar" nak menyusul jugak kan...so aku take time sikitla,tapi aku memang tak tenang langsung bila Daniel asyik panggil nama aku,"Aunty Nick dah ke belum?"dia ulang berpuluh kali.Nak jer aku cepuk budak ni...Yang bestnya selagi aku tak keluar,dia pon tak keluar,patutnya keluar la tunggu depan pintu ke apa...dengan orang ramai dok beratur nak lepas hajat...aku pon dapat idea untuk bagi dia "kill time" aku suruh dia kira 1-10 slow2 while aku setelkan hajat aku.So Daniel pon kira la 1.......2.......3.......4........5.....bla bla sampai 10.Aku tau aku kena setel sebelum dia reach 10 kalau tak panjang lagi la leteran dia kat aku.Buat malu aku jer kat orang yang dok beratur ramai2 tu.Ok pastu citer habis kat sini...point dia aku nak bagitau,aku kan pandai sangat mengajaq Daniel suruh kirakan....2 minggu lepas tu kejadian di rumah.Aku sakit perut tahap menggeletar yakni yang nak keluar ni bukan biasa-biasa!!!Aku ulang bukan biasa-biasa.Code Red!!!Perut aku memulas kawwww,aku lari pergi toilet,guess what,Daniel tengah dalam jamban!Shit.Toilet mandi ngan berak asing2.Aku pon ketuklah pintu suruh dia cepat.Aku siap dengar dia main air tembak sampai ke siling.Aku bising la suruh dia cepat.Nak tau dia kata apa."Aunty Nick kira dari 1-100...baru Nge keluar.Aku rasa macam nak menangis!Anjing monyet beruk semua aku carut....aku ni nak tercirit sangat-sangat dah..sampai merayu aku kat dia.Agak-agak la Daniel,kamu suruh Aunty kira sampai 100,hari tu Aunty suruh kamu kira sampai 10 jerr...dia dok gelak kat dalam sambil paksa aku kira jugak....last aku ugut dia kata nak berak depan pintu toilet dan dia memang akan kena cuci aku tak peduli!!!Baru dia keluar!Damn!!!!Nak marah sangat pun budak...Naive kan...lagipun aku la yang pandai sangat mengajaq...sekarang hambikk kau!So paling-paling pun aku mengadu kat kawan aku tu kata anak dia kejam buat aku macam tu.Kawan aku tu gelak jerrr.Kurang hajor

Tu kisah lawak,kisah sedih masa aku nak pindah,aku susun kotak aku depan pintu rumah,kiranya aku nak mengangkut barang dahla,Daniel punya menangis meratap sambil heret satu-satu kotak aku masuk bilik balik.Siap dok koyak2 kotak tu nak punggah barang aku balik sebab dia tak bagi aku pindah.Sedih kan.Kesian...aku pon tak sampai hati nak pindah tapi masa tu aku dapat kerja kat Subang dan rumah yang lebih dekat,so terpaksalah....sepanjang dalam kereta aku plak menangis...tersentuh hati aku...Mana taknya,aku memang suka melayan kerenah budak-budak...main dengan depa buat aku rasa happy. Aku suka bedtime stories kat budak-budak..aku tipu apapun diaorang bukannya tau..Aku pernah cerita hantu kat Daniel lepas tu dia muntah.Hahahahahaha,aku pernah jugak paksa Daniel makan masakan aku dan dia muntah.For real....kawan aku kerja dia gelakkan aku jer.

Sayangnya aku tak dapat spend time yang macam tu dengan anak saudara aku sendiri.Lebih-lebih lagi anak-anak arwah kakak kesayangan aku.Dahla jauh nunnnnnnn di Sabah sana.Tetiba jer dah besor.Setiap kali VideoCall aku mesti drama airmata sebab rasa macam cepatnya waktu berlalu..Anak-anak abang aku plak dah besar-besar,semua asyik dengan phone.Phone ni la satu benda musibat jugak!Kau buang masa dengan phone tanpa kau sedar cepatnya waktu berlalu.So sad...

Apapun,pesan aku,budak-budak ni bukan selamanya akan jadi budak,so kitalah yang kena warnai masa kanak-kanak mereka dengan aktiviti and etc.Sebab bila masa berlalu,kau tak akan dapat putar ia kembali...it is long gone. 

Exploring Self Compassion

 Salam 4 October..

Hari ni aku macam boleh bernafas sikit sebab September dah berlalu -bulan dimana sebulan duit gaji aku kena kebas dek kerana kealpaan aku.

So aku nak explore tajuk Self Compassion - setelah aku kena tarbiah panjang dengan kaunselor kesayangan aku.

Apa itu self compassion?Ni aku petik dari Google dulu,"..being warm and understanding toward ourselves when we suffer,fail or feel inadequate,rather than ignoring our pain or flagellating ourselves with self criticism.."

So dalam bahasa melayunya rasa belas kasih diri atau kemampuan yang melibatkan proses memahami diri sendiri tanpa mengkritik setiap kegagalan atau kesalahan yang kita buat,lebih kurang macam tulah yang aku paham.Aku selalu blame diri aku untuk perkara2 bodoh yang aku buat dalam hidup-macam self torture la jugak...tapi kaunselor aku selalu cakap,why are you being so hard and harsh to yourself???So setiap benda yang aku cerita kat dia,dia akan tanya,what if i am you,and you are me...do you still said those words to me?Contoh,kalau dia yang kena scamm,apa yang aku akan kata kat dia?Of course lah benda yang comforting her kan...tapi kenapa aku tak boleh cakap macam tu kat diri aku sendiri???You didn't love yourself?hmmmmmmm

You have self awareness but you need to learn on self compassion.Pening aku mikir benda ni...aku mengadu kata aku selalu allowed people buat benda yang aku tak suka,sebab aku jenis telan.. telan.. telan..bila aku rasa full dan tak tahan i ll just explode!Instead of that why don't you tell how do you feel...kata kaunselor aku lagi....i feel ...(tell your emotions) bla bla when you said that.That s it!


Kesimpulannya,self compassion ni adalah satu proses untuk kita mengenali "our own darkness well and start to love ourself".Tak ada siapa yang 100% perfect,bila kita faham dan mendalami self compassion ni,tanpa kita sedari kita baru jer unlock space to be at peace inside!It is okay for you to mess up,you ll learn from that,you grow from that.Give your self time,learn.....You don't need to make everyone to like you...You have to like you!!!Bila kita pass bab ni,kita akan automatik embrace self forgiveness,self love,self worth dan self acceptance.

Nak buat benda ni bukanlah semudah yang kita sangka,tambah2 kalau kau jenis yang overthinking,yang dalam kepala otak kau ada 2,3 suara yang bertelagah...(aku la tu)...tapi kena buat jugak sebab at the end of the day....when your body can't take it anymore...you're dead man!Kau akan start sakit..kau akan suffer...kau akan rasa kau tak layak hidup,kau akan start blame orang,blame takdir,kau akan hilang motivasi,day to day pon kau tak boleh nak function well lagi.Nak ke macam tu?Tak nak kannn..



Aku selalu hamput diri aku pasal masa aku muda dan gaji banyak aku tak beli rumah...makcik2 aku suka membandingkan aku dengan saudara mara aku yang lebih muda yang mampu memiliki rumah sendiri,aku rasa stress bila dengar benda macam tu dan aku start perengg dan mula mengkritik diri aku sendiri sampailah aku belajar self compassion ni.Kenapa aku seksa diri aku dengan orang lain punya "timeline achievement"?Kalau aku beli rumah umur 65 sekalipun,it is still an achievement!!!Kalau aku kawen umur 95 sekalipun tetap kawen...mamposla kan....Peduli apa aku dengan apa orang punya opinion!Tapi disebabkan mentaliti orang yang suka letak timeline untuk itu ini pastu dok banding pi banding mai la buat orang lain hidup rasa macam nak mampos!Break the stigma!

Tapi tulah...opinion orang lain adalah satu benda yang kita tak boleh control...yang kita boleh control adalah how we react,how we think and how we move on.So sebab tu lah kita kena belajar banyak untuk kentalkan diri kita dari dalam.Hati kena kuat.Prinsip kena ada.Yang paling penting sekali kita tau siapa diri kita..

sekian ceramah 3hari 3 malam punya dok tulih...7oct baru post!

Kamsa Hamida...<wink>


Friday 1 October 2021

SAKA - SAKAN - SAKAI

 


Salam,

Tajuk aku hari ni adalah tentang saka...lain macam kan...hahahahahhha

Ok,apa jadahnya dengan saka ni,kalau ditanya jer masing-masing mesti ada cerita tentang saka,kalau bukan keturunan dia punya...jiran dia punya la...kenalan la...tapi confirm semua orang maklum pasal cerita saka ni kan.Ada yang berbangga ada saka...ada yang tak mau tapi dapat jugak...malah ada yang tak tau pon dia ada saka.

Aku nak share cerita aku...to be honest,aku ni tak ada la tahu menahu sangat bab keturunan aku dengan details..apa yang mak ayah aku cerita,takat tu jelah...tok belah ibu - aku hanya sempat jumpa arwah mak tok aku yang lepas tu meninggal tahun 1992(Aminah Bee)-dengar kata asal keturunan dari China dan masuk Islam tu dari great2 moyang - dan aku ada dengar jugak yang Tokong Ular kat Penang tu ada kena mengena dengan jalur-jalur moyang aku punya siblings yang tak convert to Islam,kiranya depa la yang bina,Wallahualam.Manakala tok laki plak (Sheikh Ahmad) aku tak sempat kenal (belah mak jugak) sebab meninggal lebih awal,cuma yang aku tau asal dari India dan seorang pedagang.Tak tahulah bisnes rempah ke apa tapi memang orang meniaga la sampai ke Tanah Melayu ni.India - muslim.Cakap pon memang ada slang india punya.Arwah mak selalu kata "Atta akan marah mak mcm ni,tara pakai tudung mau jadi hantu minatang",hahhahahhahahhaha lebih kurang macam tu la yang aku leh recall.

Belah bapak aku plak,hat ni best nak cerita..masa arwah bapak aku hidup,dia selalu cerita yang dia dengan Sultan Kelantan hat berapa kali lipat ke belakang tu aku tak taulah - depa akan pi berburu ayam hutan.Pendek kata tu Pak menakan dia.Kira aku ada  darah - darah diraja jugakla kot.Perasan!Tapi Tok belah ayah aku (Nik Sulaiman) ni aku jumpa dia 2x ja dalam hidup aku,sekali masa aku umur 9tahun dan sekali lagi masa ayah aku meninggal aku umur 12 tahun.Dia plak kecek kelate kawww dengan gigi tak berapa ada,maka lambat lagilah aku nak paham kan.Nenek belah ayah lagilah mimpi nak jumpa sebab ayah aku sendiri tak berpeluang nak mengenali mak dia sebab meninggal selepas bersalin kalau aku tak salah.Ayah aku bongsulah kiranya. 

Info di atas adalah saki baki memori aku yang kelam-kelam dek kerana aku memang sangatlah pelupa.Orang2 tua yang dok ada pon berahsia sangat kalau nak bercerita apatah lagi kalau aku tanya bab saka.Mampos kena maki kena hamput sebab dok pi percaya yang bukan2..aku ni excited...bukannya aku nak beriman dengan benda yang tak dak2 ni....uishhhh mintak simpang malaikat 44.Korang fikirlah...mana tak excited kalau aku ni tidur jer mimpi pelik2.Tu baru aku cerita mimpi,belum lagi real life stranger yang aku jumpa kat kedai makan tetiba datang cakap "kau kena kaji keturunan kau...blablabla..."....maunya tak ternganga aku??aku pergi urut,orang urut plak cakap gini-gini...pendek kata dah macam Misteri Nusantara.

Masalah dengan mimpi ni plak,kau tak boleh nak beza mimpi yang mainan saitan dengan mimpi yang membawa khabar...aku memang suka tengok tafsir mimpi...tapi last2 aku ignore jer..sekadar hiburan aku...tapi lately ni,aku asyik mimpi jumpa lelaki berjubah dengan kanak2 ramai2 macam dalam cerita PRamlee yang Haji Bakhil bawak sepanduk anak yatim sambil nyanyi lagu "Tolong kami,bantu kami,anak2 yatim piatu..."......kanak2 semua usia 3-7 tahun aku rasa.Yang heranya dalam mimpi tu aku konfem akan tolong jaga budak2 tu sekali.Bawak naik train la...main bersama la....pendek kata mimpi ni berulang2 tapi berlainan situasi.Hinggalah suatu hari,lelaki yang berjubah tu bagitau aku ada orang nak jumpa aku sangat tapi aku terlindung sebab dia ada,aku pon cakap aku nak jumpa la...sapa dia?Nak jumpa aku awat?dan bila aku kata nak jumpa zasss tetiba menjelma sorang lagi lelaki berjubah kelabu muncul dan dia bagi salam kat lelaki jubah yang 1st pastu depa cakap arab.Aku paham tang dia bagi salam jerla.Aku tanya lelaki berjubah kelabu tu,"ni saya nak panggil apa?,dia jawab nama ana Al-Dass"..so Al Dass ni mintak izin kat lelaki yang dok bawak budak ramai2 tadi nak berdamping dengan aku.Dia kata aku yang dok seru dia.Aku ni dapat lihat wajah Al Dass ni,tapi wajah lelaki yang bawak budak2 tu aku tak pernah dapat lihat,hanya bayang sosok tubuh..sedangkan dia yang selalu datang dalam mimpi aku..ok lepastu lelaki tadi jawab kat Al-Dass tak boleh sebab kalau dia berdamping dengan aku banyak benda tak elok yang akan berlaku.Pastu aku terjaga..........

Korang rasa la kan...ni Misteri Nusantara atau Misteri Pisang Nangka???hahahahhaha...aku jumpa Al-Dass sekali tu jer tapi lelaki berjubah tu dah macam partnership aku bukak tadika..kerap gila mimpi...kot la aku dok tolong jaga budak-budak tu ada Harta Ahmad Albab ka dok menanti rancak jugakla...ni bagi aku perenggg lagi adala.

Dan 2 hari lepas aku terpanggil untuk kol seorang sahabat baik aku yang aku sayang jugakla,saja nak tanya khabar berita,tapi ada berita mengejutkan.Kawan aku ni kena santau.Dia tengah dalam proses berubat nak buang sihir yang dihantar kat dia tapi yang bestnya masa aku tengah video call dengan dia tetiba she's been posessed by that jin.Dah tak pasal jadilah pulak siri Bercakap dengan jin.Korang mesti kata aku ni ntah hapa-hapa..nak percaya ka tak percaya wallahualam.Tapi aku kenal kawan aku bukan bercakap macam tu..dengan mimik muka gaya semua lain macam...macam2 aku tanya jin tu yang aku tanya nama dia,dia tak nak bagitau,so aku namakan dia Cleopatra sebab katanya umur dah beribu-ribu tahun.Masa aku tengah interview Cleo,Cleo ni kata "penjaga" aku marah aku bercakap dengan dia.Sejak bila plak aku ada penjaga?Penjaga aku pandai silat katanya,maklumlah panglima.Ini bukan news baru untuk aku..dah macam-macam aku dengar..Hari tu Puteri Ular jaga la...ni Panglima pulak!To be honest kalau nak ada penjaga sekali pon,aku nak Lisa -Blackpink ka,JungKook - BTS ka..menarik jugakla...ni seram2 belaka.Haihhhh...tapi dalam banyak Cleo ni sembang ngan aku,satu benda jer leh ambik,dia kata jangan tinggal solat.Aku gelak sebab dia tu jin kafir...Elok plak dia sekolahkan aku...tapi dia kata manusia ni suka mungkir janji...yang tu pon aku setuju.Aku sendiri fed up dah dengan manusia.Terlalu menyakitkan!

Aku dah ngantuk,esok aku tukar shift balik kerja pagi...nanti aku sambung lagi cerita saka-sakan-sakai ni yerrr....banyak lagi aku nak cerita.Sabar jap. 

Kamsa Hamida...mmmuahhhh - wink!

Saturday 18 September 2021

Ingatlah angka ni sampai MAMPOS - RM5360


Bismillah...
Salam September....

Aku nak cerita bulan September 2021 ni akan buat aku ingat sampai mampos dimana aku kena scam amount sebanyak RM5360!!!

Ikut hati aku nak jer aku tidur and "wake me up when September ends".Buku diatas aku beli 3 hari lepas atas dasar memujuk hati dan this is my way to channel my woes in a fine way..

Alkisah tersebutlah kisah,Sang Kancil datang beramai-ramai mengadap Sultan Firaun...mana Firaun pakai Sultan,Bodoh!-dialog P Ramlee....akulah sang kancil tu...aku ingatkan aku cerdik la macam sang Kancil...sekali terbodoh pergi mengadap Sultan Firaun (Scammer)....tayyyibbbbbb!!!

Aku ni gatal tangan pergi cari part time online kat Facebook,aku tinggalkan nombor telefon dengan harapan kalau ada rezeki adalah...kalau tak ada,bersyukur jerla dengan apa yang ada.Sekali ada orang kol aku tanya berminat lagi ke nak buar part time online?keja dia senang jer,cuma "LIKE" barang kat Shoppee,1 LIKE = RM5.Ehh mestila nak,senang sangat kerja tu.Aku pon join la....

Mula-mula hanat ni masuk kan aku dalam group Whatsapp yang dalam tu konon nya orang-orang yang sama macam aku-buat part time la.Ada la dalam 100+ yang join.Aku konon nya buat pandai perati dulu depa ni "Legit" ka dak...to be honest,semua admin dalam tu aku memang doubt giler..tapi biasala kan,
bila tengok semua kalut dok bekerja dan dapat easy money-akhirnya sang kancil yang cerdik sangat ni pon terjebak!Ala babi betul!

Hanat babi ni pandai,mula Shoppee,pastu depa ada lagi 1 task dimana kita kena bukak account   Amazon -Daisheng.Dari situ dia bagi pakej kita kena pilih job,yakni hgpa kena bankin duit purchase barang kat Amozon tu pastu cancel balik kononya nak naikkan rating dan automatik dapat 20% dari amount yang hgpa bankin tadi.Menarik kan?Duit dapat on the spot!Babi dak?

Masa aku buat job yang melibatkan amount sikit,elok jer aku dapat 20% aku balik...kiranya tu antara teknik diaorang untuk bagi kita percaya la....first you need to gain our trust.....lepas tu once aku pon dah percaya...amount job tu makin naik...pendek kata task yang aku pilih tu amount dia RM2860 tapi aku ada salah klik beli barang yang dia suruh tu 1unit,patutnya beli 2unit,bammmm dia terus freeze duit aku,kalau aku nak unfreeze kena bankin lagi RM2680...mana la aku nak faham bahasa cina....babi betul!Aku pendekkan cerita aku bankin lagi RM2680 untuk unfreeze yang duit 1st tadi untuk continue job lain la kononnya...tapi dia mintak lagi 8k.Masa ni baru aku sedar aku baru kena scam.I should stop at 2680 yang 1st tadi............................................................................................so 2x2680=5360 harga kebodohan aku ditipu Sultan Firaun!

Apa jadi kat aku lepas tu?hmm perengggggggg.Aku masuk bilik 2 orang Aunty aku...pastu aku menangis sambil tertungging gaya-gaya frust nak mampos sambil teresak-esak...Cikgu Zainab gelak jer kat aku..dia tak marah...cuma dia tanya aku satu soalan jer..."Hang pernah aniaya duit siapa2 ka"...terus aku teringat satu kes...jengjengjeng...Dulu masa keja Astro,aku nak resign punya time..aku dapat gaji last aku dlm bentuk cheque 5k+...pastu Astro tersalah pergi bank in lagi 5k+...masa tu aku memang Raya hindu la...aku anggap rezeki terpijak la bagai....so Cikgu Zainab kata...anggap jer macam aku bayar balik.

Aku pon muhasabah-sarawak diri...aku redha...aku telan...mungkin Allah nak cuci dosa-dosa kat dunia ni supaya kat sana nanti aku ringan lah sikit hendaknya....

Sebab tulah aku selalu peringat diri aku sekarang..dalam dunia ni yang paling berat adalah Amanah...sebab dia terlalu berat la ramai orang yang gagal untuk jadi amanah!Aku doa sangat supaya aku tak gagal dalam bab tu....semoga Allah tetapkan hati aku istiqomah untuk terus jadi hambaNya yang baik.

Kesimpulan,carilah "meaning" dalam setiap musibah yang jadi kat kita instead of blaming others.Dalam kes aku...aku sedar pasal amanah dan siapa yang berdiri di belakang aku masa aku susah!
Syukur alhamdulillah family tak pernah menghampakan bab ni.Thanks to both of my Aunt,my sis,my cousin and my frenz.Semoga kalian diberi kesihatan yang baik dan murah rezeki selalu!

Akhir kata "Carry money in your head,not in your heart"
 
 

Monday 30 August 2021

Eyes never lie👀


29/8/2021

They say..eyes can't never lie..
The eyes tells more than words could ever say..
Eyes are the windows to the soul..
and...
never lie to the eyes that look at you with love..
Some eyes touch you more than hands ever could...
Where your eyes get stuck..is where your soul is searchin' for......

Sunday 22 August 2021

That 3 different Goodbyes ( Last Episode )


Salam sayang..

Hari ni aku nak habiskan cerita aku yang tajuk "That 3 Different Goodbyes - How's yours gonna be..."
Last episode aku cerita camna kakak aku dapat tau dia menghidap Cancer,yang tahu - tahu jer terus stage 4.
Bukan tu saja,Doc siap cakap Life Line dia paling lama 5tahun.Masa tu sapa jer yang boleh terima..pendek kata kami semua in denial state dimana kami rasa Kak Ana sihat jer dan inshaAllah kami akan ikhtiar habis-habisan dan buktikan Doc cakap tu tak betul!

Peliknya cancer kakak aku ni,hospital tak dapat cari dia cancer apa...result asyik keluar "Unknown Origin".Kalau orang lain,kita tau jer cancer rahim ke,cancer usus ke tapi Kak Ana tak dapat dikenalpasti.So dari Hospital Sabah ke Hospital Serdang UPM dan akhir sekali ke Hospital Penang.Macam2 test kakak aku buat tapi semua sama.Bila tak dapat kenal cancer apa,susahlah Doc nak buat rawatan.Seingat aku Kak Ana ni jenis ikut jer apa saja yang Doc sarankan... chemotheraphy, radiotheraphy, semua dia buat sampai botak kepala,luruh habis bulu mata,kening bagai.Ketumbuhan tu tetap terus membesar dan membesar.Hingga menyulitkan Kak Ana untuk bergerak.

So macam biasa la bila kami berubat cara saintifik tak jadi,ramai la yang suggest berubat cara kampung.Dari ustaz sampai ke bomoh melayu cina semua aku tibai.Dalam ramai-ramai yang cuba ubatkan Kak Ana,semua cakap Kak Ana ni terkena sihir mayat something like that la.So cara nak berubat pon satu macam punya pattern mayat-mayat jugakla..dengan kain kapan bagai..ada satu muallaf cina ni suruh aku pergi cari kertas kuning yang kalau ada orang cina mati diaorang tabur kat jalan tu.Korang bayangkan time tu aku nak kena tunggu la sapa-sapa cina mati aku nak serbu cari kertas tu...adventure sungguh.
 
Ada jugak kisah lucu,ada satu ustaz ni dia letak buluh macam tabung berbalut kain 7 warna kononya untuk perangkap apa sahaja sihir yang tak der-tak der ni incase kalau betul ada orang dok keep sihirkan kakak aku.So tabung buluh tu aku letak di sudut bilik.Kadang-kadang aku dengar jer bunyi tinggg...tinggg macam duit syiling diisi dalam tabung tu.Ok part yang lucu dia jap,sambungan dari kertas cina mati tu tadi,aku kol kawan aku Salmah tanya kot-kot dia tau tang mana-mana ada cina mati,kebetulan si Salmah tu ada nampak minggu lepas area Ayer Itam ada satu orang tua cina meninggal.Sakit tua mungkin.So aku bergegas dengan Salmah pi kutip kertas cina mati tu,disebabkan ketumbuhan Kak Ana ada 2,so 2 helai kertas cina mati tu aku kena ambik dan bawak pi kat kakak aku,pastu layangkan kertas tu kat ketumbuhan tu sambil selawat dan niat kat Allah agar apa sahaja benda yang tak elok akan ikut kertas tu lah.Pastu aku kena letak balik kertas exactly kat tempat yang aku ambik.Aku memang ada tanda tempat tu..tapi kertas tu aku tak tanda...so aku confuse mana satu tempat dia...aku main letak jerla.

Hahahahahaha,esoknya,masa aku tengah masak kat dapur,Kak Ana jerit panggil aku,dia nampak roh orang tua cina berkain batik ketang kedada,bertocang datang jenguk dia,muka relax chill jerr...pastu roh tu terus lompat masuk dalam tabung ustaz tadi.Ketingggggggg bunyi dengar sampai dapur....Aku rasa aku salah letak dah kertas tu.Tapi si Kak Ana ni boleh buat lawak dengan aku dia cakap,pehal orang tua tu sampai tengahari ni,kenapa tidak semalam?Ni mesti naik bas Rapid la nihhhhhh.Kak ana oiiiii dalam sakit-sakit masih buat aku ketawa.

 Namun ketawa aku tidaklah lama..keadaan Kak Ana semakin merosot,dari rumah ke wad Palliative,pastu ke rumah balik,aku sempat la tidur sebulan kat wad Palliative tu...aku jadi saksi setiap detik penderitaan dia!Saat dia give up dengan takdir..saat dia kuat untuk anak-anak yang masih kecil,dengan suami plak jauh dimata masa tu.Siang dan malam rintihan dia masih jelas terngiang-ngiang di telinga aku.Kata-kata yang aku asyik ulang-ulang kat kakak kesayangan aku masa tu,"Kak Ana,sakit ini dari Allah,kalau Allah tak izin,tak jadi,kalau benarlah Kak Ana dianiaya,mintaklah semoga semua dosa-dosa Kak Ana diampunkan dan mintaklah syurga Allah,doa arang teraniaya tak ada hijab,dan kalau Kak Ana redha dengan sakit ni,inshaAllah Allah akan angkat rasa sakit tu".

Berulang kali dialog tu aku repeat kat dia sampai dia hadam - hakikatnya aku tak tahu apa2,aku main cakap jer..aku berusaha nampak kuat depan dia,aku berusaha jadi ceria depan dia,aku nak dia tahu betapa aku sayang dia dan akan ada selalu dengan dia hingga ke hembusan nafas terakhir dia!
Satu malam,kak ana terjaga dan tersenyum-senyum,maklumlah pagi tu dia dapat jumpa suami tercinta dia dan sempat bermaaf2an dari hujung kaki ke hujung rambut,siap halau abang ipar aku suruh kawen lain sebab dia dah tak dapat lagi galas tanggungjawab sebagai isteri dan ibu untuk anak2 dia!Masa dia senyum-senyum tu dengan wajah yang bersinar tu,dia tanya aku Ipah kita kat mana?Cantik sangat ni macam istana katanya..aku yang blurr sama naik ngan dia merenung ke siling hospital mencari istana yang dia cakapkan tu.Kosong.Nothing.Fahamlah aku ketika itu...dia jugak tak berhenti mengucapkan syukur kepada Allah kerana telah memudahkan urusan dia.Sambil memegang ketumbuhan dia tu,"Sakit ini aku redha Ya Allah,Terima kasih Ya Allah,alhamdulillah...alhamdulillah..."

29 Ogos 2016,jam 7.30 pagi,setelah 2 tahun setengah survive, Kak Ana kakak kesayangan aku pon menghembuskan nafasnya yang terakhir.Hanya aku dan Tikah bff aku yang ada masa tu,airmatanya mengalir seiring dengan nafas terakhirnya.Perginya Kak Ana membawa sekali separuh dari jiwa aku....sakitnya aku Tuhan sahaja yang tahu.Aku redha...aku maafkan andai kata benarlah kakak aku ni pergi atas sebab sihir sekalipun..aku maafkan orang tu.Yang penting tempat kakak aku kat sana...yang itu lebih utama untuk aku.Itu hanyalah asbab sahaja untuk pemergian dia.Aku redha Ya Allah...Aku yakin dengan apa yang telah kau tuliskan untukku.

Friday 20 August 2021

Giving Up?


Salam sayang..
Jam di dinding menunjukkan pukul 3.29minit pagi...kenapa aku masih tak melelapkan mata?hmmmmmm
Alkisah semalam aku rasa nak demam..demam kura..mungkin sebab terlalu penat..terrrrrlalu penat!Menguruskan sepupu aku nak pindah...packing barang suku maut..
Sampailah selesai semuanya...masalahnya sekarang...masa hari aku rasa nk demam...tetiba aku rasa tak lalu nak makan ubat lagi...aku rasa fed up...sedangkan 17Aug aku baru jer appointment ngn Doctor aku...."everything is great" aku kata kat dia...
So masuk hari ni baru 2hari aku pandai2 stop ubat aku...sebab aku fed up!Tak tau la apa aku pk...nak tido kena ubat...nak berak kena ubat...tang makan elok plak...give up kan?

I m supposed to write benda yg elok2...benda yg +ve...so that 1 day when i m gone..i hope my writing will help others yg struggle macam aku ni sedikit sebanyak...who knows..aku harap la...tapi not tonight.

Sebagai manusia biasa...it is normal to feel like this.Kadang kita bersemangat..kadang kita rasa cam nak mampus esok..take your time...lani aku rasa cam nak mampus esok..
So aku nak embrace sat perasaan tu......

Oh my God...i just need time for myself...
Penat!


Tuesday 10 August 2021

Mengetuk pintu syurgaMu...(Siti Sarah Raissudin)


Bismillah..

Hari ini bumi berlapang dada memeluk tubuh seorang hamba Allah yang mungkin bakal menjadi bidadari dalam perjalanan abadi untuk mengetuk pintu syurgaNya.Berbekalkan redha suami serta doa jutaan rakyat Malaysia yang benar-benar terkesan dengan pemergiannya.Tewasnya Siti Sarah Raissudin di tangan Covid-19,lebih hebat lagi,beliau memperjudikan nyawanya sendiri demi satu nyawa baru yang bakal melihat dunia...Ayash Affan!

Selamat jalan Siti Sarah Binti Raissudin dan selamat datang Ayash Affan.Persoalannya,mengapa ramai benar yang turut menzahirkan kesedihan dengan pemergian artis nan satu ini?Benar,pemergiannya sangat berbeza berbanding artis2 sebelum ini.Malah aku sendiri tak dapat menahan airmata sedangkan aku bukanlah peminat fanatik Siti Sarah pun.Tapi aku akui wanita ini memang berbakat,dan akhir2 ini memang selalu terlihat senda gurau beliau dan suami di media sosial.
Pasangan ini memang menghiburkan,ada saja senda gurau mereka yang buat aku ketawa.To be honest lagu beliau yang lately ni memang aku asyik on repeat sebab memang sedap pon lagu tu.(Tajuk:Semakin)

Bagi aku,dia - Siti Sarah ni seorang isteri yang sangat baik,aku dapat lihat dialah sumber kekuatan Shuib,yang sentiasa taat berdiri di belakang suaminya untuk memberi semangat dan ilham. MashaAllah,hebatkan?Shuib pon tak kurang juga bagi aku,seorang suami yang merendahkan ego lelakinya dengan sentiasa mendengar nasihat sang isteri.Kata Shuib,dia menumpang tuah isterinya.She is his "Lucky Charm".Antara nasihat Siti Sarah yang paling terkesan - Janganlah kita berkira-kira dengan wang kerna kalau kita berkira-kira dengan wang,kita juga akan berkira-kira dalam sedekah kita.
Nampak tak,dalam rezeki sang suami,ada doa si isteri.Hebatkan..

Dan ingin aku akhiri coretan aku yang tak seberapa ini ( aku mengantuk sangat ) dengan pengajaran yang kita patut ambil dari kisah pemergian bidadari ini,buat si isteri,perbetulkan akhlakmu,jadilah isteri solehah kerana kebahagiaan rumahtangga dan rezeki akan hadir,dapatkanlah redha sang suami..pastikan suami sendiri bukan suami orang,takut pulak aku kalau yang single mingle pon kalut berebut nak cari redha suami..suami tak ada...kau tibai redha suami orang...Nauzubillah!

Dan bagi yang masih tak mempercayai wabak Covid-19 ni lagi....silalah ambil pengajaran dengan kisah ini.Tak perlu kita tunggu hingga terkena batang hidung sendiri baru nak bergegas mencari vaksin!Kau takut jarum ke,apa ke,gagahkanlah jugak demi kesejahteraan kita semua.

Last but not least,mari kita beramai-ramai memberi sokongan buat BubbleBee serta produk tempatan yang lain.Kita bantu produk keluaran kita,barulah mereka dapat membuat penambahbaikan dan lama-lama produk kita dapat setanding dengan produk luar.Aminnnn







Sunday 1 August 2021

The Good Doctor


Salam 1 August...

Sebagai pembuka tirai bulan ni aku nak kongsikan cerita tentang "The Good Doctor" yang aku hadap non stop,back to back kat Netflix dan kenapa aku suka cerita ni..

Kisah dia tentang Dr.Shaun Murphy (gambar diatas) seorang penghidap penyakit Autism yang berjaya jadi "Surgeon" kat St.Jose Hospital.Bukan sekadar surgeon tapi extraordinary surgeon.Seperti yang kita tau,autism ni sejenis kecacatan neurologi,dan dalam cerita ni Dr.Shaun ni bermasalah dalam nak berkomunikasi dan perhubungan sosial.

Dr.Shaun ni 2 beradik yang lari dari rumah sebab ayah dia macam tak boleh nak deal dengan penyakit dia.Tapi adik Dr.Shaun ni sayang serta yakin yang abang dia ni akan berjaya satu hari nanti,adik dia adala hadiahkan dia scalpel toys (pisau bedah mainan) masa depa hidup dalam bas terbiar.Dan satu hari yang malang masa depa tengah main,adik dia tergelincir jatuh dan meninggal betul2 depan mata Dr.Shaun.Ini antara salah satu penyebab dia nak jadi doctor sangat.Masa dia bawak adik dia pi klinik,dia jumpa Dr.Aaron Glassman.Org tua ni la yang bela dia dan masukkan dia kerja kat St.Jose hospital tu.Bukan senang ya...macam2 halangan..(sumpah korang kena tengok)


Dalam cerita ni banyak pengajaran,antaranya walaupun kau ada kekurangan,itu bukanlah suatu penghalang untuk kau berjaya.It is how u learn and adapt things.Communication is the key to everything.Ingat tak aku pernah tulis tentang Ustazah Asma Harun punya ceramah,tentang lemah lembut kalau diletak di suatu tempat,ia akan menghiasinya,dan kalau dicabut ia akan memburukkan keadaannya.Bendanya berkait-kait....sama jugak dalam cerita ni,orang memang naik angin dengan Dr.Shaun ni sebab kelemahan dia dalam berkomunikasi tapi ada lagi 1 doctor ni (Dr.Browne) dia memang 'A' lah bab communication ni.So Dr.Browne ni lah antara yang banyak ajar Dr.Shaun ni selain Dr.Glassman.Kalau nak tegur atau ajar seseorang tu,kenalah guna tone suara yang lemah lembut,serta contoh bagi memudahkan orang tu faham.Sebab tu lah dalam Islam kata 'Sabar itu indah'...kalau doctor2 kat St.Jose tu takleh bersabar dengan Dr.Shaun ni,tak aderlah deme "Extraordinary Doctor".
Hasil tu datang lambat sikit tapi it's worth it!

"When the truth can't help someone,we should lie".Inilah dia istilah 'Tipu Sunat' yang kita selalu guna sangat tu.hahhahaha,tapi kita selalu guna cara yang salah.Macam depa ni tipu bersebab contohnya dalam 1 episode ni ada 1 pakcik ni ada penyakit short memory,pastu kena cancer plak,ada berapa bulan ja nak hidup.Bila dia bangun jer dari tidoq 10x doctor semua dok kena explain balik dia masuk hospital sebab apa dan bla bla.Bini dia pon pening.Last depa tak larat dah nak explain,depa tipu sunat la...soh bawak balik and enjoy the rest of the time yang tinggal.


Dan yang paling best sekali dalam cerita ni,Dr.Shaun jatuh cinta dengan Lea Dilalo yang terus menerus reject Dr.Shaun.Kena friendzone la kiranya ni.Tapi Dr.Shaun ni jenis tak putus asa...ingat senang ka Dr.Shaun nak handle masalah cinta...masalah pesakit lagi...dia sendiri pon sakit...ingat senang ka autism nak fokus 2,3 benda dalam satu masa.Dia buat hal jugakla.Tapi akhirnya dia belajar jugak cara nak handle.....secara ringkasnya hangpa nak tau kesudahan cerita ni kenala tunggu Season 4 yang tak tayang lagi.Monyet kan...bengang jer aku...

Bagi sesiapa yang ada psichiatric disorder,jangan pernah putus asa..there is always a room to improve,hidup itu indah,kita kena keluar dan cari keindahan itu...sentiasalah belajar.....inshaAllah all will get better.All is well.Be positive.Sesungguhnya hanya yang terpilih jer dapat jadi istimewa disisi Allah swt.

tata..mmuahhhhhhhhhh
 

Friday 23 July 2021

Bila "Frontliner Worn Out"..

Salam sayang...
Semalam aku pergi tidur rumah bff aku walaupun dia kerja shift malam..tapi aku pergi lepak dengan housemate dia which is also my biz partner..kita orang just lepak layan Netflix cerita "The Good Doctor" back to back episode sambil makan nasik...lepas tu makan dan makan dan makan dan makan!Aku tak taulah kenapa biz partner aku asyik jamu aku makan jerrrrr...lepas tu kitaorang lena terus depan Tv.

Keesokkan paginya,bff aku ni pon balik dari keja dalam pukul 8pagi dia sampai rumah..aku ni excited la lama tak jumpa dengan rindu mulut dia yang suka berletiaq macam2 kat kengkawan.Bila aku dengar jer padlock berbunyi aku pon bukak la mata sambil say "Hai Tikah"...sambil tersengih2 cam kerang busuk (yerla dah lama aku tak jenguk dia sedangkan rumah kami dekat jer pon).Dia punya muka letih gila..nampak sangat kerja teruk la kot semalam...tapi memang aku perasan Tikah ni sejak Covid 19 berat dia dari 50++ susut sampai tinggai 45kg jer...uniform pon dah longgar.Aku jer yang sejak Covid berat dari 70++ dah pergi sampai 90++..

Pastu dia masuk bilik dengan longlai pergi mandi..aku pon pergila masuk bilik dia ajak menyembang sebelum dia terlelap... aku pon tanyala.."Wei Tikah,mana nasik lemak yang aku pesan soh hang belikan semalam bila hang balik kerja?" Tikah terus start berletiaq..."Hang nak nasik lemak apa?Jangan kan nasik lemak,hang tu patut tak payah dok makan dah, aku ni takut bila tengok hang dok makin gemok macam ni,semalam ada 8 patient Covid masuk wad ICU aku,6 dari depa tu obesiti!Yang paling berat tu dok ada 130kg....hang bayangkan kami nurse2 semua haluih2 (sambil tunjuk jari kelinking dia) dengan staff tak cukup..aku nak alih patient sampai menggeletar badan,tangan2 semua."

Bila Tikah semboq aku cerita macam tu tetiba aku rasa kenyang...(dalam hati anjirrrrrrrrr)..Tikah bagitau kes Covid ni betul2 buat depa frontliner semua "burn out".Pihak atasan kata,we are sorry that we cannot provide more staff,but we will continue to give our best.Pastu siap nak tambah lagi wad ICU yang sekarang dah ada 3,nak bukak lagi satu yang ke-4.Ni semua sebab tak dapat nak menampung jumlah patient Covid yang tak reda2.Kalau kami semua keletihan sampai macam ni,macam mana kami nak berikan perkhidmatan yang terbaik?

Kesian aku dengar cerita dia,masa tu aku terfikir betapa beruntungnya aku dapat kerja yang taklah stress mana tapi company aku siap provide Wellness Session dengan hire Kaunselor dari luar.Kalau kami ada masalah mental ke,stress or depression kami boleh request 1 to 1 session dengan depa ni.Aku pon tanya Tikah sepatutnya korang frontliner la yang patut dapat Wellness Session sebab kerja korang mental and physical..dua2 penat...hangpa patut dapat Emotional Support...tapi Tikah jawab,kalau hg betul2 nak bantu frontliner...TOLONG JANGAN GEMOK!!!Hahahahhahahahahaha...sekali lagi anjirrrrrrrr betoi la monyet ni!

2,3 hari lepas ada baby umur 3 bulan dapat Covid dari mak dia yang bekerja...dan sedihnya baby tu meninggal masa shift Tikah..Tikah kata dia sempat berdialog sambil usap kepala baby tu..."Baby, kalau baby dah tak tahan lagi,baby boleh pergi..tunggu mak ayah baby kat syurga nanti tau..."...dan tak berapa jam lepas tu betul2 baby tu menghembuskan nafas terakhir.

Berapa lama lagi Covid ni akan berlanjutan?kesian betul dengan frontliner...pesakit stress..frontliner stress...Tikah ada cerita jugak dia kena tendang dengan 1 pakcik ni...pakcik ni stress dok hospital lama...aku pon confuse nak kesian kat pakcik tu ka or bff aku yang kena tendang...apapun semoga Allah swt berikan kesabaran,kekuatan dan pahala yang berterusan kat frontliner ni semua.

Kita sebagai rakyat janganlah pentingkan diri dengan dok pi buat surat palsu,yang polis pon dok ambik rasuah buat surat palsu semata-mata nak rentas negeri untuk benda yang tak penting pon!(ini fakta bukan rekaan-kawan2 tak guna aku ramai jer berkawan ngan polis2 tak ada integriti yang keep ambik rasuah)...semoga Allah swt bagi balasan yang setimpal dengan orang2 yang pecah amanah dan penting  diri ni!Aminnn




Sunday 18 July 2021

Locus of Control



Salam sayang...

Hari ni aku ada session dengan kaunselor kesayangan aku...session ni dulu orang panggil Cognitive Behaviour Theraphy (CBT) kalau aku tak salah...now depa panggil Dialetical Behaviour Theraphy (DBT).So orang-orang yang dah dikenal pasti ada all kind of Disorder...memang doctor akan hantar untuk this kind punya theraphy.Lucky me i don't need to go thru Hospital punya theraphy,company aku memang ada depa punya sendiri.Kalau tak jenuh weiii...negara kita ni tak cukup therapist..apatah lagi yang kerja dengan government.Appointment jer dengan diaorang kat setahun..ni bukan pschiathrist tau..yang pschiathrist pon actually lani tak cukup...ramai orang gila lani...stress dan mcm2lagi.

Hari ni aku belajar 'Locus of Control'....ni semua gara-gara Ms.Rao punya kes..aku kan perenggg seketika masa tengok nasib Ms.Rao tu...anxiety depression semua mai...aku dok fikir aku pon tak kawen..esok aku tua macam mana?sapa nak jaga aku?nak merempat kat mana?segala yang bukan2 yang tak dak tak dak aku fikir habis..2,3 malam tak boleh tidur...ubat yang aku makan sepatutnya buat aku mengantuk pon kalah dengan anxiety aku..

So kaunselor aku ni cakap,there are things that we can control...and things we can't control.Don't waste your energy and focus on thing that u can't control.Dia siap cakap..entah2 Ms.Rao tu never regret pon..at least she's happy doing things that she like and that is her-who choose the path of how s she s gonna live...benda yang dia boleh control...dia buat semua...benda yang dia tak bleh..lets just leave on God s hands!

Aku sepatutnya bersyukur lahir dalam islam..kenapa aku cakap macam tu..sebab kita ada konsep tawakal kepada Allah swt.Doa,usaha dan tawakal..biar Allah jer yang tentukan..

"Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah swt,nescaya Allah swt akan mencukupkan keperluannya" ~ At Thalaq 65:3
Apa yang penting,kita jangan pernah berhenti berusaha untuk jadi lebih baik dari semalam.Kita memang tak dapat ubah perception orang kat kita,tapi kita dapat ubah the way how we react,how we think and look at things in the other way.Bila aku ubah diri aku,cara aku...secara tak sedar...sekeliling kita turut berubah.Believe me...all good things start to happen.Aku nampak benda tu jadi..dan bersyukur sangat...tak ada benda yang terlewat..apa yang penting is action.Kalau asyik kaji dan fikir tapi tak pernah nak mula pon tak guna!Even it is a small step,at least you are moving forward..do not sit on the problem..find a way...Ada orang tak suka melayan benda2 remeh..benda kecik2 malas nak layan.Tapi believe me every little thing will leads to bigger things and everythings matter (kena tengok situation jugak).What i'm saying is,jap aku bagi contoh,macam aku dulu suka ignore perasaan aku sendiri just to please others...bagi aku benda2 kecik ala telan jerla...tapi lama2 aku jadi takder value..orang pijak kepala aku.Ada lagi contoh,ada kawan aku ni,anak dia suka sangat bertanya,biasala budak nak membesar,sel- sel otak tengah berhubung,memang dia akan tanya soalan yang bukan2,tapi kawan aku ni tak suka layan soalan2 yang tak der2 tu,end up anak dia besar jadi pendiam dan tak banyak bercakap dengan dia.
Sedangkan aku nampak kualiti anak dia ni...sayangnya he's not in the right hand to bentuk dia...inilah benda-benda yang kita anggap remeh tapi kita tak tau consequences dia di masa akan datang.



Sekarang ni,aku tak kisah dah pandangan orang..yang paling penting apa yang aku rasa - matter!
Satu jer benda yang aku tak start buat lagi...No.25 dalam list kat atas.Aku nak kurus!!!Doakan aku berjaya..sebelum aku dapat heart attack and mampus sebab gemok...at least bagila aku merasa sekali pakai kebaya rasa camna..hehehhehehehheh

ok ngantuk dah..
Gudnite!

Wednesday 14 July 2021

Anjing!

 Anjing...

ada apa dengan anjing?

Lately ni aku selalu dapat video pasal anjing yang setia gila dengan tuan dia tapi kena abandon la..anjing kena aniaya la...dan ada jugak anjing liar yang membantu ketika orang awam kena rompak.Masa tu aku terfikir-fikir kalau boleh bela anjing kan best..anjing ni setia...dia jaga tuan dia..

Ada 1 video ni,anjing tu dah tua..tuan dia tak mau bela dia dah,tuan dia ni bawak anjing dia pi kat hutan macam tempat hiking,dia parking keta kat bawah,kebetulan ada cctv,dia masuk hutan tu lama tak la lama jugak..pastu tuan dia muncul balik sorang diri tanpa anjing dia tadi dan cepat-cepat masuk kereta dan blah.Tak lama lepas dia blah anjing tu muncul kat parking lot cari tuan dia dah tak ada...sedih gila...setiap kereta yang mai semua dia survey tapi bukan tuan dia.Ada orang nampak apa yang jadi terus pergi ambik anjing tu dan bawak pi pusat haiwan yang untuk adoption ni la..masa anjing tu nak pi siap anjing tu menangis dan buat bebai keraihh kaki tak mau jalan...sampai la kena pujuk2 baru dia mau.Bayangkan binatang pon ada perasaan...

Tapi korang pernah terfikir tak kenapa orang selalu sebut "menganjing" bila manusia sesama manusia bercakap buruk sesama sendiri?Kenapa anjing plak dipersalahkan?Why?Siapa yang start kan ayat "menganjing" ni?Kamus Dewan Bahasa?Budak2 Wechat?Azwan Ali?Siapa?Aku takder jawapan untuk tu..tapi simbolik dia anjing ni suka menyalak...buat bising...mungkin sebab tu lah kot..

Macam mana kita nak deal dengan orang yang suka "menganjing"?Patutkah kita panggil jer dia anjing?Atau ada ayat yang lebih sempurna untuk itu?

Hari ni aku deal dengan seorang manusia yang suka "menganjing".....i tell u it was so hard than talking to a real dog!Kalau berbicara dengan anjing sebenar aku rasa lagi mudah dari tu...Pendek kata dia lagi teruk dari anjing.. MashaAllah...

Aku kalah dengan diri aku masa tu dan hampir ter'drag' ke level dia..aku sepatutnya dari awal should realise there is no point wasting time talking to this kind of people.Then, bila tersedar i just walked away..

The sad truth,aku tak tahulah aku more to marah,sedih or kecewa sebab orang ni adalah antara orang yang rapat dan aku care..and now sekelip mata i just hate and nothing else!Semuanya sebab dia pi "menganjing" 1 of my family member aku sebab terkehel benda kecik jer which is boleh settle kalau communicate elok2!Bagi aku dia langgaq boundaries!

Kesan kat aku...aku rasa manusia lani dah semakin pelik..kau berbudi la macam mana pon..jangankan nak respect,kenang pon tidak!Buat aku rasa tak mau berkawan langsung la...takut!Sakit oo kena tikam berkali2!To this person,may force be with you (StarWars punya tagline).

"Silence is the best reply to a fool"

Aku teringat ada 1 kisah masuk berita dulu,ada seorang penjawat awam ni suka "menganjing" jugakla..kena tikam weiii mati!Nampak tak?takutkan bila manusia hilang kewarasan.. apapun Ya Allah terima kasih sebab tunjukkan true color dia ni dan moga aku dijauhkan dari golongan macam ni.

Aminnnn Ya Rabbal Alamin.    

Friday 9 July 2021

Happy Besday Ms.Subhatera Rao & My 1st Dose Vaccine

Salam sayang..
Hari ni 9 July 2021 besday Ms.Rao yg ke 96..
Cake besday ikhlas dari Cikgu Zainab Shikh Ahmad merangkap makcik kesayangan aku..kalau bukan kerana makcik aku yang habaq celah mana la aku nak pi tau hari ni besday Ms.Rao...alhamdulillah she's happy and well taken care of this Pusat Jagaan Orang Tua MKD SHAN bertempat di Batu Maung.
Masa sampai tu..aku baru je lepas vaksin AZ dekat Setia Spice...tangan aku belum start lenguh ka apa just kebas2 dan aku leh rasa la vaksin tu sedang menjalar dalam tubuh badan aku which is aku memang tak berapa berkenan sangat inject2 ni...
So aku usung la cake besday dari Bread History tu bawak pi kat Ms.Rao...dia happy gila dengaq aku ni niece Cikgu Zainab..tapi masa tu dia tgh makan nasi...masa depa tolak Ms.Rao mai kat aku tu nasik dalam mulut pon tak habis kunyah lagi...hahhahahahhaha...aku pon speaking la version india skit wishes from Cikgu Zainab bla bla bla n bla bla bla....dia pon tq tq..(sambil kunyah nasi xhbs lagi)..pastu aku pon blah la sebab Johny ka John ka aku tak pasti dok mai sondol aku...(anjing depa la tu)..sebelum aku nak kena samak..baikla aku balik..

Masa balik tu hujan lebat siap ribut bhaii..nampak dahan patah terpelantingg nasib tak kena kereta..
Sekarang ni dah nak pukul 5ptg...aku dok rasa vaksin ni dok menjalar kat leher ngan mata aku...ishhh la tak selesa sungguh...a day before vaksin aku pi klinik ambik mc sebab migraine ngan sakit tekak...ubat klinik Mediveron tu sedap...aku siap bagitau doktor tu yang aku ni penakut jarum untuk vaksin hari ni...dia bagi aku uphamol ngan ubat sakit badan siap2...so 2jam sebelum pi vaksin aku dah telan...jap pukul 6 aku nak telan lagi...pastu baru nak makan ubat BPD aku...semoga sihatlah hendaknya sebab esok aku keja...aku gatal pi cancel cuti sebab esok triple pay Besday Agong kann...
Nahh gambar tak ikhlas aku lepas vaksin..

Friday 2 July 2021

Dahsyatnya Doa Ibu


Bismillah..

Hari ni aku nak cerita pasal buku ni yang bertajuk "Dahsyatnya Doa Ibu - By Syamsuddin Noor".Aku ni memang suka baca buku2 keagamaan walaupun luaran aku tak nampak lah sangat islamik tu.Koleksi buku aku berlambak seolah2 aku ni alim mana-mana mai bak kata orang.So dalam banyak-banyak buku,buku ni paling aku suka sebab cara dia kupas tajuk tu sangatlah jelas dan yang paling best dia relate dengan Quran lepas tu dia kuatkan isi tu dengan sains serta kajian.

Buku ni pernah hilang sekali,pastu aku pi cari balik dan beli lagi sekali...aku beli tahun 2012..lamakan...okay jom aku cerita serba sedikit yang best dalam buku ni..

Allah swt tidak akan menunda dalam mengabulkan doa 5 golongan ini iaitu - Doa pemimpin yang adil,doa orang yang teraniaya,doa orang tua untuk anaknya,doa musafir dan doa orang yang berpuasa hingga dia berbuka.Salah satunya adalah doa ibu...sebab tulah sebagai ibu janganlah ucap yang bukan2 kat anak sebab apa yang kita ucapkan itu boleh jadi doa..nak cakap biarlah yang elok-elok saja.

Ada banyak kisah tentang doa ibu yang Allah makbulkan dalam buku ni antaranya ada satu kisah pemuda ni dia hidup zaman Nabi Ibrahim,dia menghabiskan masa selama 7 tahun jaga kedua ibubapanya yang sorang lumpuh dan sorang lagi buta.Sebelum mak ayah dia meninggal,ayah dia doa mintak dia panjang umur dan mak dia doa kat dia supaya panjang umur,taat kepadaNya dan mak dia doa jugak mintak dia ditempatkan di suatu tempat dimana syaitan tidak dapat mengganggunya.Pastu mak ayah pemuda ni pon meninggal.Dia pi tepi laut nampak satu kubah cantik dan dia pon masuk dalam tu dan masa umur dia 1500 tahun,Nabi Sulaiman dapat jumpa dengan dia.Tu pon jenuh jin pi selam masuk dalam laut cari berapa kali baru jumpa dengan izin Allah.Kiranya kubah tu tersembunyi jauh nun didalam laut.Tu semua berkat doa ibu pemuda tersebut.

Alangkah untungnya sesiapa yang ibubapanya masih hidup...rindunya kat arwah mak..janganlah korang lepaskan peluang untuk berbakti kat kedua orang tua korang.Bayangkan Nabi Muhammad saw kata ~
"Apabila seorang anak memandang wajah orang tuanya dengan penuh kasih sayang,Allah swt memberikan ganjaran kepadanya sama seperti ganjaran orang yang beribadah  haji mabrur"
 MashaAllah,hebatkan....

Ada seorang saintis Jepun dari Universiti Yokohama - Dr.Masaru Emoto ni dia buat kajian pasal air.Ada la buku yang dia tulis tentang kajian dia tu,antara best seller buku dia The Hidden Message of Water dan The Secret Life of Water.

Dr.Masaru ni kata,air ni sebenarnya hidup,dia terangkan bahawa air ni terdiri dari dua molekul iaitu pentagon dan heksagon.Kandungan oksigen dalam molekul heksagon ni lebih tinggi dari molekul pentagon.Air ni ada kemampuan bertindak balas dengan gelombang-gelombang yang ada di muka bumi ni termasuklah gelombang dari manusia.Molekul tu akan berubah dan membentuk kristal-kristal yang indah,bentuk bunga dan sebagainya.Contohnya bila kita maki sebelum minum air,molekul air tu boleh berubah jadi pentagon dengan bentuk kristal yang hodoh...dan kalau dibacakan doa atau ucapan yang elok2 molekul tu leh jadi heksagon dan membentuk kristal yang indah.Ada sekali tu Dr.Masaru ni bukak lagu Heavy Metal kat air dan check molekul air tu...kristal yang terbentuk hancur dan tak ada sebarang bentuk.

So apa kaitan kajian Dr.Masaru ni dengan "Doa Ibu"?Kat sinilah baru aku pon terfikir kenapa masakan mak kita sedap dia lain macam...masa mak kita masak tu,dia basuh beras dengan air..dengan bismillahnya... dia masak dengan penuh kasih sayang...itulah gelombang yang Dr.Masaru ni cakap.Sebab tulah air tangan ibu ni berkat wei....doa ibu ni pon xder hijab...lain macam dia punya naik tembus ke langit...MashaAllah hebatkan...

Aku akhiri coretan 2 hari aku ni dengan satu hadis nabi - 

"Sesiapa yang taat kepada Allah dengan melayani kedua ibubapanya,maka terbukalah dua pintu syurga untuknya" 
  Semoga kita menjadi antara yang terpilih untuk dua pintu tersebut......aaaaaammmiinnnnnnnnnnnn

Thursday 1 July 2021

Miss Rao travel buddy Cikgu Zainab..

 Assalamualaikum..

Hari ni penutup Jun 2021, di rumah makcik aku hadirlah seorang tetamu dok ting tong ting tong depan rumah. Aku masa tu baru jer bismillah nak menikmati lunch aku...aku pon keluar dan tengok depan rumah ada sebijik kereta retro wagon putih jenis zaman dulu2...rare ooo keta cam tu  leh jalan lagi 2021 ni...pastu ada seorang perempuan cina berumur rambut putih..aku dok fikir dia ni pon buat part time dengan Shoppee / Lazada hantar barang jugak ker?tak nampak plak dia usung apa2...aku pon pi tanya la...yes ma'am,anything that i can help you?dia tanya is your mother inside?Erkkk...dalam hati aku la...my mom inside tanah already...long gone...tapi aku senyum...Cikgu Zainab friends is it?dia jawab ya...it's about Miss Rao.Rupanya yang datang ni nama Jenna or Gina camtulah...

Who is Miss Rao?aku kenal Miss Rao dari album-album gambar makcik aku Cikgu Zainab yang satu masa dahulu kaki travel.Kemana saja dia pi travel mesti pi dengan Miss Rao ni lah.Diaorang ni single sampai lah hari ni...macam free soul giteww...Miss Rao ni pon cikgu jugak..dia ajaq English ngan Music.Miss Rao ni lagi tua dari makcik aku.Gambaq depa pi Las Vegas, posing kat signboard "HOLLYWOOD"...depa pi India,Taj Mahal..Afrika...banyak lagi la sampai aku pon tak tau nama tempat.Pendek kata banyak la memori makcik aku dengan Miss Rao nihh..

Jenna ni dulu dok hantaq anak dia belajaq music dengan Miss Rao nilah pastu terus jadi member.Aku ni asalnya taknak la menyibuk dengaq hal orang tua2..tapi si Jenna ni plak panggil aku mintak ajaq pasal Whatsapp dia apa ka ntahla..jenuh explain...dok tak dok aku tersepit dok tengah2 antara Cikgu Zainab ngan Jenna...mau tak mau kena dengaqla depa sembang.......akibat dari aku pi menyibuk dengaq cerita depa...aku anxiety trossssssss......harey...tak pasal aku sesak nafas,berpeluh2...semuanya sebab Miss Rao 😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭 

Miss Rao ni orang dia independent dari muda..suka travel..suka music...dia lahir tahun 1925 sebab July 2021 dia dah nak masuk 96 tahun.Disebabkan dia single maka tak ada lah anak yang nak jaga dia...Adik-adik dia pon semua dah 80++..anak sedara dia dok Singapore.So Miss Rao ni kaya lah jugak..tapi seperti yang kita tau...duit tak dapat beli cinta dan kasih sayang maka hiduplah Miss Rao sendirian dirumah 2 tingkat miliknya.Hebatnya Miss Rao ni dia tak ada nah sakit jantung ke,kencing manis ke,darah tinggi ke..dia cuma tua dan tak berdaya jelah...tu pon dia still paksa diri dia untuk bangun dan buat kerja rumah sendiri tapi lately dia asyik jatuh dan tak boleh nak bangun.Dia akan jerit panggil jiran sebelah untuk tolong dia.Sekali tu jiran terpaksa panggil bomba untuk masuk rumah dia.

So Jenna ni lah yang selalu pi jenguk Miss Rao tolong basuh baju sidai apa lebih kurang..Ada sekali Jenna bawak Miss Rao pi hospital sebab dia jatuh balik sampai pukul 3 pagi dari hospital.Taktau nak kesian kat Miss Rao or Jenna.Haihhhh...last-last Jenna hantaq Mis Rao ni pi dok Old Folks kat Batu Maung.Sebulan bayaq dalam RM1300 macam tulah.Sedih weiiiiiiii....At least ada orang tolong tengok kan Miss Rao.

Bila aku dengaq kisah ni...aku tak tau lah kenapa menusuk jiwa aku sangat.Aku rasa sedih pengakhiran Miss Rao tu..kalau aku tua esok camna????sapa nak jaga aku???mampu kah aku dok rumah orang tua-tua?Anak sedara aku mau ka jaga aku?Omaigadddddddddd...baiklah aku mati saja dari kesunyian dan terbuang macam tu.Yess Miss Rao mungkin living her life to the fullest masa dia muda...dia cikgu kot...berbakti kat ramai orang...aku ni apa ja bakti yang ada?????tu yang terus anxiety tu.....

Aku nak ajak Cikgu Zainab pi jenguk Miss Rao nanti....lepastu nanti lepas Covid nih...aku nak start pi buat kerja amal kat rumah2 orang tua-tua..order nasik ka apa ka bawak pi kat orang-orang tua yang senasib dengan Miss Rao. Dada aku masih sesak lagi masa aku tulis nih..Nilah masalah dengan BPD nih...hang terlebih emo dari Miss Rao..hang dapat rasa lebih dari apa yang orang rasa lepas tu sakit sendiri...kembang kepala aku mikir....apapun aku doakan Miss Rao happy dan sihat selalu.

"She had a Gypsy soul and a warrior spirit. She made no apologies for her wild heart. She left normal and regular to explore the outskirts of magical and extraordinary. And she was glorious" 


Wednesday 23 June 2021

Binatang apa yang hanya melepaskan gigitannya setelah kedengaran guruh di langit?


Salam sayang..

Baru-baru ni ketika aku dan biz partner aku pergi menguruskan biz kami,dalam perjalanan kami bersembang macam2 hinggalah muncul topik diatas.."Binatang apa yang hanya melepaskan gigitannya setelah kedengaran guruh di langit?"....biz partner aku dengan konfiden jawab ketam..hahahahahaha..
Aku terfikir,ketam mana gigit orang,dia sepit adala...tapi dia tetap jugak nak bertojey dengan aku..aku plak jawab antara kura-kura dan biawak...tapi aku pon konfem memang antara 2 ni ja..tak akan mungkin binatang lain.Oleh kerana dua2 ketegaq bijik nak menang,maka kami pon pakat kol jer kawan-kawan masing2 dan tanya soalan yang sama.Bhagian ni aku tak tahan nak gelak......

Disebabkan topik ni kami siap singgah tapau nasik bungkus kat corner Sg.Ara pastu balik makan kat rumah kawan aku yang nurse tu.Kebetulan dia plak mc,kami tanya la soalan tu kat dia..."Tikah,binatang apa yang hanya melepaskan gigitannya setelah kedengaran guruh di langit?"Tikah pon dengan selamba tanpa berfikir panjang jawab Lintah atau Pacat.Kahkahkah...aku memang nak pecah perut gelak sebab muka dia serious gila,siap kata dah lama dia dengaq benda ni dan jawapan dia memang Lintah atau Pacat.Aku bukan la nak kata,benda ni makin interesting..sebab jawapan masing2 memang tak sama langsung!Biz partner aku kata lagi cuba kol kawan tempat sekerja aku...deme ni memang geng2 budak2pandai la...so aku expect something yang more relevant....tapi depa lagi la lawak...Farah jawab nyamuk atau kucing,sorang lagi nama Alimin dia tengah kerja masa aku kol tu,hat tu pon jawab dengan lajunya Burung Belatuk!Ya Allah....nak pengsan aku gelak....Gila lawak sungguh aku rasa...sampai kerasss perut kami dok gelak.
Aku kol plak kawan aku cikgu kat langkawi,yang tu pon masa aku kol tengah busy,dia jawab katak.What de hell.....katak ada ka gigi?aku tak tau la depa ni paham ke tak soalan aku atau malas nak layan soalan2 bongok dari aku.. Pastu aku kol kakak aku dia jawab ular,aku rasa benda ni makin merepek dah.

Lepas tu aku terfikir benda ni patut tanya orang tua-tua so aku kol makcik aku..dia jawab Labi-Labi tapi dia selit jugak dia kata actually there is no such thing as guruh di langit bagai nih...ini semua hanya dongeng yang direka2 oleh orang dulu2...

So kesimpulan dia takder salah atau betul...tapi aku tetap nak duku kepala hat jawab burung belatuk kucing ngan nyamuk.Mendelahhhhh haihhhh

Ok lah goodnite.



Saturday 19 June 2021

Solitude vs Loneliness

 Salam..

Hari ni aku nak cakap pasal beza antara "Solitude and Loneliness".Ni semua gara-gara scroll kat Pinterest pastu terjumpa pasal tajuk "The Power Of Solitude".Sangat menarik bila aku baca...dan artikel ni terus mengingatkan aku kepada seorang sahabat yang aku rasa ciri-ciri solitude tu ada kat dia.

Ok apa beza "Solitude and Loneliness" ni...solitude ni dia sama ja ngan lonely,cuma solitude ni dia enjoy walaupun dia keseorangan manakala yang lonely tu dia keseorangan tapi serabut,terasa macam something missing..lebih kurang macam nila,Solitude dia menyisihkan diri untuk engaged with her innerself  manakala yang satu lagi tu walaupun dia berada di tempat orang ramai kadang dia masih terasa lonely tu.Tapi lonely ni pon ada macam2 jenis....jenis yang suka bergantung kat orang..tak boleh sat pon sengsorang..

Pak Tiri Google kata...

"There is a big difference between solitude and loneliness, loneliness is a negative state, marked by a sense of isolation. One feels that something is missing...Solitude is the state of being alone without being lonely. It is a positive and constructive state of engagement with oneself"

 


Apa yang bagus sangat dengan solitude ni???bila aku fikir2 balik...bukan semua orang boleh buat benda ni...ada orang yang memang dilahirkan memang ada bakat macam tu...tapi macam aku ni.......aku baru nak embrace solitude ni setelah hati aku berkali2 terluka dengan sifat manusia yang rakus, tamak, sombong, biadap, tak tahu bersyukur,menjengkelkan dan macam2 lagi yang buat aku rasa nak menjauhkan diri..dan kenali diri sendiri.Sejak sakit ni baru aku berfikir banyak dan selidik apa yang patut untuk perbaiki diri.

"Loneliness is like sitting in an empty room and being aware of the space around you. It is a condition of separateness. Solitude is becoming one with the space around you. It is a condition of union. Loneliness is small, solitude is large. Loneliness closes in around you; solitude expands towards the infinite. Loneliness has its roots in words, in an internal conversation that nobody answers; solitude has its roots in the great silence of eternity" ~ KENT NERBURN~

Kawan aku yang aku kata tadi ni..dia ni masa aku kenai dia dulu..dia ni jenis yang bercampur jugak la..tapi dia ni jenis yang independent gila, anak sulung sama kot..dia boleh pi merantau sorang diri..dan dia sangat appreciate nature.Cara dia hidup best gila...sengsorang beli nasik gi duduk tepi laut enjoy the view siap ambik gambar yang cantik.Aku pernah la buat gila ikut dia pi New Zealand...aku yang drive...korang tau jelah NZ memang lawa kan...tapi kawan aku ni special...bila dia tgk sesuatu...apa yang dia nampak dengan aku apa yang aku tengok adalah benda yang sama tapi perception kami lain2.Bila dia buktikan dari pandangan dia...barulah aku perasan benda tu cantik dan indah sebenarnya.
Dialah antara kawan yang selalu bagi nasihat kat aku yang lemah ni...Tq sahabat.

"People empty me.I have to get away to refill" ~ CHARLES BUKOWSKI

Thursday 17 June 2021

WHAT YOU REALLY WANT IN LIFE?

 

WHAT YOU REALLY WANT IN LIFE?


  • WHAT WOULD I WISH FOR SOMEONE I LOVE?
  • WHAT WOULD I DO WITH MY LIFE IF MONEY WASN'T AN ISSUE?
  • WHAT THING I WOULD LIKE TO EXPERIENCE IF I HAD ABSOLUTELY NO FEAR?
  • A GENIE GIVES ME THREE WISHES.WHAT WOULD THAT BE?
  • WHAT WOULD MY IDEAL DAY LOOK LIKE?
  • I'M 100 YEARS OLD AND LOOK BACK,WHAT WOULD I BE MOST HAPPY ABOUT?
  • WHAT DO I NOT LIKE TO DO?

Hi,above are 7 questions for us to answer to seek what we really want in this life..and mine would be -:

  • WHAT WOULD I WISH FOR SOMEONE I LOVE?

For my loved ones.. i wish them joy, safe and healthy no matter where they are.

  • WHAT WOULD I DO WITH MY LIFE IF MONEY WASN'T AN ISSUE?

If money wasn't an issue, i would dedicate my life help out people as many as i can from poverty, build them a place where they can learn how to generate income, foundation that helps small businesses and adopt an orphans. 

  • WHAT THING I WOULD LIKE TO EXPERIENCE IF I HAD ABSOLUTELY NO FEAR?

If i had absolutely no fear, i'd love to travel with my motorbike around the world, meet different people, explore different culture and tradition, learn new languages, embrace nature and made a documentaries along the journey and write a book.

  • A GENIE GIVES ME THREE WISHES.WHAT WOULD THAT BE?

Hmm this 1 quite interesting...if this Genie really can grant me 3 wishes...to be honest i just need 1 which is i don't want to be born at all or in the other words i don't want to be exist at 1st place!

  • WHAT WOULD MY IDEAL DAY LOOK LIKE?

My ideal day would be an early morning long drive in my car with my music on and my playlist on spotify kickin' all the old good bad memories..and i just drive with no exact destination...alone..i just get lost in time..drown in the memories..

  • I'M 100 YEARS OLD AND LOOK BACK,WHAT WOULD I BE MOST HAPPY ABOUT?

The journey and experience of when i'm falling hard,losing hopes,where my heart is scattered into pieces, and then i stand tall and gather back my heart and fight back for my life, how i overcome every obstacles and learn from every mistakes that i've ever made and standing proud as the wisest person ever.   

  • WHAT DO I NOT LIKE TO DO?

...too subjective... at the moment,nothing yet crossed my mind of what i do not like to do.

Wednesday 16 June 2021

Deja Vu

 Salam 16 June 2021,

"Your brain falsely perceives what's happening in the present as a memory, or something that already happened. This type of brain dysfunction generally isn't cause for concern unless it happens regularly. Some experts believe another type of brain malfunction may cause déjà vu."

Aku nak cerita pasal Deja Vu aku dimana aku kerap bermimpi pergi tempat yang sama berulang kali.Bertahun-tahun jugakla aku still boleh visit tempat tu...tapi bapak arhhh creepy wei bila mimpi tempat yang sama sedangkan in real life kau tak boleh nak imagine pon tempat tu wujud kah atau kau pernah nampak kat mana2.Tapi in my case aku memang tak pernah lihat atau pergi tempat macam tu melainkan hanya dalam mimpi-mimpi aku.

Tempat yang aku kata ni cantik sangat serta tenang lagi harmoni..dia ada laut...tapi kat laut tu..macam ada rumah taman...tapi atas pasir dan setiap rumah terpisah..maksudnya jiran sebelah rumah kau kena naik sampan or swim je baru boleh..takder ehh titi ke apa..tapi aku tak nampak satu manusia pon melainkan aku sorang jerlah..masa aku tengok tu aku pon tak tau aku atas sampan ke...terapung ke...tapi bukan pandangan dari atas..aku selalu mimpi laut yang takder2..rumah yang aku cakap tadi rumah kecik jer...tak perasan plak dari batu ke apa...tapi sumpah wehhh view dia memang lawa...macam kau pergi bercuti untuk tenangkan jiwa walaupun hanya dalam mimpi saja.

Lagi satu aku selalu mimpi aku boleh terbang...hat ni memang best...mimpi ni dari kecik sampai aku tua ganyut dan repeated...senang jer...aku just kepak2 tangan aku pastu aku melayang la kat udara...lagi tinggi dari langsuir yang dok terbang kat hutan2 kat Malaysia ni...bila aku stop kepak tangan aku macam burung tu....aku akan jatuh hampir nak langgar pokok2 macam dalam cerita Twilight tu...view dari atas memang cantik...aku tak perlu belajar jadi Pilot untuk dapat tu semua...aku cuma perlu tidur ja....sebab tu kadang2 aku rasa tak nak bangun jer sebab mimpi tu terlalu indah....

Aku pernah pergi pasar basah yang terapung di tengah laut...yang ni ada la manusia2 lain...orang biasa macam kita jugak cuma barang dagangan depa tu jer pelik2...ikan dia pelik...rumpai apa ntah lagi diaorang jual..tapi pendek kata aku tak pernah tengok la...semua cantik2 dan menarik serta memukau mata...aku rasa macam tak nak balik...tu baru pasar basah jer aku dah tak nak balik...korang bayangkanlah...suasana dia tu tak tergambar..tapi pasar basah ni aku pergi sekali jer...yang kerap aku pergi tu rumah taman atas laut tu...takder daratan ya..nak kata pulau..bukan pulau..macam orang tambak pasir sejemput tengah2 laut...entahlah...

Kalau nak cerita mimpi bab laut ni tak habis..mungkin aku memang suka laut sangat kot...ataupun tersampuk hantu laut.hehehhehehe..aku pernah mimpi aku lompat dari kapal terjun ke laut...pastu aku tengah berenang aku nampak kapal selam kot..pastu tetiba aku ada balik atas kapal tu...kapal pattern baru..takderlah macam yang Captain Hook naik tu...haaa macam Titanic...ke aku ni pengaruh filem banyak sangat???Tapi kenapa mesti laut???bukan hutan??bukit?Gunung?Deja Vu kah?ker Brain Malfunction?

Apapun...syukur aku dapat travel alam ghaib bermodalkan air liur basi dan taik mata saja...dah jom tidoooo sambil travel...

Gudnite...mmmmuahhhhhh!