Friday 26 August 2022

Sudah jatuh ditimpa tangga..Tangga jatuh bertimpa-timpa!

 

Salam Ogos 2022..

Lama benor rasanya tak mengadu domba kat blog…hari ni kugagahi jua…walaupun sejak dua tiga menjak ni,hidup aku suram dikelilingi orang sakit…yakni orang2 yang aku sayang..membuatkan sekali dengan aku rasa tak larat.Aku bukan mengeluh sebab penat…tapi tak sampai hati bila melihat….

Mula2,aunty kesayangan aku masuk hospital sebab sakit jantung,setel surgery dah jadi kaki plak bengkak tak surut2..sian sungguh aku tengok…lepas tu cancer abang aku datang balik,selepas 5 tahun surgery ada naik plak tumor baru sebesar 9cm dan paling sedih tak dapat nak buang sebab dah melekat dengan dinding usus.Kesian abang aku terpaksa pakai stoma bag dan go through  chemo…

Dalam keadaan yang bagi aku kira gawat la jugak,tetiba wife cousin aku plak meninggal sebab cancer jugak…adoila ya Allah…benarlah bila dah ajal,Allah takkan lewatkan atau  cepatkan walau seminit…aku ambik kesempatan memandikan jenazah arwah yang amat baik dengan aku…masih terbayang 2,3 hari sebelum ajal dia,aku sempat pi melawat arwah dan masa salam nak balik tu arwah tak nak lepaskan tangan aku,malah dia tarik tangan aku dan letak kat pipi dia…dia cakap apa ntah masa tu…aku tak dengar atau aku tak ingat…Allahurabbi teruk betoi ingatan aku.

Lepas tu aku busy balik dengan abang aku yang memang ulang alik hospital..hujung minggu ja aku pergi tidur rumah dia,bantu apa yang patut.Anak abang aku yang kecik sekali tu autism..aku memang struggle nak paham kerenah dia.Bagi aku dia macam time bomb..kau silap sikit..kau bakal hadap tantrum dia..aku sempatla merasa penangan rotan dan hanger dari si kecik ni.Macam mana pun dia kira darah daging aku.Pukul lah macam mana pun,rasa kasih kat dia tetap ada.Semoga dia akan tarik aku esok kat akhirat sana ke syurga..InshaAllah aminnnnnn!

Saudara mara belah bapak aku pon tak tahu nak cakap bagus macam mana..bila dengar ja keadaan abang aku,terus turun dari KL datang melawat..kira sempatla jumpa,aku memang tabik spring kat family Yacobians ni…sebab bonding diaorang sangat kuat dan sangatla supportive.Cuma yang sedihnya,uncle aku yg datang melawat abang aku tu plak meninggal a week after that. Stress kan?

Ingatkan habis takat tu…….ada lagi………..tak sempat aku nak tarik nafas…nak tenang2kan diri balik,dah pulak aunty aku tersembam depan bilik air….bengkak lebam sebelah muka punya teruk…aku rasa aku macam tak guna sebab tak mampu buat apa2 selain jadi driver bawak pergi hospital pergi klinik.

Walaupun mood aku ke laut dalam…hari-hari aku suram…cousin aku paksa aku pergi Pantai Esen dipagi buta untuk release tension…itula video yang aku tempek kat atas…aku xderla happy mana..tapi bila dengar bunyi laut tu rasa lega la jugak…apapun…doakan lah seluruh ahli keluarga aku diberi kesihatan yang baik dan panjang umur…aminnnnnn