Friday 28 May 2021

Bebaskan aku dari sifat amarah...


Salam...

Beberapa hari ni aku punya la stress sampai urat kening aku asyik berdenyut bergerak2 sampai aku rimas...nak stop tak boleh sebab dia sendiri dia...bukan aku yang buat dia..ishhh rimaihhh lah aihhh.Ni semua tak lain tak bukan stress lah punya pasal!

Aku ni tengah muhasabah diri lagi...aku anggap ini ujian untuk aku..Allah nak uji tahap sabar aku...tahap iman aku...sampai aku tercari-cari apakah jalan yang paling terbaik untuk aku lulus ujian Allah kali ini dengan cemerlang tanpa aku sendiri tersakiti atau aku menyakiti hati orang lain.Sumpah aku masih belum kuat untuk memaafkan..cuma aku harap sangat kalaulah aku ni benar dalam golongan yang teraniaya,aku harap Allah makbulkan doa aku,berilah balasan yang setimpal dan gandakanlah iman aku serta lindungilah aku dari sifat2 yang Allah murkai.

Aku marah dengan apa yang jadi...aku rasa diperbodohkan...dipergunakan..kalau ikut rasa marah aku ni...nak jer aku lepuk kawan aku tu...tapi dia kol dan mintak maaf berkali-kali...lagipun dia tengah stress sebab baru kehilangan ahli keluarga tersayang.Aku rasa sejuk lah jugak hati aku tapi aku masih buntu nak teruskan atau tarik diri.Aku takut sakit dan trauma aku berulang lagi.Nak buat apa sekarang nih?

Kalau aku tak maafkan,adakah disebabkan aku masih lagi terpenjara dalam rasa marah?Aku perlu marah untuk sedarkan dia..tapi untuk long term berkesankah?Adakah dia akan ingat dan tidak ulangi lagi?Ughhh confuse.....

Apa yang paling aku pasti sekarang bila kita marah,fikiran kita tidak waras,kata-kata kita semua yang keluar persis pedang yang bisa menghiris menusuk hati,dan sifat marah itu sesungguhnya amat dicintai oleh iblis dan syaitan.Sebab itulah diam lebih baik..Marah itu akan memburukkan lagi keadaan..

Ya Allah,sesungguhnya aku ni hambaMu yang lemah..lagi hina..Kau sajalah yang berikan aku petunjuk..ujianMu yang biasa ini juga aku sudah tidak mampu dan buntu..apatah lagi kalau Kau beri ujian yang lebih berat..lebih hebat...Kau sediakanlah aku untuk menempuh apa jua ujian dan rintanganMu Ya Allah Ya Kareem..Kau bebaskanlah aku dari sifat amarah,iri hati,sombong serta tamak..Kau jadikanlah aku diantara hamba2Mu yang bertaqwa..Kerna aku ingin bertamu di syurgaMu suatu hari nanti Ya Allah...Aminnnn


Friday 14 May 2021

Bukan niatku...

 Mahu berjumpa tapi tak daya,bukan kerna siapa,tapi emosi ini sedang menggila..penat berlakon ceria..

Bukan niat melukakan sesiapa..diri ini bukan lagi yang dulu..bukan lagi..

Ketahuilah wahai saudaraku yang kukasihi,kasih sayang ku ini tak pernah berbelah bahagi..nak dibandingkan dengan tanggungjawab yang kau galas mengganti bonda ayahanda tercinta..apatah lagi melihat kau terluka,diri ini turut merasa...maafkanlah..bukan niatku!

Andai suatu hari kau terbaca coretan dinda mu ini,mohon kau fahami..biar waktu memisah kita..tak akan terputus air walau dicincang..tak pernah kurang cinta ini pada kalian..

Derita ini tiada gambaran untuk aku coretkan..apa yang kurasakan..separuh jiwaku hilang entah kemana.. yang pasti lukaku parah didalam..menjarah urat2 dikepala..hingga aku terbiasa..tersiksa..namun aku tetap redha...

Maafkanlah jika kalian rasa diri ini menjauh..bukan niatku.Menghadap kalian saja aku perlukan kekuatan luar biasa..kalau dulu aku bisa..tapi kini tidak lagi...tiada daya..sumpah tak bermaya..

Salam rindu dan sayang.

Maaf zahir dan batin buat kalian yang tercinta.

Wednesday 12 May 2021

Esok raya dah weyyyyyyyyy!!!


Salam 30 Ramadhan..

Apa khabar semua rakyat jelata?moga semua sihatlah hendaknya..pertama sekali aku nak tanya macam mana aku nak habiskan 5bekas punya kuih raya seorang diri memandangkan my aunty on special diet manakala aku plak badan macam telan yis..makin hari makin membengkak,gambar diatas hanyalah hiasan,tu entah bila punya gambar..(gambar nak pi interview keja gomen-gagal teruk siap nak pengsan)
Semalam aku dengan kawan aku pergi survey roadblock sekitar Penang dengan harapan ada jalan2 tikus untuk kami menyelit nak pi beraya rumah kawan yang tak berapa kerat saja ada.Kawan aku siap kaji kata kali ni Polis tukar strategi roadblock,tempat yang biasa buat deme ubah tempat lain.Deme buat ikat daerah dan mukim,pendek kata semalam 1,2 roadblock ja baru set up..so kajian kami kiranya tak menyeluruh la sebab hari ni baru polis naik lagi pondok baru.....pishaaaaannnngggg weyyyyy!

Aku ni nak kata kecewa sangat pon tak derlah jugak,sebab bila PKP duit aku memang jimat banyak.Kerja dari rumah,tak payah keluar lepak,baju raya pon aku tak beli,nak pakai baju tahun2 lepas tak muat...so macam tak ada beza,syukurnya ada Netflix.Boleh susun cerita apa aku nak nganga sampai muntah.

Kawan aku yang nurse tu kata (dia jaga wad ICU Covid),katil hospital pon penuh,memang patutlah dibuat PKP pon cuma cara pelaksanaan tu jer menyakitkan hati,patutnya bagitahu lebih awal seminggu dua,sumpah aku kesian dengan peniaga2 kecil,yang ambik order nasik la,kuihla,ada yang cancel,barang dah beli.Kesian.Masa nilah aku bersyukur sangat Allah swt permudah rezeki aku dapat kerja ni masa PKP last year.Interview online,exam online..nasib dapat.Fuhhhhh......

Lagi satu,bilik aku yang aku makeover jadi madrasah tu pon tak siap-siap lagi sebenarnya...aku gatal pergi lekat hiasan berat2 kat dinding last2 satu2 jatuh siap terkopek cat sekali.Hampeh betul.Nasib cat ada banyak lagi.So aku ada banyak masa untuk siapkan...

Apa yer lagi isu semasa nak sembang...hmm pasal Palestin ngan Israel.Semalam aku belek2 Tiktok jumpa 1 video ustaz ni,aku tak tau nama apa tapi dia kata ceramah dia 16 tahun lepas dia ada cakap pasal kiamat tak akan terjadi hingga ibadah Haji dihentikan.Apabila ibadah Haji ditinggalkan bermakna Yakjuj dan Makjuj sudah lama dibebaskan.Dia dah menduga "mereka akan mencari alasan atau mereka-reka suatu virus hingga semua dihentikan atas sebab kesihatan dan keselamatan"...perghhhhh dia cakap dalam video 16 tahun lepas.Memang pun dalam Al Quran dan bagitau tidak syak lagi cuma kita ni...hmmm termasuk aku la....masih alpa dan lalai...takkan nak tunggu matahari terbit dari barat?Uishhhh berat topik ni....bukan level aku nak bicara hal ni,tapi yang pasti Dajjal dah pon menjalankan serangan2 halus yang tidak kita sedari...takutnya aku....

Tak palah guys,aku tak jadi nak tengok Netflix...aku nak pi baca buku apa yang patut tentang Hari Kiamat,Alam Kubur dan sebagainya.

Sebelum aku akhiri,aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua umat islam,dan mohon ampun salah dan silap terkasar bahasa,terkasar penulisan...mohon maaf zahir dan batin.

Assalammualaikum.


Monday 10 May 2021

Wahai Sang Pemilik Hati..

 Salam sayang..

Hari ni 9 May 2021,menjadi saksi bila sang pemilik hati menjentik rasa malu lalu mengunggah air mata ini berderaian tanpa henti.

Bunyi seakan aku terbawa emosi di bawah paras sedar,tapi hakikatnya sang pemilik hati sedang berbicara denganku melalui lidah hambaNya yang soleh,terpaku aku kaku mendengar ceramah Ustazah Asma Harun yang bertajuk -:

Amalkan 3 Zikir Hebat Ini Supaya Dapat "Control" Anak2 Dengan Baik - Ustazah Asma Harun

 https://www.youtube.com/watch?v=yyxMkTNQpeY

Tajuk memang jauh benar dengan diri aku yang single lagi tiada pengharapan nak berumahtangga apatah lagi beranak pinak,namun isi ceramah itu sangatlah menyentuh hati seorang pendosa seperti aku.

Kagumnya aku dengan isi yang disampaikan sehingga aku mengulang-ulang hadis nabi saw (aku takut aku terlupa,kalau boleh biarlah tertanam dijiwa) yang disampaikan oleh Ustazah Asma tadi iaitu,"Sesungguhnya lemah lembut itu bila berada di suatu tempat ia akan menghiasinya,apabila lemah lembut itu ditarik ia akan memburukkan keadaannya".

MashaAllah,Allah itu maha lembut dan Allah suka lemah lembut..sedangkan aku jauh sekali dengan sifat yang Allah cintai itu.Aku terbayang wajah kasih arwah mak yang selalu menasihati aku tanpa jemu..hmmm,kenapa aku tak mewarisi sifat tu,sedangkan aku benci dengan orang yang suka menasihati dengan kasar!Nasihat tak akan sampai padaku melainkan yang terkesan hanyalah kekasaran.Arwah mak memang lemah lembut,kalau marah pon masih comel dimata aku.Lepas tu aku terbayang pula betapa rahmat Allah yang tak pernah putus terhadap aku,sedangkan aku masih sombong denganNya.. 

Semua ni berpunca dari seketul daging yang bernama hati.Benar aku berulang kali bercerita tentang hati..kompleksnya hati..buruk manusia kerana hati..indah manusia pon dari hati..aku tak dapat berhenti fikir tentang hati ni..kadang rasa nak saja aku korek hati aku,aku nak genggam sendiri dan lihat macam mana rupa hati aku..hitam ka,buruk ka,busuk ka,kecik ka..atau shattered in pieces...

Dan aku tahu,sedar,terang,jelas lagi nyata Pemilik Hati aku sedang menegur aku.Ubat kepada hati adalah memberi makan kepada rohani...(dia tak bagitahu plak makanan rohani apa,tapi aku terfikir Rohani anak sapa-mmg aku suka merepek utk hiburkan hati aku sendiri) tapi penyakit hati beri makanan kepada nafsu!Apa plak makanan nafsu tu kan?Ada 4,yang sedihnya aku ada 3 dari 4 tu.So yang pertama Suka Makan Banyak,yang kedua Suka Cakap Banyak,yang ketiga Suka Rehat Banyak dan yang terakhir Suka Harta Banyak.

Pening aku fikirkan macam mana aku nak ubah semua tu bagi menguasai hati.Setiap kali aku nak berubah,ada sahaja alasan yang membuat aku menangguh2segalanya.Sedangkan lawan kepada itu adalah solat,ibadah,zikir,sedekah dan sebagainya.Alangkah bahagianya kalau aku dapat istiqomah dalam perjalanan aku nak menyucikan hati ni.Hadis nabi saw,"Susuli keburukan kamu dengan kebaikan"..tapi cukupkah itu saja untuk aku?terjaminkah aku?  


Wahai Sang Pemilik Hati,

Yang Maha Lemah Lembut lagi Maha mengerti..

Genggamlah hati ini,agar terhindar dari sifat yang Engkau murkai,

Padamkanlah tinta-tinta hitam yang bertapuk keras membesi..

Suntikkanlah cintaMu ke dalam hati ini..

Lorongkan aku ke jalan yang Engkau redhai.. 

Sebelum bumi memeluk ku kekal mati..




Monday 3 May 2021

That 3 different Goodbyes~how's yours gonna be?(Eps.3)




Salam sayang..

Sambungan semalam setelah puas aku tidur lebih kurang 14jam..kan aku dah cakap,benda ni drained energy..hanya yang mengalami bisa mengerti.

So lepas raya Kak Ana start la buat chemo,tapi ada sesuatu yang tidak kena dengan cancer Kak Ana nih which is hospital tak dapat detect cancer tu berpunca dari mana.Doc agak cancer rahim tapi bukan lepas buat test.Dari hospital Sabah ke hospital UPM Serdang,sama jugak result shows "Unknown Origin".Lepas tu Kak Ana balik Penang buat test pulak kat GH Penang,sama jugak.Kak Ana ni jenis ikut jer semua yang Doc sarankan,dari chemotheraphy sampailah ke Radiotheraphy,habis semua rambut,kening hilang.Aku pon masa tu konon nak bagi semangat kat Kak Ana kalut la pi bagi botak kepala jugak,tapi Kak Ana masih boleh berseloroh kenapa aku tak botakkan kening aku jugak..alang2 kata nak bagi semangat....erkkkkk,aku jawab kening tu kalau tak dak huduh sangat kot kalau aku nak pi kerja.

So proses ni lebih kurang berlanjutan dalam 2 tahun setengah sebelum Kak Ana betul2 dah makin teruk.Hmmm,mesti korang tanya ada berubat cara kampung tak?Jawapannya mestilah ada.Masalahnya bila berubat cara kampung ni semua cakap yang Kak Ana ni kena buatan orang.Nak percaya dengan tidak sama naik sebab benda ni bukan boleh nampak dengan mata kasar.Tapi kami sekeluarga memang ikhtiar habis2an.Tapi korang bayangkan,dalam 10 ikhtiar cara kampung lain2 orang semua cakap benda sama,lama2 Kak Ana start fed up dan mula mempersoalkan kenapa ada manusia yang sanggup buat dia sebegitu sekali.Apa salah dia?Kenapa dia?

Bisul yang asalnya besar ibu jari kini dah sebesar helmet fullface.Aku ingat lagi masa tu Kak Ana kol aku suruh aku balik Penang jaga dia sebab dia tau yang dia dah tak lama dah.Masa tu aku kerja Store Manager kat Subang.Aku prepare siap2 semua untuk orang yang nak ganti aku sepanjang aku tak ada.
Aku nak ucapkan terima kasih banyak2 kat Mdm.Soraya dan Mr.Nick pemilik Boost Juice Sdn.Bhd dan jugak Ms.Jessica Lee (Area Manager) yang memang bertimbang rasa bagi aku cuti tanpa gaji selama mana yang aku perlukan dan balik bekerja semula bila semuanya selesai.4bulan aku cuti masa tu.Company lain mana nak bagi macam tu kan.Masa aku pecut dari KL ke Penang seingat aku 2 saman speedtrap aku dapat hari tu.Punyala nak balik jaga kakak tersayang.

Masa aku balik Penang,keadaan Kak Ana dah diistihar sebagai TAK ADA HARAPAN.Hospital dah tak mampu untuk buat apa2 lagi.Mereka hanya bekalkan morfin untuk tahan sakit,ubat untuk cuci ketumbuhan yang besar helmet fullface tadi dan perkakas untuk buat dressing helmet tu la.Korang bayangkan aku ni penakut darah,aku nampak darah jer aku rasa tulang temulang aku auto lembut,kaki rasa tak pijak tanah.Tetiba aku kena handle darah,nanah,daging busuk yang luruh dan macam2 lagi.Masa nilah Allah hantar an angel without wings - Nurul Atiqah Zainun,kawan aku dari sekolah rendah,geng sehidup semati aku.Dia ni nurse kat GH Penang jaga wad cancer.Dialah yang ajar aku segalanya.4 bulan dia tinggal dengan kami.Pengorbanan dia memang tak akan aku lupakan.Tikah i love you so much,without you i don't know how's my life would be at that particular moment.Another angel without wings datang dari NGO CHARISS HOSPICE-Nurse Yeoh.Thanks Nurse Yeoh,may God bless you forever.Aku jugak bersyukur sangat family aku baik dari belah mak atau ayah  (YACOBIANS) memang bagi sokongan dan bantuan yang tak putus2.Terima kasih semua,hanya Allah swt dapat membalas jasa kalian.

Dari wad GH Penang,Kak Ana dihantar ke wad Palliative (drug or medical treatment that relieves suffering without treating the cause of the suffering) kat Perak Road.Kebanyakkan yang masuk situ seminggu mesti keluar sebagai jenazah.Seingat aku,dekat sebulan jugakla aku tido hospital teman Kak Ana.Kerusi dan sofa wad menjadi tempat aku melepas lelah.Masa tu Kak Ana memerlukan oxygen support.Aku ni ingatan aku on off pasal kisah Kak Ana ni...ada hari aku ingat details..ada hari aku lupa-lupa.Mungkin sebab trauma sama kot,aku berusaha tak nak ingat sebab aku sakit...sakit sangat bila kenang.Ni aku nak selit sikit BPD aku punya simptom iaitu Endless Cycle Of Loss and Grief.
Bayangkan dalam mimpi2 this 5 years aku asyik mimpi saat2 Kak Ana meninggalkan aku.Sakit dia sama,rasa dia sama,tak ada yang berubah.Cuma jalan mimpi tu jer lain tapi ending dia tetap sama.Dan setiap kali tu aku akan menangis dalam tidur.Basah bantal2...mana dengan air mata...air liur basi lagi...ishlaa...terkoyak wei hati aku ni.Hancur tak tahu nak cakap!Aku merintih jangan tinggalkan aku sebab aku tak ready.Kadang2 semua datang serentak pon pernah,arwah mak,arwah ayah,arwah kawan baik aku Nawad(Leukimia),arwah Suzy(Cancer jugak nanti aku cerita) adik angkat aku dan arwah Kak Ana.Tu tak masuk lagi arwah kembar mak aku,ehhh ramai sangatlah yang mati.Stress aku.

Ada hari dimana Kak Ana dia sakit sangat sambil memukul-mukul helmet dia tu sambil merintih "Ipah,tak boleh ka potong saja benda ni?","Kenapa mesti aku?","Ipah,aku tak tahan..","Ipah,apa salah aku?","Ipah,betoika sakit aku ni buatan orang?"Kalau aku nak cerita semua,korang akan pening dan tak tahan dengaq rintihan dia,tu tak masuk lagi anak dia yang kecik si Haziq nak mai bermanja dengan dia masa dia sakit,tapi Kak Ana layan dia sat saja lepas tu Kak Ana akan suruh Haziq dan Myra pi tidoq dengan kakak aku yang lagi sorang.Kesian Haziq kadang2 senyap2 dia mai menyelit tidur dengan aku dan Kak Ana.Bukan apa,Haziq tidur buas kadang tertendang helmet Kak Ana tu,tergedik2 la Kak Ana menahan sakit.Korang tahu tak,setiap kali Kak Ana merintih,aku akan tiba2 auto jadi Ustazah tak bertauliah.Aku pon tak tau Allah bagi ilham kat aku cakap pasal redha dan betapa Kak Ana antara insan2 yang Allah pilih untuk ujian.Aku cakap,"Kak Ana,sakit ni Allah yang bagi,kalau buatan orang sekalipun,kalau Allah tak izin,benda tak jadi","Allah tak akan bagi ujian ni kalau dia tau hang tak boleh tanggung","Kak Ana hang kena redha,bila hang redha sakit ni,percayalah Allah akan angkat rasa sakit tu","Kak Ana,setiap kali hang rasa sakit jangan lupa doa mintak dihapuskan dosa2 dan mintaklah syurga,dunia ni kan sementara".....dan macam2 lah lagi.Setiap kali dia sakit,aku ni rasa macam tak guna sebab aku tak mampu buat apa2 untuk hilangkan rasa sakit dia,yang aku mampu hanyalah bagi kata2 semangat yang aku main tibai cakap jer dan buat dia rasa seselesa mungkin.Aku yang bodoh bab masak tetiba boleh masak bagi Kak Ana dan semua dalam rumah tu makan.Aku akan make sure cadar dia ditukar 2 hari sekali sebab Kak Ana jenis cerewet bab2 kotor ni.Dia malu kalau orang datang melawat terbau busuk ke apa.Sebab tu aku akan tukar dressing helmet tu sehari 3x.Kadang Kak Ani(kakak yg lagi sorang bergilir buat).

bersambung..

God Saw you getting tired
When a cure was not to be..
So He wrapped His arms around you,
And whispered,"Come unto me".
You didn't deserve what you went through,
And so He gave you rest...
God's garden must be beautiful,
He only takes the best.
So when i saw you sleeping,
So peaceful and free from pain..
I could not wish you to come back,
to suffer that all again..


That 3 different Goodbyes~how's yours gonna be?(Eps.2)


Salam sayang,

Berkat bulan May ni,aku cuba habiskan cerita tergantung aku tentang "That 3 Different Goodbyes" dalam hidup aku.Gambar diatas adalah gambar kakandaku sayang allahyarhamah Nik Masdiana.Bulan May adalah bulan kelahiran Kak Ana.Ya Allah sebut nama dia saja pun dah buat aku rindu.Yang kecik 2 orang tu anak2 Kak Ana.Sekarang dah besar,yang kakak darjah 4,yang adik darjah 2.

Walaupun kami 4beradik,abang dan kakak aku yang lagi sorang tu duduk rumah tok aku di Penang,manakala aku dan Kak Ana ikut mak ayah aku merantau di KL.Lagi satu jarak umur aku dan Kak Ana beza 3 tahun ja,sebab tu kami rapat.Abang dan kakak aku yang lagi sorang beza jauh.Deme dah tua.hehehehehehe

Al kisah Kak Ana ni ikut2nya dia ni garang dengan aku,aku plak anak bongsu,manja dan mengada la.Tapi bila dah besar kami jadi terbalik plak,aku garang dengan dia,dia plak manja dengan aku.Masa kat sekolah,kakak aku ni pendiam,pendek kata kawan pon tak ramai mana,kewujudan dia kat sekolah tu amatlah disangsikan berbeza dengan aku yang orang kenal sebab asyik kena heret dengan pengawas pi Bilik Guru.Sesiapa saja yang dengar Kak Ana tu kakak aku,orang tak percaya sebab kami macam langit dengan bumi.Kakak baik saja kat sekolah...tapi adik...mashaAllah.Aku plak bila orang dok puji Kak Ana baik,aku akan kata hangpa jangan tertipu dengan dia,dia tu singa kat rumah.

Masa aku darjah 1,aku selalu berak dalam seluaq,aku tak taulah pasaipa aku cerita benda ni,tapi yang aku ingat Kak Ana akan balik mengamuk kat rumah sebab dia nanti kena panggil dengan cikgu untuk setel adik dia yang suka berak dalam seluaq ni.Dia kata dia malu.Hahahahahhaha,lepas tu dia selalu nanti spare spender aku takut aku buat hal kat sekolah.Monyet betul aku ni pon kan.Tapi masa tu aku rasa nikmat berak dalam seluaq,dia rasa surrrr saja bila kepit2panas2.Babi sungguhla perangai.(tu perangai takat darjah 1 saja naa..lani elok ja aku pi jamban)

Antara yang paling jelas diingatan aku masa Kak Ana mai ambik result SPM dia,masa tu aku dalam kelas,dia bertinggung kat blok bertentangan aku konon tak mau bagi cikgu nampak la sambil tersengih-sengih macam kerang busuk sambil dok panggil nama aku lepastu dia buat isyarat angat jari telunjuk dia.Oooooo Kak Ana dapat Pangkat 1 untuk SPM.Alhamdulillah...aku pon hepila..kakak kot.Senyuman dia masa tu masih mekar jelas bling bling lagi kat ingatan aku.Antara senyuman paling indah dia.
(aku dok mai emo dah,hgpa ingat senang BPD nak kontrol emosi....fuhhhh,Ya Allah bagilah aku kekuatan..)

Lepas tu Kak Ana masuk UITM Merbok dan degree dia buat kat UITM Arau Perlis.Aku yang selalu pi hantaq dan pi ambik dia.Setiap kali cuti sem,aku pening kepala sebab bila Kak Ana ada kat rumah,dia kerja nak berkepit dengan aku,habislah aktiviti aku dengan geng2 aku.Apa barang bawak kakak..susah nak buat benda2 jahat kalau dia ada.Kalau aku tak bawak,merajuk la.Tak bercakap lama kot dengan aku.Masa tu aku mana kisah,keseronokan diluar lebih penting.Kak Ana pernah merajuk turun kereta ka motor aku tak ingat,dia sanggup jalan kaki berkilo meter balik rumah sebab bergaduh dengan aku.Yang aku ni follow la macam monyet.Dia kalau marah aku memang kecut.Darah aku akan tinggai secamca saja.(Camca tu sudu)Tapi kalau aku yang mengamuk,Kak Ana akan kata Tebuan tercabut ekoq ni jadi dah.Masa tu dia akan pujuk macam2cara termasuklah janji nak belanja itu ini.

Lepastu dia kahwin dengan orang Sabah.Alhamdulillah abang ipar aku ni memang sporting habis dan kepala memang ngam betul ngan aku.Kami selalu ketepikan Kak Ana sebab abang ipar aku dok cover aku nak isap rokok.Kak Ana ni satu bagus dia,dia tak pernah marah aku bab2peribadi aku.Dia tau tapi dia buat2 tak tau.Tu pasal aku selesa dengan dia.Sampai la satu hari dia bagitau dia dan abang ipar aku buat keputusan nak pindah pi Sabah.Aku tak suka sebab jauh sangat.Kalau setakat Johor ka aku boleh la gagah lagi pecut kereta pi kat dia kalau rindu........tapi siapalah aku nak halang kannn....aku pon lepaskanlah kakak kesayangan aku tu pergi.....Dia suka Sabah sebab makanan seafood murah katanya,lagi banyak tempat2cantik.(ni antara sebab aku pasang angan2 nak pusing Sabah lepas ni)

Haaa,masa nilah Kak Ana start sakit.Aku ingat lagi masa tu Kak Ana duduk Beaufort kerja sebagai guru ganti.Masa tu Sabah dok banjir.Kak Ana dengan aku memang selalu on call.Dia mengadu kat aku kata ada seakan bisul naik betul bawah perut atas sikit dari pundak dia.Tapi bisul tu tak sakit dan tak ada mata.Semakin hari semakin besar.Mulanya aku ingat kena sengat dengan apa2 la kot,kan banjir kat sana.Manala tau serangga semua pakat lari naik atas rumah kann.Tapi dia pi hospital la jugak lepas tu.
Doktor ambik sampel dari bisul tu dan result kata cancer.Doc siap cakap dah stage 4 dan paling2 pon Kak Ana ada 5tahun jer untuk survive.Gilakan?Dia masa tu sihat walafiat cuma bisul kecik jerr,tapi doc suruh admit hospital dah masa tu tapi Kak Ana degil dia cakap dia nak raya dulu baru nak buat treatment.

Tetiba mengantuk..(aku sedih..nanti aku cari lagi kekuatan untuk tulis)

"In the garden of memory,in the palace of dreams..that is where you and i shall meet"

~Alice through the looking glass~
 


Bersambung..........

Sunday 2 May 2021

Sabarkah aku?


Salam Sayang..

Hari ni aku nak cakap pasal sabar..sebab asalnya aku bukanlah dari golongan2 orang yang sabar.Aku panas baran,bertindak dulu baru fikir..semuanya sebab tak ada kesabaran.Tapi arwah mak aku, sangatlah penyabar orangnya.Aku rasa dalam kami 4beradik,yang turun perangai sabar ni aku rasa abang aku sorang saja kot,yang lagi 3orang semuanya ke laut dalam.

Tapi semenjak dua tiga empat lima enam menjak ni,aku banyak belajar tentang sabar.Kan orang selalu cakap manisnya sabar........bagi aku tak manis wei!Sumpah sabar tak manis mana pon,lagi2 masa tengah dok sabar tu time tengah tegang...tengah panas...Manis dia datang selepas itu....manis tu datang lambat sikit.

Contohnya,dulu kalau aku marah,aku main maki hambur jer apa yang ada terbuku kat hati...lepastu kadang ada jugak bagi pecah barang,baling motor tengah jalan,tumbuk side mirror kereta orang,tumbuk orang..nasik bungkus terbang masuk kubur pon pernah,selipar terbang..resign 24hrs..haihhhh.tapi tu semua masa darah muda la.Masa aku mula2 belajar sabar,aku memang tengah naik angin yang tahap ishhhh tak tau nak habaq la,tapi aku cuba tahan,end up terhambur muntah.Yes aku muntah.Selalu kalau nak muntah kita akan rasa dulu...macam dia bagi hint...tapi yang ni tak...dia main keluar jer.Tapi sekali tu jerla...Lepas tu darjat sabar aku dah naik setingkat.

Antara kata2 yang selalu aku ulang-ulang dalam hati jiwa nurani aku ialah "Diam tak bererti kalah","Who talk the most make the most mistakes~Imam Ali","Allah sentiasa bersama orang2 yang sabar".So aku ulang2 benda ni,ternyata bila kita sabar,kita lebih tenang dan fikiran kita lebih jelas.Bila kita berjaya sabar,kita baru saja mengalahkan iblis yang memang suka dengan orang2 yang pemarah dan tidak sabar.Hebatkan?Pahala dapat..Iblis kalah..Tenang lagi...manis tak kurma ituuuu?hehehe..so sabar tu dah jadi manis semanis kurma.

Aku baca,Allah swt sebut pasal sabar 90x dalam Al-Quran.Dalam surah Al Baqarah - Allah bersama orang2 yang sabar,Surah  Al Zumar - Hanya orang2 yang bersabar yang disempurnakan pahalanya tanpa batas.Itu saja yang aku ingat,lagi satu kitakan selalu dengar orang cakap "Sabar itu sebahagian daripada iman"...lagi sebahagian apa dia?Haaa yang ni pon aku baru tau....(walaupun aku jahil at least aku mau belajar..janganlah kecam naa..selagi hayat dikandung badan,kita dituntut untuk mencari ilmu kan..)
Berbalik pada kisah sabar sebahagian daripada iman,yang lagi sebahagian tu adalah rasa syukur.Maknanya bila kita belajar sabar dan belajar bersyukur...kita makin dekat dah la tu nak jadi orang2 yang beriman.
Heheheheheh,tu teori aku jerla,apapun banyak lagi nak kena buat untuk earn iman tu.Jalan tak mudah tapi jangan pernah berhenti.

Sebelum aku akhiri kisah sabar aku ni,marilah kita semua berdoa agar kita dijadikan antara orang2 yang sabar dan beriman serta diberikan peluang bertaubat sebelum dijemput untuk selamanya.Aminn Ya Rabbal Alamin......