Friday 1 October 2021

SAKA - SAKAN - SAKAI

 


Salam,

Tajuk aku hari ni adalah tentang saka...lain macam kan...hahahahahhha

Ok,apa jadahnya dengan saka ni,kalau ditanya jer masing-masing mesti ada cerita tentang saka,kalau bukan keturunan dia punya...jiran dia punya la...kenalan la...tapi confirm semua orang maklum pasal cerita saka ni kan.Ada yang berbangga ada saka...ada yang tak mau tapi dapat jugak...malah ada yang tak tau pon dia ada saka.

Aku nak share cerita aku...to be honest,aku ni tak ada la tahu menahu sangat bab keturunan aku dengan details..apa yang mak ayah aku cerita,takat tu jelah...tok belah ibu - aku hanya sempat jumpa arwah mak tok aku yang lepas tu meninggal tahun 1992(Aminah Bee)-dengar kata asal keturunan dari China dan masuk Islam tu dari great2 moyang - dan aku ada dengar jugak yang Tokong Ular kat Penang tu ada kena mengena dengan jalur-jalur moyang aku punya siblings yang tak convert to Islam,kiranya depa la yang bina,Wallahualam.Manakala tok laki plak (Sheikh Ahmad) aku tak sempat kenal (belah mak jugak) sebab meninggal lebih awal,cuma yang aku tau asal dari India dan seorang pedagang.Tak tahulah bisnes rempah ke apa tapi memang orang meniaga la sampai ke Tanah Melayu ni.India - muslim.Cakap pon memang ada slang india punya.Arwah mak selalu kata "Atta akan marah mak mcm ni,tara pakai tudung mau jadi hantu minatang",hahhahahhahahhaha lebih kurang macam tu la yang aku leh recall.

Belah bapak aku plak,hat ni best nak cerita..masa arwah bapak aku hidup,dia selalu cerita yang dia dengan Sultan Kelantan hat berapa kali lipat ke belakang tu aku tak taulah - depa akan pi berburu ayam hutan.Pendek kata tu Pak menakan dia.Kira aku ada  darah - darah diraja jugakla kot.Perasan!Tapi Tok belah ayah aku (Nik Sulaiman) ni aku jumpa dia 2x ja dalam hidup aku,sekali masa aku umur 9tahun dan sekali lagi masa ayah aku meninggal aku umur 12 tahun.Dia plak kecek kelate kawww dengan gigi tak berapa ada,maka lambat lagilah aku nak paham kan.Nenek belah ayah lagilah mimpi nak jumpa sebab ayah aku sendiri tak berpeluang nak mengenali mak dia sebab meninggal selepas bersalin kalau aku tak salah.Ayah aku bongsulah kiranya. 

Info di atas adalah saki baki memori aku yang kelam-kelam dek kerana aku memang sangatlah pelupa.Orang2 tua yang dok ada pon berahsia sangat kalau nak bercerita apatah lagi kalau aku tanya bab saka.Mampos kena maki kena hamput sebab dok pi percaya yang bukan2..aku ni excited...bukannya aku nak beriman dengan benda yang tak dak2 ni....uishhhh mintak simpang malaikat 44.Korang fikirlah...mana tak excited kalau aku ni tidur jer mimpi pelik2.Tu baru aku cerita mimpi,belum lagi real life stranger yang aku jumpa kat kedai makan tetiba datang cakap "kau kena kaji keturunan kau...blablabla..."....maunya tak ternganga aku??aku pergi urut,orang urut plak cakap gini-gini...pendek kata dah macam Misteri Nusantara.

Masalah dengan mimpi ni plak,kau tak boleh nak beza mimpi yang mainan saitan dengan mimpi yang membawa khabar...aku memang suka tengok tafsir mimpi...tapi last2 aku ignore jer..sekadar hiburan aku...tapi lately ni,aku asyik mimpi jumpa lelaki berjubah dengan kanak2 ramai2 macam dalam cerita PRamlee yang Haji Bakhil bawak sepanduk anak yatim sambil nyanyi lagu "Tolong kami,bantu kami,anak2 yatim piatu..."......kanak2 semua usia 3-7 tahun aku rasa.Yang heranya dalam mimpi tu aku konfem akan tolong jaga budak2 tu sekali.Bawak naik train la...main bersama la....pendek kata mimpi ni berulang2 tapi berlainan situasi.Hinggalah suatu hari,lelaki yang berjubah tu bagitau aku ada orang nak jumpa aku sangat tapi aku terlindung sebab dia ada,aku pon cakap aku nak jumpa la...sapa dia?Nak jumpa aku awat?dan bila aku kata nak jumpa zasss tetiba menjelma sorang lagi lelaki berjubah kelabu muncul dan dia bagi salam kat lelaki jubah yang 1st pastu depa cakap arab.Aku paham tang dia bagi salam jerla.Aku tanya lelaki berjubah kelabu tu,"ni saya nak panggil apa?,dia jawab nama ana Al-Dass"..so Al Dass ni mintak izin kat lelaki yang dok bawak budak ramai2 tadi nak berdamping dengan aku.Dia kata aku yang dok seru dia.Aku ni dapat lihat wajah Al Dass ni,tapi wajah lelaki yang bawak budak2 tu aku tak pernah dapat lihat,hanya bayang sosok tubuh..sedangkan dia yang selalu datang dalam mimpi aku..ok lepastu lelaki tadi jawab kat Al-Dass tak boleh sebab kalau dia berdamping dengan aku banyak benda tak elok yang akan berlaku.Pastu aku terjaga..........

Korang rasa la kan...ni Misteri Nusantara atau Misteri Pisang Nangka???hahahahhaha...aku jumpa Al-Dass sekali tu jer tapi lelaki berjubah tu dah macam partnership aku bukak tadika..kerap gila mimpi...kot la aku dok tolong jaga budak-budak tu ada Harta Ahmad Albab ka dok menanti rancak jugakla...ni bagi aku perenggg lagi adala.

Dan 2 hari lepas aku terpanggil untuk kol seorang sahabat baik aku yang aku sayang jugakla,saja nak tanya khabar berita,tapi ada berita mengejutkan.Kawan aku ni kena santau.Dia tengah dalam proses berubat nak buang sihir yang dihantar kat dia tapi yang bestnya masa aku tengah video call dengan dia tetiba she's been posessed by that jin.Dah tak pasal jadilah pulak siri Bercakap dengan jin.Korang mesti kata aku ni ntah hapa-hapa..nak percaya ka tak percaya wallahualam.Tapi aku kenal kawan aku bukan bercakap macam tu..dengan mimik muka gaya semua lain macam...macam2 aku tanya jin tu yang aku tanya nama dia,dia tak nak bagitau,so aku namakan dia Cleopatra sebab katanya umur dah beribu-ribu tahun.Masa aku tengah interview Cleo,Cleo ni kata "penjaga" aku marah aku bercakap dengan dia.Sejak bila plak aku ada penjaga?Penjaga aku pandai silat katanya,maklumlah panglima.Ini bukan news baru untuk aku..dah macam-macam aku dengar..Hari tu Puteri Ular jaga la...ni Panglima pulak!To be honest kalau nak ada penjaga sekali pon,aku nak Lisa -Blackpink ka,JungKook - BTS ka..menarik jugakla...ni seram2 belaka.Haihhhh...tapi dalam banyak Cleo ni sembang ngan aku,satu benda jer leh ambik,dia kata jangan tinggal solat.Aku gelak sebab dia tu jin kafir...Elok plak dia sekolahkan aku...tapi dia kata manusia ni suka mungkir janji...yang tu pon aku setuju.Aku sendiri fed up dah dengan manusia.Terlalu menyakitkan!

Aku dah ngantuk,esok aku tukar shift balik kerja pagi...nanti aku sambung lagi cerita saka-sakan-sakai ni yerrr....banyak lagi aku nak cerita.Sabar jap. 

Kamsa Hamida...mmmuahhhh - wink!

No comments:

Post a Comment