Tuesday 10 August 2021

Mengetuk pintu syurgaMu...(Siti Sarah Raissudin)


Bismillah..

Hari ini bumi berlapang dada memeluk tubuh seorang hamba Allah yang mungkin bakal menjadi bidadari dalam perjalanan abadi untuk mengetuk pintu syurgaNya.Berbekalkan redha suami serta doa jutaan rakyat Malaysia yang benar-benar terkesan dengan pemergiannya.Tewasnya Siti Sarah Raissudin di tangan Covid-19,lebih hebat lagi,beliau memperjudikan nyawanya sendiri demi satu nyawa baru yang bakal melihat dunia...Ayash Affan!

Selamat jalan Siti Sarah Binti Raissudin dan selamat datang Ayash Affan.Persoalannya,mengapa ramai benar yang turut menzahirkan kesedihan dengan pemergian artis nan satu ini?Benar,pemergiannya sangat berbeza berbanding artis2 sebelum ini.Malah aku sendiri tak dapat menahan airmata sedangkan aku bukanlah peminat fanatik Siti Sarah pun.Tapi aku akui wanita ini memang berbakat,dan akhir2 ini memang selalu terlihat senda gurau beliau dan suami di media sosial.
Pasangan ini memang menghiburkan,ada saja senda gurau mereka yang buat aku ketawa.To be honest lagu beliau yang lately ni memang aku asyik on repeat sebab memang sedap pon lagu tu.(Tajuk:Semakin)

Bagi aku,dia - Siti Sarah ni seorang isteri yang sangat baik,aku dapat lihat dialah sumber kekuatan Shuib,yang sentiasa taat berdiri di belakang suaminya untuk memberi semangat dan ilham. MashaAllah,hebatkan?Shuib pon tak kurang juga bagi aku,seorang suami yang merendahkan ego lelakinya dengan sentiasa mendengar nasihat sang isteri.Kata Shuib,dia menumpang tuah isterinya.She is his "Lucky Charm".Antara nasihat Siti Sarah yang paling terkesan - Janganlah kita berkira-kira dengan wang kerna kalau kita berkira-kira dengan wang,kita juga akan berkira-kira dalam sedekah kita.
Nampak tak,dalam rezeki sang suami,ada doa si isteri.Hebatkan..

Dan ingin aku akhiri coretan aku yang tak seberapa ini ( aku mengantuk sangat ) dengan pengajaran yang kita patut ambil dari kisah pemergian bidadari ini,buat si isteri,perbetulkan akhlakmu,jadilah isteri solehah kerana kebahagiaan rumahtangga dan rezeki akan hadir,dapatkanlah redha sang suami..pastikan suami sendiri bukan suami orang,takut pulak aku kalau yang single mingle pon kalut berebut nak cari redha suami..suami tak ada...kau tibai redha suami orang...Nauzubillah!

Dan bagi yang masih tak mempercayai wabak Covid-19 ni lagi....silalah ambil pengajaran dengan kisah ini.Tak perlu kita tunggu hingga terkena batang hidung sendiri baru nak bergegas mencari vaksin!Kau takut jarum ke,apa ke,gagahkanlah jugak demi kesejahteraan kita semua.

Last but not least,mari kita beramai-ramai memberi sokongan buat BubbleBee serta produk tempatan yang lain.Kita bantu produk keluaran kita,barulah mereka dapat membuat penambahbaikan dan lama-lama produk kita dapat setanding dengan produk luar.Aminnnn







No comments:

Post a Comment