Thursday 20 July 2023

Andai ini takdirMu.. (Al Fatihah ~Nik Faizal B Nik Zulkipeli)

 Bismillah…


اِنَّمَآ اَمْرُهٗٓ اِذَآ اَرَادَ شَيْـًٔاۖ اَنْ يَّقُوْلَ لَهٗ كُنْ فَيَكُوْنُ

Sesungguhnya urusan-Nya apabila Dia menghendaki sesuatu Dia hanya berkata kepadanya, “Jadilah!” Maka jadilah sesuatu itu.Ayat 82


فَسُبْحٰنَ الَّذِيْ بِيَدِهٖ مَلَكُوْتُ كُلِّ شَيْءٍ وَّاِلَيْهِ تُرْجَعُوْنَ

Maka Mahasuci (Allah) yang di tangan-Nya kekuasaan atas segala sesuatu dan kepada-Nya kamu dikembalikan.

Ayat 83


Tiada kata yang sesuai dalam benak ini bagaimana nak mulakan bicara..

Bermula dari Jun 2022,kanser abang aku menjengah semula setelah hilang bersembunyi lebih kurang 5tahun..sejak dari itu..aku sibuk membantu apa yang terdaya..kehulu kehilir ke hospital,sekejap di Hospital Seberang Jaya,sekejap di Mt.Miriam Cancer Hospital,sekejap di Oncology GH Penang,sekejap di Palliative Hospital Bukit Mertajam.

Lelah yang aku rasa..lelah lagi melihat satu2nya kakak ipar kesayangan aku yang sibuk dengan abang aku ditambah dengan melayan kerenah anak istimewanya yang tak paham apa.Tinggi sungguh kesabaranmu wahai kak iparku.

Sesungguhnya Allah lebih sayangkan dia.Abang aku dijemput Penciptanya pada 1st March 2023.

Alhamdulillah segala urusan abang aku semua dipermudahkan..

Aku…

Apa jadi dengan aku..arakian kisah aku depression masa kehilangan arwah Kak Ana dulu..aku bagaikan terpaksa melalui trauma itu sekali lagi..berperang dengan emosi dan perasaan jangan cakaplah..aku ada 3 anak saudara depan mata yang aku nak kena tunjuk kuat..yang aku nak kena support mentally..dan tahap stress aku… Allah taala saja yang tahu.To be honest..aku lost…aku punya overthinking..itu dan ini..

Nak dijadikan kisah,9th March,yakni 9hari selepas abang aku pergi..masa aku sedang kerja..(aku work from home,so keja sambil berkemban perkara biasa),tiba-tiba aku terasa ada benjolan di breast kanan aku,hampir di tengah dada.Bila aku pegang betul2..allahuakbar,besar dia sebiji telur ayam.Panik…dan aku mula meraung..menangis sebab aku tau..ni confirm kanser..siap aku nampak dah yang aku boleh survive paling2 pon 2tahun.Aku punya overhinking siap aku nampak dah struggle yang aku nak kena lalui,chemo dan etc.

Aku call kak ipar aku sambil meraung dekat dia…kak ipar aku kat hospital masa tu bawak anak dia yang kecil pergi Tatacara Kerja(DBT) untuk budak autism.Aku bagitau kat dia sambil menangis..kak ipar aku turut menangis..sambil nangis sambil bebel jangan pergi lagi..dia tak ada sesiapa dah nak harap..abang jal baru 9hari..pastu dia cakap pi hospital check dulu…masa ni aku tak sedar yang aku bukan saja panik sengsorang..tapi aku bagi panik habis ahli2keluarga aku yang lain.Aku memang tak boleh fikir straight dah masa ni..

Tak cukup itu..aku call wife cousin aku,Kak Lyana..aku meraung kat dia sampai dia pon panik dan turut menangis sama dengan aku.Tapi lepas tu Kak Lyana ni lah yang dapat calm down kan aku..bila aku dah okey sikit baru aku turun bawah bagitau both of my aunt.

Petang tu jugak aku kena halau pi klinik,aku ajak adik angkat aku Mira temankan aku ke klinik.Lepas Doc check,aku kena refer pi hospital.

Aku pilih Lam Wah Ee hospital sebab harga berpatutan dan senang parking.Aku masuk hospital 11haribulan,12operate,13 dah keluar siap balik cat rumah sikit2 tolong anak sedara aku.

Nak dijadikan cerita,lump tu tak ada apa,tapi ada polyps dalam usus aku dan ianya Cancerous.Maksudnya kes aku ni mcm baru nak jadi.Aku down wehh,mati sakit cancer ni aku tgk banyak kali sangat dah depan mata…aku tau deritanya perjalanan seorang pesakit cancer.Dan aku dah start membayangkan…………..

Lama aku ambik masa untuk hadam,untuk redha kalau Allah dah tulis mcm tu,bentuk ujian aku macam tu,mungkin Allah sayang.

Demi Allah aku ni sebenarnya kalau Allah bagi umur panjang pon aku takut…umur pendek pon aku takut..tapi aku tak mau hidup dan menyaksikan kemunculan Dajjal..aku tau lani akhir zaman sangat2dah…jadi pendek kata Allah la yang maha mengetahui..so aku pilih untuk jalani hidup dengan appreciate masa yang tinggal,aku luang masa dengan orang2 yang aku sayang,family is my priority la…kawan2aku yang pernah sakiti aku,telah aku maafkan kecuali yang menganiayai aku dan tak mintak maaf maka aku serahkan sebulatnya pada Allah swt.Bukan nak sombong tapi aku tak dapat nak ikhlaskan hati..

Dari pihak aku sendiri,aku nak mohon maaf pada semua,andai ada terkasar bahasa,tersinggung kata dalam gurau senda,aku minta maaf..moga permohonan maaf ini sampai pada setiap orang yang pernah tersakiti dengan aku secara sengaja atau tak sengaja.Maafkanlah aku yg lemah ini..sesungguhnya aku juga manusia yang tak lari dari membuat silap.

Sekian

Salam sayang dari aku..

Ps: Selit namaku dlm setiap doa kalian..


Pengalaman Kerja Kedai Letrik Thailand

 Salam,

Dah lama aku tak tulis blog..bnyk yg jadi tapi aku xtau awat aku masih sakit hati bila kenang experience keja dgn kedai kat atas ni.

Al kisah aku tak rela sgt pon nak kerja sini tapi bila org tua kat rumah aku bising sampai bila nak buat Grab maka aku paksa la diri pi jugak..

Aku pi interview kat BM Career Fair terus dapat position Section Manager untuk Small Appliances.Aku rasa ok lah bukan tak pernah jadi manger pon.So try pilah…Disinilah bermula segala…

Masa 1st day aku tu ada lagi 1 manager lelaki masuk sama date dengan aku.Kami baikla sebab kami training semua sekali cuma dia department lain.

Aku perasan budaya kerja kat situ memang tak best langsung dimana depa ni tak bersikap terbuka dengan pandangan orang lain dan kalau boleh nak kena kipaassssss memanjang.

Ada sekali tu lepas sebulan ke dua bulan kerja,aku ingat lagi HQ dari Thailand mai melawat..depa buat survey la lebih kurang tanya semua ok ka,aku kata semua ok cuma aku lebih suka training yang proper..macam depa ni banyak lepaihh troihh…macam tak cukup sifat macam tu..sedangkan bukan busy mana pon..nahhhh lepaihh aku pi gatai mulut jujur cakap apa yang aku rasa..aku kena serang non stop dengan Big Boss,small boss..instead of depa nak pebetoi salah depa,depa lagi suka tunjuk kuasa.

Aku kena buli masa setup Kitchen Fair,nak setup tu bkn sat..4x boss aku suruh aku tukaq.Pendek kata dia pilih yang 1st setup..maksudnya aku buat kerja bodo la sepanjang hari sedangkan setup yg 1st tu dah ok.

Lepas tu budaya kat sana jenis suka wat hal besaq benda2 kecik..bab mulut ni tak payah habaqla..aku ni nak kata depa mentaliti bodo tak belajaq…ramai ja blajaq tinggi2..tapi apa yg depa pamer tak mcm org blajaq.

Lagi satu aku cukup tak berkenan masing2dah kahwin tapi bila melawak yg pompuan boleh gosok perut laki orang..yang laki org boleh ja nak sentuh tangan ka apa ka..melawak…sambil gelak..peluk pon pernah depan mata aku…ni kalau tak betul jenuh aku nak menjawab kat sana tapi wallahi jadi depan mata aku!

Aku memang demotivated gila kerja kat situ.Demi Allah sapa yang menganiaya aku kat situ harap dapat la balasan Allah.Even manager yg masuk sama dengan aku tu pon tanya aku awat depa dok attack hg kaww..dia sampai takut apa yg jadi kat aku terjadi kat dia.So dia kerja ikut saja tak berani langsung la nak bagi buah pikiran ka cadangan ka..sebab ramai jenis bermuka2.

Oleh kerana asal nak pi kerja ja aku stress,aku mula la pi lambat..masuk cukup2time..balik on time dan last sekali aku tak tahan sangat dah aku angkat semua barang aku balik terussss tak pi dah without any resignation letter whatsoever.Tu kira tahap aku tak boleh sangat dah la tu.Mamposla apa nak jadi pon.

Kepada ex budak sek aku yg also kerja kat sana,anak mami yg suka bawak mulut past org,semoga Allah beri hidayah la kat hg.Patutla dari sekolah aku tak berapa berkenan geng hg..lagi satu zaman sekolah hat berpuluh taun punya cerita,xyah dok creta la..kalau org creta pasai hg malu oo..hg dok senyap2 bela burung tu.

P/s Sorry aku bkn bt tak kenai hg..dulu hg gelap berkilat lani gebu,gila mana nak cam..salahkan bedak!


Done luahan