Thursday 7 October 2021

Naive!

 Salam 7 October,

Walaupun aku baru jer post tadi..ni aku terrrrajin la plak nak taip...tajuk cerita Naive!

Kita semua sedia maklum yang budak-budak memang naive dan tak pandai nak menipu disamping mempunyai hati yang tulus mulus.

Alkisah dulu aku menyewa dengan kawan aku ni kat Puchong Batu 13.Rumah yang kami sewa tu adalah rumah PPRT.Rumah pon rapat-rapat stail boleh dengaq jiran sebelah sembang apa punya.Sewa murah kat situ untuk kami yang baru nak mula biz.

So kawan aku ni ada anak umur 6tahun nama Daniel Putra.Kira duduk sekali la dengan aku.Daniel ni memang lawak tapi cerdik nak mampos.Ada jer benda yang dia akan buat aku gelak atau naik angin.Yang paling best,kawan aku ni memang tak kisah kalau aku mengajaq anak dia...pendek kata rotan pon memang dia bagi la sebab Daniel ni hyperactive.Dia pon tak larat nak jerit kat Daniel ni.

Aku dengan kawan aku ni plak memang sengaja cari rumah yang berdekatan dengan masjid agar kami dapat mengimarahkan lagi Rumah Allah.Kami selalu pi time terawih...best gila,nak buat sedekah pon senang.So pendek kata rumah kami every week ada jer makan2 la,masak2 la,bbq la dan kadang kami buat bacaan yasin.Senantiasa meriah dengan anak-anak jiran dan sahabat handai.

Bila kami buat bacaan yasin,biasanya mestilah ada air bacaan yasin kan.So satu hari si Daniel ni jerit dari bawah tanya kat aku,Aunty Nick,air dalam botol ni air ape?Nge(Danial bahasakan diri dia Nge) nak minum sikit boleh?tanya Daniel.Aku pon jeritla tu ayaq yasin.Pastu dia jerit ok.Tetiba aku dengaq Daniel panggil anak jiran sebelah yang kebetulan nama Yasin,"Weh kita nak minum air awak sikit boleh?"si Danial pi mintak izin Yasin anak jiran rumah sebelah.HAhahahahhaahhahahahhahaha,aku dari atas keras perut gelak...yang bestnya Yasin tu kata minumlah!Haihhhla budak-budak naive kan?HAhahaha.

Tu baru satu,masa aku pi mall,aku nak terkencing,si Daniel pon nak kencing jugak,aku heret la dia masuk toilet perempuan,dia punya malu la tak tau nak habaq,dia masuk toilet sebelah aku,aku ni plak dah dapat toilet ingat nak buang air kecil je,mana la tau yang "besar" nak menyusul jugak kan...so aku take time sikitla,tapi aku memang tak tenang langsung bila Daniel asyik panggil nama aku,"Aunty Nick dah ke belum?"dia ulang berpuluh kali.Nak jer aku cepuk budak ni...Yang bestnya selagi aku tak keluar,dia pon tak keluar,patutnya keluar la tunggu depan pintu ke apa...dengan orang ramai dok beratur nak lepas hajat...aku pon dapat idea untuk bagi dia "kill time" aku suruh dia kira 1-10 slow2 while aku setelkan hajat aku.So Daniel pon kira la 1.......2.......3.......4........5.....bla bla sampai 10.Aku tau aku kena setel sebelum dia reach 10 kalau tak panjang lagi la leteran dia kat aku.Buat malu aku jer kat orang yang dok beratur ramai2 tu.Ok pastu citer habis kat sini...point dia aku nak bagitau,aku kan pandai sangat mengajaq Daniel suruh kirakan....2 minggu lepas tu kejadian di rumah.Aku sakit perut tahap menggeletar yakni yang nak keluar ni bukan biasa-biasa!!!Aku ulang bukan biasa-biasa.Code Red!!!Perut aku memulas kawwww,aku lari pergi toilet,guess what,Daniel tengah dalam jamban!Shit.Toilet mandi ngan berak asing2.Aku pon ketuklah pintu suruh dia cepat.Aku siap dengar dia main air tembak sampai ke siling.Aku bising la suruh dia cepat.Nak tau dia kata apa."Aunty Nick kira dari 1-100...baru Nge keluar.Aku rasa macam nak menangis!Anjing monyet beruk semua aku carut....aku ni nak tercirit sangat-sangat dah..sampai merayu aku kat dia.Agak-agak la Daniel,kamu suruh Aunty kira sampai 100,hari tu Aunty suruh kamu kira sampai 10 jerr...dia dok gelak kat dalam sambil paksa aku kira jugak....last aku ugut dia kata nak berak depan pintu toilet dan dia memang akan kena cuci aku tak peduli!!!Baru dia keluar!Damn!!!!Nak marah sangat pun budak...Naive kan...lagipun aku la yang pandai sangat mengajaq...sekarang hambikk kau!So paling-paling pun aku mengadu kat kawan aku tu kata anak dia kejam buat aku macam tu.Kawan aku tu gelak jerrr.Kurang hajor

Tu kisah lawak,kisah sedih masa aku nak pindah,aku susun kotak aku depan pintu rumah,kiranya aku nak mengangkut barang dahla,Daniel punya menangis meratap sambil heret satu-satu kotak aku masuk bilik balik.Siap dok koyak2 kotak tu nak punggah barang aku balik sebab dia tak bagi aku pindah.Sedih kan.Kesian...aku pon tak sampai hati nak pindah tapi masa tu aku dapat kerja kat Subang dan rumah yang lebih dekat,so terpaksalah....sepanjang dalam kereta aku plak menangis...tersentuh hati aku...Mana taknya,aku memang suka melayan kerenah budak-budak...main dengan depa buat aku rasa happy. Aku suka bedtime stories kat budak-budak..aku tipu apapun diaorang bukannya tau..Aku pernah cerita hantu kat Daniel lepas tu dia muntah.Hahahahahaha,aku pernah jugak paksa Daniel makan masakan aku dan dia muntah.For real....kawan aku kerja dia gelakkan aku jer.

Sayangnya aku tak dapat spend time yang macam tu dengan anak saudara aku sendiri.Lebih-lebih lagi anak-anak arwah kakak kesayangan aku.Dahla jauh nunnnnnnn di Sabah sana.Tetiba jer dah besor.Setiap kali VideoCall aku mesti drama airmata sebab rasa macam cepatnya waktu berlalu..Anak-anak abang aku plak dah besar-besar,semua asyik dengan phone.Phone ni la satu benda musibat jugak!Kau buang masa dengan phone tanpa kau sedar cepatnya waktu berlalu.So sad...

Apapun,pesan aku,budak-budak ni bukan selamanya akan jadi budak,so kitalah yang kena warnai masa kanak-kanak mereka dengan aktiviti and etc.Sebab bila masa berlalu,kau tak akan dapat putar ia kembali...it is long gone. 

No comments:

Post a Comment