Monday 30 August 2021

Eyes never lie👀


29/8/2021

They say..eyes can't never lie..
The eyes tells more than words could ever say..
Eyes are the windows to the soul..
and...
never lie to the eyes that look at you with love..
Some eyes touch you more than hands ever could...
Where your eyes get stuck..is where your soul is searchin' for......

Sunday 22 August 2021

That 3 different Goodbyes ( Last Episode )


Salam sayang..

Hari ni aku nak habiskan cerita aku yang tajuk "That 3 Different Goodbyes - How's yours gonna be..."
Last episode aku cerita camna kakak aku dapat tau dia menghidap Cancer,yang tahu - tahu jer terus stage 4.
Bukan tu saja,Doc siap cakap Life Line dia paling lama 5tahun.Masa tu sapa jer yang boleh terima..pendek kata kami semua in denial state dimana kami rasa Kak Ana sihat jer dan inshaAllah kami akan ikhtiar habis-habisan dan buktikan Doc cakap tu tak betul!

Peliknya cancer kakak aku ni,hospital tak dapat cari dia cancer apa...result asyik keluar "Unknown Origin".Kalau orang lain,kita tau jer cancer rahim ke,cancer usus ke tapi Kak Ana tak dapat dikenalpasti.So dari Hospital Sabah ke Hospital Serdang UPM dan akhir sekali ke Hospital Penang.Macam2 test kakak aku buat tapi semua sama.Bila tak dapat kenal cancer apa,susahlah Doc nak buat rawatan.Seingat aku Kak Ana ni jenis ikut jer apa saja yang Doc sarankan... chemotheraphy, radiotheraphy, semua dia buat sampai botak kepala,luruh habis bulu mata,kening bagai.Ketumbuhan tu tetap terus membesar dan membesar.Hingga menyulitkan Kak Ana untuk bergerak.

So macam biasa la bila kami berubat cara saintifik tak jadi,ramai la yang suggest berubat cara kampung.Dari ustaz sampai ke bomoh melayu cina semua aku tibai.Dalam ramai-ramai yang cuba ubatkan Kak Ana,semua cakap Kak Ana ni terkena sihir mayat something like that la.So cara nak berubat pon satu macam punya pattern mayat-mayat jugakla..dengan kain kapan bagai..ada satu muallaf cina ni suruh aku pergi cari kertas kuning yang kalau ada orang cina mati diaorang tabur kat jalan tu.Korang bayangkan time tu aku nak kena tunggu la sapa-sapa cina mati aku nak serbu cari kertas tu...adventure sungguh.
 
Ada jugak kisah lucu,ada satu ustaz ni dia letak buluh macam tabung berbalut kain 7 warna kononya untuk perangkap apa sahaja sihir yang tak der-tak der ni incase kalau betul ada orang dok keep sihirkan kakak aku.So tabung buluh tu aku letak di sudut bilik.Kadang-kadang aku dengar jer bunyi tinggg...tinggg macam duit syiling diisi dalam tabung tu.Ok part yang lucu dia jap,sambungan dari kertas cina mati tu tadi,aku kol kawan aku Salmah tanya kot-kot dia tau tang mana-mana ada cina mati,kebetulan si Salmah tu ada nampak minggu lepas area Ayer Itam ada satu orang tua cina meninggal.Sakit tua mungkin.So aku bergegas dengan Salmah pi kutip kertas cina mati tu,disebabkan ketumbuhan Kak Ana ada 2,so 2 helai kertas cina mati tu aku kena ambik dan bawak pi kat kakak aku,pastu layangkan kertas tu kat ketumbuhan tu sambil selawat dan niat kat Allah agar apa sahaja benda yang tak elok akan ikut kertas tu lah.Pastu aku kena letak balik kertas exactly kat tempat yang aku ambik.Aku memang ada tanda tempat tu..tapi kertas tu aku tak tanda...so aku confuse mana satu tempat dia...aku main letak jerla.

Hahahahahaha,esoknya,masa aku tengah masak kat dapur,Kak Ana jerit panggil aku,dia nampak roh orang tua cina berkain batik ketang kedada,bertocang datang jenguk dia,muka relax chill jerr...pastu roh tu terus lompat masuk dalam tabung ustaz tadi.Ketingggggggg bunyi dengar sampai dapur....Aku rasa aku salah letak dah kertas tu.Tapi si Kak Ana ni boleh buat lawak dengan aku dia cakap,pehal orang tua tu sampai tengahari ni,kenapa tidak semalam?Ni mesti naik bas Rapid la nihhhhhh.Kak ana oiiiii dalam sakit-sakit masih buat aku ketawa.

 Namun ketawa aku tidaklah lama..keadaan Kak Ana semakin merosot,dari rumah ke wad Palliative,pastu ke rumah balik,aku sempat la tidur sebulan kat wad Palliative tu...aku jadi saksi setiap detik penderitaan dia!Saat dia give up dengan takdir..saat dia kuat untuk anak-anak yang masih kecil,dengan suami plak jauh dimata masa tu.Siang dan malam rintihan dia masih jelas terngiang-ngiang di telinga aku.Kata-kata yang aku asyik ulang-ulang kat kakak kesayangan aku masa tu,"Kak Ana,sakit ini dari Allah,kalau Allah tak izin,tak jadi,kalau benarlah Kak Ana dianiaya,mintaklah semoga semua dosa-dosa Kak Ana diampunkan dan mintaklah syurga Allah,doa arang teraniaya tak ada hijab,dan kalau Kak Ana redha dengan sakit ni,inshaAllah Allah akan angkat rasa sakit tu".

Berulang kali dialog tu aku repeat kat dia sampai dia hadam - hakikatnya aku tak tahu apa2,aku main cakap jer..aku berusaha nampak kuat depan dia,aku berusaha jadi ceria depan dia,aku nak dia tahu betapa aku sayang dia dan akan ada selalu dengan dia hingga ke hembusan nafas terakhir dia!
Satu malam,kak ana terjaga dan tersenyum-senyum,maklumlah pagi tu dia dapat jumpa suami tercinta dia dan sempat bermaaf2an dari hujung kaki ke hujung rambut,siap halau abang ipar aku suruh kawen lain sebab dia dah tak dapat lagi galas tanggungjawab sebagai isteri dan ibu untuk anak2 dia!Masa dia senyum-senyum tu dengan wajah yang bersinar tu,dia tanya aku Ipah kita kat mana?Cantik sangat ni macam istana katanya..aku yang blurr sama naik ngan dia merenung ke siling hospital mencari istana yang dia cakapkan tu.Kosong.Nothing.Fahamlah aku ketika itu...dia jugak tak berhenti mengucapkan syukur kepada Allah kerana telah memudahkan urusan dia.Sambil memegang ketumbuhan dia tu,"Sakit ini aku redha Ya Allah,Terima kasih Ya Allah,alhamdulillah...alhamdulillah..."

29 Ogos 2016,jam 7.30 pagi,setelah 2 tahun setengah survive, Kak Ana kakak kesayangan aku pon menghembuskan nafasnya yang terakhir.Hanya aku dan Tikah bff aku yang ada masa tu,airmatanya mengalir seiring dengan nafas terakhirnya.Perginya Kak Ana membawa sekali separuh dari jiwa aku....sakitnya aku Tuhan sahaja yang tahu.Aku redha...aku maafkan andai kata benarlah kakak aku ni pergi atas sebab sihir sekalipun..aku maafkan orang tu.Yang penting tempat kakak aku kat sana...yang itu lebih utama untuk aku.Itu hanyalah asbab sahaja untuk pemergian dia.Aku redha Ya Allah...Aku yakin dengan apa yang telah kau tuliskan untukku.

Friday 20 August 2021

Giving Up?


Salam sayang..
Jam di dinding menunjukkan pukul 3.29minit pagi...kenapa aku masih tak melelapkan mata?hmmmmmm
Alkisah semalam aku rasa nak demam..demam kura..mungkin sebab terlalu penat..terrrrrlalu penat!Menguruskan sepupu aku nak pindah...packing barang suku maut..
Sampailah selesai semuanya...masalahnya sekarang...masa hari aku rasa nk demam...tetiba aku rasa tak lalu nak makan ubat lagi...aku rasa fed up...sedangkan 17Aug aku baru jer appointment ngn Doctor aku...."everything is great" aku kata kat dia...
So masuk hari ni baru 2hari aku pandai2 stop ubat aku...sebab aku fed up!Tak tau la apa aku pk...nak tido kena ubat...nak berak kena ubat...tang makan elok plak...give up kan?

I m supposed to write benda yg elok2...benda yg +ve...so that 1 day when i m gone..i hope my writing will help others yg struggle macam aku ni sedikit sebanyak...who knows..aku harap la...tapi not tonight.

Sebagai manusia biasa...it is normal to feel like this.Kadang kita bersemangat..kadang kita rasa cam nak mampus esok..take your time...lani aku rasa cam nak mampus esok..
So aku nak embrace sat perasaan tu......

Oh my God...i just need time for myself...
Penat!


Tuesday 10 August 2021

Mengetuk pintu syurgaMu...(Siti Sarah Raissudin)


Bismillah..

Hari ini bumi berlapang dada memeluk tubuh seorang hamba Allah yang mungkin bakal menjadi bidadari dalam perjalanan abadi untuk mengetuk pintu syurgaNya.Berbekalkan redha suami serta doa jutaan rakyat Malaysia yang benar-benar terkesan dengan pemergiannya.Tewasnya Siti Sarah Raissudin di tangan Covid-19,lebih hebat lagi,beliau memperjudikan nyawanya sendiri demi satu nyawa baru yang bakal melihat dunia...Ayash Affan!

Selamat jalan Siti Sarah Binti Raissudin dan selamat datang Ayash Affan.Persoalannya,mengapa ramai benar yang turut menzahirkan kesedihan dengan pemergian artis nan satu ini?Benar,pemergiannya sangat berbeza berbanding artis2 sebelum ini.Malah aku sendiri tak dapat menahan airmata sedangkan aku bukanlah peminat fanatik Siti Sarah pun.Tapi aku akui wanita ini memang berbakat,dan akhir2 ini memang selalu terlihat senda gurau beliau dan suami di media sosial.
Pasangan ini memang menghiburkan,ada saja senda gurau mereka yang buat aku ketawa.To be honest lagu beliau yang lately ni memang aku asyik on repeat sebab memang sedap pon lagu tu.(Tajuk:Semakin)

Bagi aku,dia - Siti Sarah ni seorang isteri yang sangat baik,aku dapat lihat dialah sumber kekuatan Shuib,yang sentiasa taat berdiri di belakang suaminya untuk memberi semangat dan ilham. MashaAllah,hebatkan?Shuib pon tak kurang juga bagi aku,seorang suami yang merendahkan ego lelakinya dengan sentiasa mendengar nasihat sang isteri.Kata Shuib,dia menumpang tuah isterinya.She is his "Lucky Charm".Antara nasihat Siti Sarah yang paling terkesan - Janganlah kita berkira-kira dengan wang kerna kalau kita berkira-kira dengan wang,kita juga akan berkira-kira dalam sedekah kita.
Nampak tak,dalam rezeki sang suami,ada doa si isteri.Hebatkan..

Dan ingin aku akhiri coretan aku yang tak seberapa ini ( aku mengantuk sangat ) dengan pengajaran yang kita patut ambil dari kisah pemergian bidadari ini,buat si isteri,perbetulkan akhlakmu,jadilah isteri solehah kerana kebahagiaan rumahtangga dan rezeki akan hadir,dapatkanlah redha sang suami..pastikan suami sendiri bukan suami orang,takut pulak aku kalau yang single mingle pon kalut berebut nak cari redha suami..suami tak ada...kau tibai redha suami orang...Nauzubillah!

Dan bagi yang masih tak mempercayai wabak Covid-19 ni lagi....silalah ambil pengajaran dengan kisah ini.Tak perlu kita tunggu hingga terkena batang hidung sendiri baru nak bergegas mencari vaksin!Kau takut jarum ke,apa ke,gagahkanlah jugak demi kesejahteraan kita semua.

Last but not least,mari kita beramai-ramai memberi sokongan buat BubbleBee serta produk tempatan yang lain.Kita bantu produk keluaran kita,barulah mereka dapat membuat penambahbaikan dan lama-lama produk kita dapat setanding dengan produk luar.Aminnnn







Sunday 1 August 2021

The Good Doctor


Salam 1 August...

Sebagai pembuka tirai bulan ni aku nak kongsikan cerita tentang "The Good Doctor" yang aku hadap non stop,back to back kat Netflix dan kenapa aku suka cerita ni..

Kisah dia tentang Dr.Shaun Murphy (gambar diatas) seorang penghidap penyakit Autism yang berjaya jadi "Surgeon" kat St.Jose Hospital.Bukan sekadar surgeon tapi extraordinary surgeon.Seperti yang kita tau,autism ni sejenis kecacatan neurologi,dan dalam cerita ni Dr.Shaun ni bermasalah dalam nak berkomunikasi dan perhubungan sosial.

Dr.Shaun ni 2 beradik yang lari dari rumah sebab ayah dia macam tak boleh nak deal dengan penyakit dia.Tapi adik Dr.Shaun ni sayang serta yakin yang abang dia ni akan berjaya satu hari nanti,adik dia adala hadiahkan dia scalpel toys (pisau bedah mainan) masa depa hidup dalam bas terbiar.Dan satu hari yang malang masa depa tengah main,adik dia tergelincir jatuh dan meninggal betul2 depan mata Dr.Shaun.Ini antara salah satu penyebab dia nak jadi doctor sangat.Masa dia bawak adik dia pi klinik,dia jumpa Dr.Aaron Glassman.Org tua ni la yang bela dia dan masukkan dia kerja kat St.Jose hospital tu.Bukan senang ya...macam2 halangan..(sumpah korang kena tengok)


Dalam cerita ni banyak pengajaran,antaranya walaupun kau ada kekurangan,itu bukanlah suatu penghalang untuk kau berjaya.It is how u learn and adapt things.Communication is the key to everything.Ingat tak aku pernah tulis tentang Ustazah Asma Harun punya ceramah,tentang lemah lembut kalau diletak di suatu tempat,ia akan menghiasinya,dan kalau dicabut ia akan memburukkan keadaannya.Bendanya berkait-kait....sama jugak dalam cerita ni,orang memang naik angin dengan Dr.Shaun ni sebab kelemahan dia dalam berkomunikasi tapi ada lagi 1 doctor ni (Dr.Browne) dia memang 'A' lah bab communication ni.So Dr.Browne ni lah antara yang banyak ajar Dr.Shaun ni selain Dr.Glassman.Kalau nak tegur atau ajar seseorang tu,kenalah guna tone suara yang lemah lembut,serta contoh bagi memudahkan orang tu faham.Sebab tu lah dalam Islam kata 'Sabar itu indah'...kalau doctor2 kat St.Jose tu takleh bersabar dengan Dr.Shaun ni,tak aderlah deme "Extraordinary Doctor".
Hasil tu datang lambat sikit tapi it's worth it!

"When the truth can't help someone,we should lie".Inilah dia istilah 'Tipu Sunat' yang kita selalu guna sangat tu.hahhahaha,tapi kita selalu guna cara yang salah.Macam depa ni tipu bersebab contohnya dalam 1 episode ni ada 1 pakcik ni ada penyakit short memory,pastu kena cancer plak,ada berapa bulan ja nak hidup.Bila dia bangun jer dari tidoq 10x doctor semua dok kena explain balik dia masuk hospital sebab apa dan bla bla.Bini dia pon pening.Last depa tak larat dah nak explain,depa tipu sunat la...soh bawak balik and enjoy the rest of the time yang tinggal.


Dan yang paling best sekali dalam cerita ni,Dr.Shaun jatuh cinta dengan Lea Dilalo yang terus menerus reject Dr.Shaun.Kena friendzone la kiranya ni.Tapi Dr.Shaun ni jenis tak putus asa...ingat senang ka Dr.Shaun nak handle masalah cinta...masalah pesakit lagi...dia sendiri pon sakit...ingat senang ka autism nak fokus 2,3 benda dalam satu masa.Dia buat hal jugakla.Tapi akhirnya dia belajar jugak cara nak handle.....secara ringkasnya hangpa nak tau kesudahan cerita ni kenala tunggu Season 4 yang tak tayang lagi.Monyet kan...bengang jer aku...

Bagi sesiapa yang ada psichiatric disorder,jangan pernah putus asa..there is always a room to improve,hidup itu indah,kita kena keluar dan cari keindahan itu...sentiasalah belajar.....inshaAllah all will get better.All is well.Be positive.Sesungguhnya hanya yang terpilih jer dapat jadi istimewa disisi Allah swt.

tata..mmuahhhhhhhhhh