Wednesday 31 March 2021

~frust~

 Salam sayang..

Hari ini ingin aku coretkan betapa sakit dan pedih hati ini bila sering saja aku ini disalah ertikan oleh teman2 dan ahli keluarga.Seringkali dituduh terlalu mengikut perasaan,penting diri,overthinking dan bermacam lagi!

Kurang 9 hari,genaplah setahun diagnos doctor tentang BPD aku ini.Aku yang tanpa malu2 share tentang penyakit ini dengan family dan teman2 rapat dengan harapan mereka akan lebih memahami,guess what?None of them ever heard about this!So am i!aku pon baru jer tahu.Bezanya segala simptom2 yang ada kat aku tu dulu aku tak tahu ada nama,contoh Black and White thinking,Manic Episode dan banyak lagi nama.Dulu orang panggil,hang ni suka buat keputusan semberono,pikiaq lebih pada orang,suka buat teruk,mintak perhatian,suka buat kesian and so on.Guess what,tu semua ada nama dia-yang aku tau depa panggil simptom!

Nak salahkan siapa bila sakit ni orang pon tak tahu,aku sendiri pon baru ja dok belajaq macam mana nak kawal dan sebagainya,tapi aku kecewa most of them yang mana tak boleh jadi madu,janganlah jadi racun!Even my family member tak validate penyakit ni,instead buat main,contoh,ada movie pasal orang gila kat tv,pastu dok bagitau,ha ni macam hang la mental!aku hanya mampu tersenyum saja.

Never mind,i dont blame you all.Benda bukan baru untuk korang jer,untuk aku juga.Cuma sekarang aku mintak maaf siap2 andai aku menyepi ke menepi ke sebab aku taknak korang plak stress dengan aku..Apa yang aku rasa,aku lalui,aku ja tahu..Aku taknak bazirkan tenaga lagi explain!Menyendiri lebih baik!!!Aku dan Tuhanku.


ciao!

Tuesday 30 March 2021

My dear Aqua!


 My dear Aqua,

You know who you are!I just want you to know how much i love you and thanks for always being there whenever i need you.

And the most important thing,you always have faith in me..You listen to every crap of me without judging.You see my weakness as an opportunity to learn and improve.Thanks for all the patience that you hold all these years.

I am sorry for everything,along the way i hurt your feelings again and again.But still,you manage to cope with my craziness,my cranky and et cetera.Syukur sangat to have somebody like you.

Please be safe..take care of yourself..you know i can't stand to hear if you fall sick or anything,just please be safe!please..

Just want you to know,you are 1 of my top list in my "Grounding Method" whenever i felt my life is over.

I learn how to be strong,how to enjoy my life and learn seeing things beautifully from your eyes.Your spiritual,simplicity,warm,confident demeanor paving the way as an example and  also positiveness towards life and people really teach me something.

Again,thanks for existing in my life and made the journey more fascinating!

I love you,always and forever...

Look for the Stars

Sal Loves A Boy!

..aku turun tangga,keluar dari bilik setelah lebih dari 24jam bersembunyi dari alam nyata..aku lihat kedua ibu saudaraku di ruang tamu,sedang menonton tv..salah sorang dari mereka tegur aku.."ha,Sal loves a boy,turun dah,ingat tak mau keluaq langsung"kata ibu saudaraku.

Pelik aku,jadahnya Sal Loves A Boy????

Kenapa perlu libatkan kawan aku dalam cerita ni??memanglah aku ada kawan nama Salmah,tinggal sekampung dengan aku,semua panggil dia Sal.So what is wrong with Sal if she really loves a boy?Apa masalah my aunt?

So,aku sambil buka pintu rumah nak keluar,aku cakap kat aunty aku tadi,"Sal loves a boy,apanya?"
Both of them ketawa,siap cakap "hang ni pekak pula,ish ish ish...aku panggil hg Sang Kelemboi sebab hang makin gemuk!Awat hang dengaq apa?"...........

Sang Kelemboi dengan Sal Loves a Boy dekat sangat dah anjirrrrrrrrrrrrrrrrrrr

Ok,aku mengaku kadang2 aku pekak,boleh tak kalau aku salahkan depression aku?Hihihii,Kadang kalau aku stress sangat salah satu simptom ialah telinga aku akan jadi berdengung dan of cause la tak dengar.

Tapi yang kes aunty aku tu,memang aku salah dengar.Anyway Sal dah kahwin pon ada anak sorang and Sal Loves A Man not A Boy.

Monday 29 March 2021

It's OKAY to say NO

 Salam Nisfu Syaaban semua..

Tahukah kalian..sometimes it s ok to say no!Nak tahu kenapa?because i've been "YES MAN" like for a such a long time.Uh uh..it is not good at all.Mulanya kau fikir dengan jadi "YES MAN" u will be loved,u ll be appreciated.Nope!Not at all.Sebab kan benda ni..aku tak berhenti menyalahkan diri sendiri,it's all my fault.Aku yang salah ajar manusia sekeliling aku bahawa dengan kau ni mudah,masa kau macam tak ada nilai.Now i'm gonna put a STOP on this!!!!

Inside me,i love to put a smile on others,it gave me satisfaction.Disamping mencari pahala buat bekalan di akhirat sana.Kalau aku tengok orang susah or sedih,aku memang tak tahan,i'd do anything in my power to help..but............then,people start to take advantage on you..they disrespect you,contohnya kau nak mintak tolong aku tapi where the f**k is your magic words~HELP????instead start bagi arahan pulak kat aku,kau datang sini..time ni..bla..bla... and so on.

Nowadays,manusia makin hilang common sense..thanks to this kind of people kalian berjaya buat aku jadi bukan aku lagi!Thanks for the lesson.

Buatlah baik sebanyak mana pon,kadang salah yang satu tu jugak kau ingat...itu lumrah manusia..but then i start changing the way of my thinking..Aku dah tak kisah lagi pandangan manusia kat aku,yang penting siapa aku disisi Allah swt,Dia sahaja yang tahu isi hati aku ni...busuk ke, tengik ke,suci ke,berlian ke!

So aku mula belajar say NO kalau aku memang tak larat nak hiburkan hati manusia diluar sana,walaupun ada sesetengah yang try manipulate to make me feel guilty,i just said-Nice Try!

So sesiapa yang hidup macam aku,please stop it dan buatkanlah diri anda itu lebih berharga..It is how you treat yourself matter!

Tata,mmmuaahhh!

Sunday 28 March 2021

Kehilangan itu sakit..

Halkum siapa di tekak ku?

 Salam sayang buat semua..

Ingin rasanya aku berkongsi sedikit tentang gambaran bagaimana aku yang tulen perempuan tiba2 memiliki halkum.Tak perlu susah payah operation or whatever.

Alkisah di suatu malam yang dingin,lebih kurang jam 10.30mlm,aku terjaga dari tidurku.(jgn salah faham ya,aku ada masalah exhausted dgn ubat yang aku consume serta berat badan yang melampau,sebulan 2 ke 3 kali aku pasti pengsan dari pukul 4ptg hingga ke 5 or 6 pagi keesokan nya).So aku terjaga disebabkan migraine yang melampau disamping mimpi2 yang tak berapa nak indah.So bila aku terjaga,kepalaku sakit yang amat sangat,malangnya aku tak simpan ubat migraine,lagipun aku tak suka sangat makan ubat kecuali kalau dah rasa macam nak innalillah sangat2dah baru akan ku telan.So,aku pon carilah Tiger Balm,Minyak Cap Kapak dan yang sewaktu denganya.Habis kulumur sini sana tapi sakit tak berkurang jugak hingga membawak ke jam 2pagi.Jenuh berhempas di atas katil,tunggang terbalik gaya aku dengan harapan that pain will go away.Akhirnya aku terfikir mesin urut Ceragem milik ibu saudaraku di depan pintu bilikku.

Tanpa membuka mata,ku heret punggung beratku ke mesin Ceragem dan baring diatasnya.Ahhh sedap rasanya,dan ketika itulah tiba2 tumbuhnya halkum di dalam tekakku!Bukan sekadar tumbuh,tapi macam magic,tetiba jer ada rasa seketul di tekak dan yang paling best,halkum tu menyekat salur nafasku!Panik aku seketika..apa benda nih..Ya Allah nak mati dah ke aku ni???Namun mesin urut tu menenangkan aku,tetiba aku teringat kaunselor aku Corryn Choy yang tak jemu mengajar tips bagaimana mengawal BPD aku tu.Mindfullnes-being present,activate all your 5senses,aku bangun,buka mata,tarik nafas,hembus,relax...dan...............buwekkkkkkkkk.Muntah akhirnya.Yang keluar air saja..takdanya halkum ke,jantung ke..tyroid ke...tak ada apa!So itulah dia Panic Attack simptom pertama aku,sebelum ni lain simptom dia.

So,halkum tadi yang dipinjamkan 5minit oleh Allah swt tu dah hilang....baru nak angan2 bersuara jamal Abdillah tapi tak sempat.Jam 2.30pagi aku pon sleeping beauty semula..esok keja kannn.Itulah saja cerita halkum fantasi aku

Sekian. 


Saturday 27 March 2021

Forgive me Nurse Yeoh-Charis Hospice

 Dear Nurse Yeoh,

Please forgive me for breaking my promise last year to you. I've tried my best,i thought that i am ready but i don't!Every time i lift my pen to start writing,i'm shedding tears.My heart was so devastated since Ana leave me.You know how much i love her,you did see how suffer i am seeing her in that state.Her condition,her eyes,her tears...i just love her so much.It took me 4years to write this,but believe me,not a day pass by that my mind didn't think about her.I know you will ask me to let her go,to accept the faith,i am..but,along the way finding back myself..i am lost!



Bumi bukan tempatku? Episode 2

 Aku memang tak nak hidup dah yang sebenarnya,dari dulu aku memang obses dengan kematian.Nasib baiklah aku ni dilahirkan islam.Nampak tak agama menyelamatkan aku.Kalau tak ada agama..dah lama aku arwah,entah2 aku arwah dulu sebelum mak aku.Kenapa aku cakap macam itu?Sebab i've been there where i'm about to take my own life..at the edge sangat2 dah.Masa tu aku rasa kosong gila!Sumpah weh kosong!2x aku suicide attempt tapi tak mati.Aku ni tak berani kelar-kelar ni semua sebab aku takut darah.So macam2 aku fikir,macam mana nak mati tapi tak sakit.Macam mati dalam iman gitu.So aku buat pandai telan 28 bijik punya panadol.End up kat hospital siap dapat kad psikiatri lagi.Tu masa umur 16 punya cerital.ah.Aku harap janganlah sesiapa lalui apa yang aku pernah lalui.

Bisikan yang aku ceritakan sebelum ini,macam biasa buat aku percaya yang tempat aku bukanlah di bumi ini diteruskan.So where should i belong?Ni lagi satu BPD traits yang buat aku meluat ialah "Overthinking".Aku pon kalau boleh tak nak fikir,tapi bisikan tu yang bising dalam kepala aku non stop!So kalau sesiapa yang kenal aku,diaorang selalu stress sebab aku suka dengar lagu kuat2 macam orang pekak.Tetapi orang tak tahu bila aku dengar lagulah bisikan tu senyap sat.Masa tulah aku boleh fokus benda lain.Contoh kerja.Namun begitu,tak kanlah aku nak dengar lagu 24jam kan...i just escape from time to time trying to live while dying inside!
Ada satu masa tu,aku cuba dekatkan diri dengan Allah,aku baca tafsir Quran,aku kaji tentang syurga dan isinya,sampai aku sanggup cari ada tak "Lamb Chop" dalam syurga.Ini bukan main2,memang aku cari sebab dalam Quran asyik cakap pasal buah jer,,tangkai anggur terjulur ketempat pembaringan rehat lah dan sebagainya.Takde pulak dia sebut pasal daging ke,nasik ke,bubur lambuk ke,so aku cari dan terus cari.Akhirnya aku jumpa jugak,tapi dia sebut tentang daging burung jer.Jadilah kan..hahahahaha.Macam konfem jer masuk syurga.Sebenarnya aku ada juga rujuk dengan ibu saudara aku,dia kata dalam syurga kita nak apapun boleh dapat.Lah yer ke...aku taktaulah samada ibu saudara aku tu tenant lama syurga ka macam mana,tapi dia jawab konfiden jer,so aku percayala.Yerla,dalam Quran asyik sebut bidadari jer,takderpon dia sebut bidadara ke,tak tahulah,aku ni mengaji alif ba ta pon sangkut,so tak adalah pandai sangat.Tapi aku yakinlah...aku kan beriman orangnya.
So kesimpulan Bumi bukan tempatku tu memang betul,inilah tempatnya aku dan korang semua singgah sementara jer..tempat sebenar kita di alam akhirat sana.Disini hanyalah tempat ujian kita.Lulus atau tak Allah swt saja yang tahu,so korang yang mana kaki rasuah tu cubalah try rasuah nak masuk syurga,agak2 lepas tak?Aku akhiri cerita ini dengan lagu "Sign Of Times-Harry Styles".
Bersambung...

Bumi bukan tempatku? Eps.1

 Mengapa kukatakan bumi bukan tempatku..tak bermaksud aku angankan hidup di planet Pluto,bersidang di bulan atau terapung di awan.Tetapi,kerana terlalu kecewa dengan sikap manusia yang semakin kurang keperimanusiaan serta rakus lagi tamak dalam menjalani hidup,sanggup melakukan apa sahaja asalkan hidup senang.Pendek kata,penyakit hati perut busuk sesama sendiri semakin buat aku meluat apatah lagi sepanjang hayat aku,aku ditemukan dengan jenis2 manusia sebegini.Bukan tak ada yang baik,tetapi terlalu segelintir cuma..

Alkisah salah satu yang menjadi masalah berat aku ialah salah satu BPD traits yang selalu merugikan aku ialah aku terrrr"overshare" apa sahaja tentang diriku,tak kisahlah personal ataupun tidak!Terlalu cepat percayakan orang.Masalahnya aku sedar perkara ini,tapi aku tak dapat bendung.Ibaratnya bendul lurus mulut tak berzip gitu.Dari umur belasan hingga 20an aku hidup macam tu hingga aku 30an barulah aku mula belajar mengawal mulut tak berzip itu dan berhati2 dengan setiap orang yang aku bercampur.Dari kacamata ku,aku lihat orang semuanya aku bersangka baik..tetapi ternyata aku salah.Lagi satu BPD traits yang menyeksakan aku ialah "Black&White Thinking"!Hitam atau Putih,takder kelabu ke,jingga ke,mak kau hijau ke,semua tak ada!Kalau aku benci aku block!Tak adanya aku nak biarkan..kawan atau putus terus!Eh banyak lagilah yang jadi dalam hidup aku yang kena mengena dengan "Black&White Thinking"ni.Cuma sejak makan ubat ni,aku banyak membaca,fikir dulu sebelum cakap,dan banyak jugaklah yang aku improve,cumanya bila yang itu improve,body aku pula yang react lain macam.Yang ini nanti aku cerita,sekarang ni aku nak tegaskan balik tajuk aku tadi.

Dulu,arwah mak aku selalu marah aku dan dia akan kata,"Hang ni nak jadi apa?"...aku memang kalau boleh tak nak jadi manusia,kan best kalau aku boleh pilih..so aku akan jawab kat arwah mak aku,"Nak jadi hantu boleh tak?"..masa tu akan melayang la sudu ka apa ka sebab arwah geram ngan aku yang suka main2."ha elokla jadi hantu,sesuai dengan perangai hang"!kata arwah mak.Tapi, jangan salah faham,arwah mak aku ni sebenarnya selembut2manusia,penyayang nak mampos.Nampak tak,kalau dia nak baling pon apa2 kat aku,paling2 pun sudu,straw..takdernya pisau ka dapur ka,peti ais ka.Ohh rindunya dekat dia.Semoga Allah swt cucuri rahmat keatas arwah mak aku dan tempatkan dia bersama para solihin.

Friday 26 March 2021

Suara itu milik siapa?

 Seringkali kedengaran bisikan di hati ini..namun aku terus buntu adakah suara hati ku?atau ada suara2 lain.Bisikan yang membingitkan telinga,memutar akal warasku dan aku terikut hanyut dengan bisikan itu.

Ya,benar..wujudnya aku ini untuk siapa?untuk apa?sedang orang2 yang aku sayang telah pergi dijemput PenciptaNya.. dan ketika itulah muncul suara kedua menjawab setiap bisikan gila yang terus menerus mempersoalkan kewujudan aku..dan aku adalah suara yang ketiga..kenapa suara2 ini berbalah didalam kepala dan fikiranku???Ibaratnya satu bisikan jahat,satu lagi bisikan baik dan yang ke 3itu aku yang blurr dan buntu!!Apa masalah diriku sebenarnya?kenapa perbalahan bisikan2 tadi perlu bertempat di kepalaku?Adakah ketiga-tiga suara itu milik aku?Ya Allah...benar aku serabut.

Dek kerana "tug of war in my mind" aku menjadi perokok tegar seolah2 aku dikurniakan 8paru-paru dan 3jantung.Lepas satu,satu ku hembus..aku suka hanyut bersama asap yang berkepul..aku memang asyik kalau melihat asap..kalaulah aku bisa kabur dan menghilang seperti asap tadi..alangkah bahagianya.

Dahulunya sewaktu aku kecil,suara2 ini sudah lama bersamaku..tetapi ketika itu aku masih mentah,kufikirkan suara hatiku sendiri..cumanya dahulu bicara mereka hanyalah yang biasa2 sahaja,antaranya yang masih ku ingat adalah bisikan yang mengatakan aku istimewa dan berbeza daripada orang lain.Kufikirkan nanti dewasa aku mungkin akan menjadi seseorang yang berguna yang menyumbang pada agama,bangsa atau negara tetapi.....ishhh meleset sungguh istimewa yang kujangkakan itu.Aku tidaklah menyerlah dalam apapun melainkan dikenali sebagai budak nakal di sekolah,kaki ponteng,buta jawi,buta Quran,dan kaki menggatal sini sana.Tapi...aku juga tidaklah seteruk yang dijangkakan,pelajaran tetap aku utamakan..aku selalu merasa malu kalau dilihat bodoh oleh masyarakat.Biar nakal tapi janganlah bongok sangat.So aku kategori yang tengah2...

Berbalik pada suara2 tadi,aku akhirnya mendapat jawapan juga setelah aku hidup hampir 36tahun di muka bumi ini,akhirnya sehari sebelum birthday aku yang ke 36,aku didiagnos oleh doktor psikiatri sebagai BPD (Boderline Personality Disorder).Masa itulah terungkai segala misteri yang berlaku di dalam hidupku.Sebahagian dariku merasa lega kerana akhirnya banyak persoalan dalam mindaku terjawab.Namun sebahagian lagi aku merasa kecewa,dan sebahagian lagi aku merasa istimewa disisi Allah swt.Masih lagi 3bahagian kan...hahahhahaha itulah dia BPD!

Namun begitu,hidup tidaklah semudah yang aku sangkakan..setiap hariku adalah perjuangan mengawal perang2gila,memori2 lama,yang pantang terlepas mengasak benakku,emosiku bagai air laut yang pasang surut,ada masa angin Tsunami melanda timur ke barat,utara ke selatan,ada masa setenang air di kali dan ada masanya hurricane atau torpedo semua datang serentak!Jasad yang suatu masa dahulunya kuat kini semakin lemah..aku sedar dan dapat merasakan tahun2 terakhir aku semakin dekat.Dan atas alasan itu juga aku terpanggil untuk menukilkan segala yang aku rasa agar suatu hari nanti masyarakat mula membuka minda dan memahami "Mental Illness" bukanlah sesuatu yang mudah atau hanya berkisar tentang tidak cukupnya iman didada sahaja!Kerana sesungguhnya sakit itu juga datangnya dari Allah swt."Takkan bergerak sesuatu walau sebesar zarah tanpa izin dariNya".

to be continued....


tatkala syurga menjadi idaman

namun akal tidak siuman

dunia erat dalam genggaman

sedang ajal mengintai di balik awan

tiktok tiktok detik berjalan

apa banyak yang kau usahakan?

~15nov2018~