Friday 2 July 2021

Dahsyatnya Doa Ibu


Bismillah..

Hari ni aku nak cerita pasal buku ni yang bertajuk "Dahsyatnya Doa Ibu - By Syamsuddin Noor".Aku ni memang suka baca buku2 keagamaan walaupun luaran aku tak nampak lah sangat islamik tu.Koleksi buku aku berlambak seolah2 aku ni alim mana-mana mai bak kata orang.So dalam banyak-banyak buku,buku ni paling aku suka sebab cara dia kupas tajuk tu sangatlah jelas dan yang paling best dia relate dengan Quran lepas tu dia kuatkan isi tu dengan sains serta kajian.

Buku ni pernah hilang sekali,pastu aku pi cari balik dan beli lagi sekali...aku beli tahun 2012..lamakan...okay jom aku cerita serba sedikit yang best dalam buku ni..

Allah swt tidak akan menunda dalam mengabulkan doa 5 golongan ini iaitu - Doa pemimpin yang adil,doa orang yang teraniaya,doa orang tua untuk anaknya,doa musafir dan doa orang yang berpuasa hingga dia berbuka.Salah satunya adalah doa ibu...sebab tulah sebagai ibu janganlah ucap yang bukan2 kat anak sebab apa yang kita ucapkan itu boleh jadi doa..nak cakap biarlah yang elok-elok saja.

Ada banyak kisah tentang doa ibu yang Allah makbulkan dalam buku ni antaranya ada satu kisah pemuda ni dia hidup zaman Nabi Ibrahim,dia menghabiskan masa selama 7 tahun jaga kedua ibubapanya yang sorang lumpuh dan sorang lagi buta.Sebelum mak ayah dia meninggal,ayah dia doa mintak dia panjang umur dan mak dia doa kat dia supaya panjang umur,taat kepadaNya dan mak dia doa jugak mintak dia ditempatkan di suatu tempat dimana syaitan tidak dapat mengganggunya.Pastu mak ayah pemuda ni pon meninggal.Dia pi tepi laut nampak satu kubah cantik dan dia pon masuk dalam tu dan masa umur dia 1500 tahun,Nabi Sulaiman dapat jumpa dengan dia.Tu pon jenuh jin pi selam masuk dalam laut cari berapa kali baru jumpa dengan izin Allah.Kiranya kubah tu tersembunyi jauh nun didalam laut.Tu semua berkat doa ibu pemuda tersebut.

Alangkah untungnya sesiapa yang ibubapanya masih hidup...rindunya kat arwah mak..janganlah korang lepaskan peluang untuk berbakti kat kedua orang tua korang.Bayangkan Nabi Muhammad saw kata ~
"Apabila seorang anak memandang wajah orang tuanya dengan penuh kasih sayang,Allah swt memberikan ganjaran kepadanya sama seperti ganjaran orang yang beribadah  haji mabrur"
 MashaAllah,hebatkan....

Ada seorang saintis Jepun dari Universiti Yokohama - Dr.Masaru Emoto ni dia buat kajian pasal air.Ada la buku yang dia tulis tentang kajian dia tu,antara best seller buku dia The Hidden Message of Water dan The Secret Life of Water.

Dr.Masaru ni kata,air ni sebenarnya hidup,dia terangkan bahawa air ni terdiri dari dua molekul iaitu pentagon dan heksagon.Kandungan oksigen dalam molekul heksagon ni lebih tinggi dari molekul pentagon.Air ni ada kemampuan bertindak balas dengan gelombang-gelombang yang ada di muka bumi ni termasuklah gelombang dari manusia.Molekul tu akan berubah dan membentuk kristal-kristal yang indah,bentuk bunga dan sebagainya.Contohnya bila kita maki sebelum minum air,molekul air tu boleh berubah jadi pentagon dengan bentuk kristal yang hodoh...dan kalau dibacakan doa atau ucapan yang elok2 molekul tu leh jadi heksagon dan membentuk kristal yang indah.Ada sekali tu Dr.Masaru ni bukak lagu Heavy Metal kat air dan check molekul air tu...kristal yang terbentuk hancur dan tak ada sebarang bentuk.

So apa kaitan kajian Dr.Masaru ni dengan "Doa Ibu"?Kat sinilah baru aku pon terfikir kenapa masakan mak kita sedap dia lain macam...masa mak kita masak tu,dia basuh beras dengan air..dengan bismillahnya... dia masak dengan penuh kasih sayang...itulah gelombang yang Dr.Masaru ni cakap.Sebab tulah air tangan ibu ni berkat wei....doa ibu ni pon xder hijab...lain macam dia punya naik tembus ke langit...MashaAllah hebatkan...

Aku akhiri coretan 2 hari aku ni dengan satu hadis nabi - 

"Sesiapa yang taat kepada Allah dengan melayani kedua ibubapanya,maka terbukalah dua pintu syurga untuknya" 
  Semoga kita menjadi antara yang terpilih untuk dua pintu tersebut......aaaaaammmiinnnnnnnnnnnn

No comments:

Post a Comment