Saturday 8 January 2022

Dari langit terlihat bintang bersinar di bumi...


Salam 8 January 2022..

Hari ni aku nak cerita tentang selawat nabi.Kenapa kita perlu berselawat?Arakian kisah,aku adalah orang yang memang kuat lupa..ingatan mak sedara aku yang 70+ lagi bagus dari aku.So setiap kali aku terlupa apa-apa,mak sedara aku akan suruh selawat....dan yang pasti dia tak akan berhenti disitu sahaja..sebab dia akan datang dengan pakej leteren tentang solat,mengaji Quran,kelebihan selawat dan etc.Mau tak mau aku terpaksa dengar jugakla.Sekeras-keras batu kalau air menitik atas batu tu 20-30 tahun lama-lama pasti akan berlekuk jugak batu tu kan....lebih kurang macam tu lah jugak aku. (Hidayah Milik Allah ya kawan-kawan.)

Hati aku mula tersentuh semenjak aku dipaksa dengar satu ceramah dari seorang ustaz dari seberang iaitu Sheikh Ali Jaber..dia kupas tentang fadhilat selawat dengan cara yang sangat menusuk ke jantung aku..

Aku nak tulis detail sangat takut salah,tapi aku bagi kesimpulan jelah dari apa yang aku faham dan ingat,so ada seorang sahabat nabi ni pi tanya nabi pasal doa,berapa banyak dia kena doa untuk dia dan berapa banyak dia kena doa untuk nabi,selawat la kot,pastu Rasulullah jawab terserah padamu.Pastu dia tanya lagi...kalau macam dia doa untuk dia 80% (eg.mintak murah rezeki,umur panjang,kesihatan & etc) dan 20% untuk nabi...ok ka?Lepas tu Rasullulah explain-explain fadhilat selawat tu,last-last sahabat nabi tu decide 100% dia hanya akan doa untuk nabi ja sebab dalam selawat tu dah ada semua kebaikan yang dia nak mintak untuk diri dia.Kiranya selawat keatas nabi tu memang hebat lah.

Mak sedara aku pulak kata,rumah yang tak putus berselawat keatas nabi,rumahnya akan bercahaya.Dari langit terlihat seperti bintang yang bersinar dibumi.Perghhhhhhhh hebatkan.Seperti mana kita meraikan keindahan bintang di langit,begitulah jugak warga di langit meraikan keindahan bintang yang menyinar dari bumi.

Dari Anas bin Malik r.a,beliau berkata bahawa Rasululah s.a.w pernah bersabda :

"Barang siapa yang berselawat kepadaku sekali,maka Allah akan berselawat kepadanya sepuluh kali dan digugurkan sepuluh dosa serta ditinggikan baginya sepuluh darjat di syurga kelak"


(Hadis Riwayat Ahmad,Nas'ie dan Al Hakim)


Sheikh Ali Jaber ni cerita lagi,dia kata nanti masa kat akhirat kelak,masa dah selesai semua manusia dihisab,Rasullulah s.a.w ni dok keluaq masuk syurga sebab dok cuba jugak nak selamatkan umat dia selagi dia boleh.Pendek kata Rasullulah nilah yang paling busy dok cari sapa lagi yang dia boleh tarik keluar dari neraka.Seboleh-bolehnya Rasullulah akan cuba selamatkan umat dia.Bayangkan kalau kita masa hidup ni sekali pon tak pernah nak selawat kat dia,dia nak selamatkan kita camna kalau muka kita pon dia tak nampak.Haram tak ada cahaya.Kelam!

Dari Abi Umamah r.a,beliau berkata bahawa Rasululah s.a.w pernah bersabda :

"Perbanyakkanlah berselawat ke atasku di setiap hari Jumaat kerana selawat umatku diperlihatkan kepadaku setiap hari Jumaat.Maka sesiapa yang paling banyak selawatnya keatasku,dialah yang paling dekat kedudukannya denganku"

( Hadis Riwayat Al-Baihaqi)

~mendapat syafaat di hari kiamat
~mendapat kebahagiaan hidup
~dimakbulkan segala hajat
~dihilanggkan perasaan dukacita
~dihindarkan dari hasad dengki dan sifat tercela
~menjamin keselamatan hidup
~dipelihara daripada ancaman musuh serta bahaya fitnah
~mampu membersihkan hati dan jiwa
~akan datang pada hari kiamat dalam keadaan bercahaya 

Sesungguhnya terlalu banyak ganjaran yang kita dapat dari selawat,aku pon baru ja berjinak-jinak cuba mengamalkan selawat sebanyak mungkin.Semoga kita semua dapat istiqomah dan merasai manisnya ganjaran daripada selawat.

Aminn ya rabbal alamin. 

"Both Jannah & Jahannam were made for sinners.Jahannam was made for the arrogant sinner, whereas Jannah was made for the repentant sinner"

Sunday 2 January 2022

5 EMOTIONALLY ABUSIVE BEHAVIOURS



Salam 31 Disember 2021...

Hari ni hari terakhir kita dalam tahun ni...malam ni New Year..yeayyyyyyyyyyy....
Kenapa hari ni aku pilih tajuk yang macam ni pada hari yang patut kita celebrate dengan azam tahun baru.

Sebabnya adalah kerana aku seringkali berada di situasi diatas,bukan sebagai pembuli tapi sebagai mangsa yang dibuli.Yang pasti...this end today!!!Start next year,i won't allowed any of this happen again to me. 

Seperti yang kalian ketahui..mental illness ni kalau kat Malaysia memang taboo lah kalau bercakap bab ni.As hard as it see....it is harder for the people who had this kind of illnesses.As a Boderline Personality Disorder,aku memang berhempas pulas untuk explain my illness state dengan orang sekeliling aku.

Aku selalu dapat jawapan,orang hat sakit macam ni tak ada iman la,terlalu ikut emosi la,tak zikir la..tapi most of them akan kata tak ada iman lah!.Hmmm,kenapa tak cakap macam tu kat orang yang ada autism..tu pon kind of mental illness jugakla.

Autism spectrum disorder is indeed categorized as a mental disorder - also called a mental illness (Diagnostic & Statistical Manual of Mental Disorders~DSM-5)

Berbalik pada tajuk tadi..aku ni suka pikir kaji pikir kaji baca baca baca korek sana korek sini barulah aku paham...dulu aku tak tau pon ada benda semacam ini...aku memang perasan satu benda,bila berkawan,aku selalu jadi bahan utk kawan2..mula tu aku ok ja..sebab semua happy.Aku jadi clown pon tak apalah.Tapi lama2 makin melampau pulak....disebabkan aku selalu mengalah..biar ja orang memperkotak-katik kan aku,lama-lama depa macam tak ada respect.Dan yang aku heran,aku plak jadi takut kalau depa marah..sedangkan aku sepatutnya stand for myself.Aku adala try bercakap..macam nak bela diri aku....tapi every words of mine will be denied!!!Dan kadang-kadang aku kena mengamuk menjerit macam sawan baru people will take me seriously.Ingat aku suka ka marah2????Tak dak pasai lah...

Tapi believe me...bila kita kena emotional abuse ni....lama-lama self esteem kau akan mati.Aku pernah cerita kawan baik aku sendiri (lani tak kawan dah) dia memang buli aku kaww.Semua dia betul.Aku terlalu emotional la...bla bla bla....aku memang tak ada rasa lagi nak maafkan monyet ni.Masa aku depression teruk kehilangan orang yang aku sayang,dia pi canang kat kawan2 yang lain kata aku ni pemalas nak mampus.Tak mau pi kerja.Siap mention dia bagi duit kat aku suruh pi kerja...yang aku dok menangis dalam bilik siang malam,mengaji Yassin kuat2 macam orang gila sebab aku stress dan aku tak tau apa tak kena dengan aku dia tak cerita pulak.Aku harap dia bertemu orang yang seakan perangai dia jadi sahabat.Biaq dia rasa.

Kesan dari cara dia layan aku macam tu,kawan2 yang lain pon ada yang terikut dia,kalau nak keluar pi lepak ka mana2aku boleh tunggu depa berejam tanpa buat muka atau marah.Tapi kalau depa,depa baru keluaq rumah depa dah kol aku suruh tunggu kat luaq,sedangkan rumah aku teres,bukan condo yang nak kena tunggu lift jumpa pak guard 3,4 orang!Then bila aku marah,depa gelak2 tanpa rasa bersalah.May Allah beri balasan yang setimpal pada orang yang macam ni.Demi Allah aku pernah tunggu monyet tu 2jam kat bawah sebab keta dia rosak,dia mintak tolong aku hantar dia keja,rupanya dia siap boleh makan nasik goreng lagi kat atas tanpa ada rasa belas kat aku yang keraihhh tunggu dia kat bawah.

Kita bila berkawan,tak ada sapa lebih,tak ada sapa kurang.All equal.Aku salah kau tegur,kau salah aku tegur.Hati biar ikhlas berkawan.Tu ja nak habaq.

"In a relationship you shoudn't have to think five steps ahead,walk on eggshells,anticipate their mood,take the blame for all tensions,read their mind,apologise for their behaviour and fear they may stop loving you from one day to the next.This isn't healthy love.It is control"