Sunday 22 August 2021

That 3 different Goodbyes ( Last Episode )


Salam sayang..

Hari ni aku nak habiskan cerita aku yang tajuk "That 3 Different Goodbyes - How's yours gonna be..."
Last episode aku cerita camna kakak aku dapat tau dia menghidap Cancer,yang tahu - tahu jer terus stage 4.
Bukan tu saja,Doc siap cakap Life Line dia paling lama 5tahun.Masa tu sapa jer yang boleh terima..pendek kata kami semua in denial state dimana kami rasa Kak Ana sihat jer dan inshaAllah kami akan ikhtiar habis-habisan dan buktikan Doc cakap tu tak betul!

Peliknya cancer kakak aku ni,hospital tak dapat cari dia cancer apa...result asyik keluar "Unknown Origin".Kalau orang lain,kita tau jer cancer rahim ke,cancer usus ke tapi Kak Ana tak dapat dikenalpasti.So dari Hospital Sabah ke Hospital Serdang UPM dan akhir sekali ke Hospital Penang.Macam2 test kakak aku buat tapi semua sama.Bila tak dapat kenal cancer apa,susahlah Doc nak buat rawatan.Seingat aku Kak Ana ni jenis ikut jer apa saja yang Doc sarankan... chemotheraphy, radiotheraphy, semua dia buat sampai botak kepala,luruh habis bulu mata,kening bagai.Ketumbuhan tu tetap terus membesar dan membesar.Hingga menyulitkan Kak Ana untuk bergerak.

So macam biasa la bila kami berubat cara saintifik tak jadi,ramai la yang suggest berubat cara kampung.Dari ustaz sampai ke bomoh melayu cina semua aku tibai.Dalam ramai-ramai yang cuba ubatkan Kak Ana,semua cakap Kak Ana ni terkena sihir mayat something like that la.So cara nak berubat pon satu macam punya pattern mayat-mayat jugakla..dengan kain kapan bagai..ada satu muallaf cina ni suruh aku pergi cari kertas kuning yang kalau ada orang cina mati diaorang tabur kat jalan tu.Korang bayangkan time tu aku nak kena tunggu la sapa-sapa cina mati aku nak serbu cari kertas tu...adventure sungguh.
 
Ada jugak kisah lucu,ada satu ustaz ni dia letak buluh macam tabung berbalut kain 7 warna kononya untuk perangkap apa sahaja sihir yang tak der-tak der ni incase kalau betul ada orang dok keep sihirkan kakak aku.So tabung buluh tu aku letak di sudut bilik.Kadang-kadang aku dengar jer bunyi tinggg...tinggg macam duit syiling diisi dalam tabung tu.Ok part yang lucu dia jap,sambungan dari kertas cina mati tu tadi,aku kol kawan aku Salmah tanya kot-kot dia tau tang mana-mana ada cina mati,kebetulan si Salmah tu ada nampak minggu lepas area Ayer Itam ada satu orang tua cina meninggal.Sakit tua mungkin.So aku bergegas dengan Salmah pi kutip kertas cina mati tu,disebabkan ketumbuhan Kak Ana ada 2,so 2 helai kertas cina mati tu aku kena ambik dan bawak pi kat kakak aku,pastu layangkan kertas tu kat ketumbuhan tu sambil selawat dan niat kat Allah agar apa sahaja benda yang tak elok akan ikut kertas tu lah.Pastu aku kena letak balik kertas exactly kat tempat yang aku ambik.Aku memang ada tanda tempat tu..tapi kertas tu aku tak tanda...so aku confuse mana satu tempat dia...aku main letak jerla.

Hahahahahaha,esoknya,masa aku tengah masak kat dapur,Kak Ana jerit panggil aku,dia nampak roh orang tua cina berkain batik ketang kedada,bertocang datang jenguk dia,muka relax chill jerr...pastu roh tu terus lompat masuk dalam tabung ustaz tadi.Ketingggggggg bunyi dengar sampai dapur....Aku rasa aku salah letak dah kertas tu.Tapi si Kak Ana ni boleh buat lawak dengan aku dia cakap,pehal orang tua tu sampai tengahari ni,kenapa tidak semalam?Ni mesti naik bas Rapid la nihhhhhh.Kak ana oiiiii dalam sakit-sakit masih buat aku ketawa.

 Namun ketawa aku tidaklah lama..keadaan Kak Ana semakin merosot,dari rumah ke wad Palliative,pastu ke rumah balik,aku sempat la tidur sebulan kat wad Palliative tu...aku jadi saksi setiap detik penderitaan dia!Saat dia give up dengan takdir..saat dia kuat untuk anak-anak yang masih kecil,dengan suami plak jauh dimata masa tu.Siang dan malam rintihan dia masih jelas terngiang-ngiang di telinga aku.Kata-kata yang aku asyik ulang-ulang kat kakak kesayangan aku masa tu,"Kak Ana,sakit ini dari Allah,kalau Allah tak izin,tak jadi,kalau benarlah Kak Ana dianiaya,mintaklah semoga semua dosa-dosa Kak Ana diampunkan dan mintaklah syurga Allah,doa arang teraniaya tak ada hijab,dan kalau Kak Ana redha dengan sakit ni,inshaAllah Allah akan angkat rasa sakit tu".

Berulang kali dialog tu aku repeat kat dia sampai dia hadam - hakikatnya aku tak tahu apa2,aku main cakap jer..aku berusaha nampak kuat depan dia,aku berusaha jadi ceria depan dia,aku nak dia tahu betapa aku sayang dia dan akan ada selalu dengan dia hingga ke hembusan nafas terakhir dia!
Satu malam,kak ana terjaga dan tersenyum-senyum,maklumlah pagi tu dia dapat jumpa suami tercinta dia dan sempat bermaaf2an dari hujung kaki ke hujung rambut,siap halau abang ipar aku suruh kawen lain sebab dia dah tak dapat lagi galas tanggungjawab sebagai isteri dan ibu untuk anak2 dia!Masa dia senyum-senyum tu dengan wajah yang bersinar tu,dia tanya aku Ipah kita kat mana?Cantik sangat ni macam istana katanya..aku yang blurr sama naik ngan dia merenung ke siling hospital mencari istana yang dia cakapkan tu.Kosong.Nothing.Fahamlah aku ketika itu...dia jugak tak berhenti mengucapkan syukur kepada Allah kerana telah memudahkan urusan dia.Sambil memegang ketumbuhan dia tu,"Sakit ini aku redha Ya Allah,Terima kasih Ya Allah,alhamdulillah...alhamdulillah..."

29 Ogos 2016,jam 7.30 pagi,setelah 2 tahun setengah survive, Kak Ana kakak kesayangan aku pon menghembuskan nafasnya yang terakhir.Hanya aku dan Tikah bff aku yang ada masa tu,airmatanya mengalir seiring dengan nafas terakhirnya.Perginya Kak Ana membawa sekali separuh dari jiwa aku....sakitnya aku Tuhan sahaja yang tahu.Aku redha...aku maafkan andai kata benarlah kakak aku ni pergi atas sebab sihir sekalipun..aku maafkan orang tu.Yang penting tempat kakak aku kat sana...yang itu lebih utama untuk aku.Itu hanyalah asbab sahaja untuk pemergian dia.Aku redha Ya Allah...Aku yakin dengan apa yang telah kau tuliskan untukku.

2 comments:

  1. Setiap yang hidup pasti akan mati. Alfatihah untuk kak Ana.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete