Tuesday 20 April 2021

That 3 different Goodbyes~how's yours gonna be?(Eps.1)

بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِیْمِ
اَلْحَمْدُ لِلّٰهِ رَبِّ الْعٰلَمِیْنَۙ(۱) الرَّحْمٰنِ الرَّحِیْمِۙ(۲) مٰلِكِ یَوْمِ الدِّیْنِؕ(۳) اِیَّاكَ نَعْبُدُ وَ اِیَّاكَ نَسْتَعِیْنُؕ(۴) اِهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِیْمَۙ(۵) صِرَاطَ الَّذِیْنَ اَنْعَمْتَ عَلَیْهِمْ ﴰ غَیْرِ الْمَغْضُوْبِ عَلَیْهِمْ وَ لَا الضَّآلِّیْنَ۠(۷)

Salam sayang..
maaf 2,3 hari ni aku sedikit emosi..emmm pembetulan...sangat emosi..entahlah mungkin sebab bulan Ramadhan kot,buat aku rindu pada 3orang pemilik nisan diatas.So i write,i need this emotions to flow out,kesian hati aku sarat menanggung beban..rindu..dendam..bum bam bum bam bunyi mercunn (nak jugak merepek)

"i write because it makes me feel like someone's listening..
~ or am i finally listening to myself"

Ogos adalah bulan aku kehilangan ayah,mak dan kakak tersayang..coincidence kot semua pergi pada Ogos cuma berbeza tahun.25/8/1996 - ayah tewas dengan cancer,5/8/2010 - mak pergi selepas menunaikan solat subuh yang terakhir (natural death),29/8/2016 - kakak tersayang yang penat berjuang dengan cancer "misteri" akhirnya memejam mata buat selamanya.Yang dah pergi...dah tentu pergi..(ni tagline aku sekarang) tapi aku yang masih hidup ni......'hidup pada zahirnya tapi batin mati di dalam'

Bukannya aku tak redha..siapalah aku nak tak redha dengan ketentuan Ilahi,aku redha,tapi kesan tu..aku kan BPD..pasal tu la cara aku handle redha aku ni lain sikit..sakit tu terasa2 lagi.Nak buat macam mana?Bukan aku mintak rasa tu..Allah yang bagi..ada sebab lah tu...dia bagi pinjam mereka2 ni sampai takat tu saja..redhalah!

Tapi hari ni aku nak cakap pasal "That 3 different goodbyes"..masa ayah aku pergi,dia dah biasa sangat sakit,zaman dulu manala nak tau cancer mancer ni semua,dok ingat dia gastrik saja.Keluar masuk hospital tu perkara biasa ayah aku.Operation perut ni adala dalam 7kali.So biasa dah setiap kali dia sakit.Dia jalan kaki ngan mak aku pergi hospital Penang,dok tak dok kena tahan wad,kena operation secepat mungkin.Keluar bilik operation petang hari,aku dan arwah kakak aku sempatla tengok lepas operation tu,tapi masa tu kami sekolah kat Kedah.Kami ni tak tau apa,pi salam dia mintak izin nak balik Kedah sebab sekolah.Tahun tu aku UPSR,arwah kak aku PMR kot kalau tak salah.Yang doctor pon tak bagitau masa tu ayah aku tinggal 2,3% jer nak hidup..kami ni bongok2 pi salam ayah aku,pastu balik laa kami dua beradik naik bas ke Sg.Petani.Ayah aku cuma pesan "Jangan lupa kunci pintu"..tu la ayat terakhir dia kat kami berdua.Malam abang aku datang ambik balik kami sebab ayah dah pergi jam 8.25malam.Penat jer aku naik bas,sampai SP kena balik Penang semula.Kalau aku tau,ponteng jerla kan..(sejak tu la kot aku amal sikap ponteng sekolah-in case apa2 jadi..hehehe nak jugak selit) So goodbye pertama yang aku terima ~ Jangan Lupa Kunci Pintu.

Yang mak aku pulak,14 tahun lepas aku dapat goodbye pertama,mak aku pergi melawat arwah kakak aku yang baru bersalin 7 hari kat Sg.Long,Puchong,Selangor.Anak 1st kakak aku,dia ni pon gugur berapa kali barulah dapat Dayangku Farisha Humaira.Mak aku ni pon satu hal,nak pergi sana tak khabor awal kat aku.Aku ni suka melilau tidur rumah kawan.Dia memang suruh aku balik malam tu,tapi pagi2 masa aku keluar rumah sebelum pi kerja,aku dok naik angin gila apa ka,aku dok bebai2 kat mak aku,pasal abang aku kot,tapi aku lepas kat mak aku yang penyabar nak mampus tu.Jahat kan aku?Haa,pasal tu la kot aku jadi macam ni.Sepanjang mak aku kat sana,aku punya rindu kat dia lain macam,mak aku pon rasa benda yang sama!Kami cakap dalam fon,mak aku asyik merap kat aku suruh mai kat dia,dia sebut banyak kali "mak rindu kat Ipah" (abaikan nama glamer kampung aku tu).Aku plak gaji tak dapat lagi,cuti nak kena apply,dahla tahun tu la aku janji nak beraya dengan dia.(Dulu masa aku kerja Tesco,5tahun aku tak pernah ambik cuti raya,mak aku komplen kata aku gila kerja,kakak aku bertunang pon aku pergi pakai baju Tesco-korang pikirlah sendiri betapa aku letak duit sebelum family).Seminggu sebelum puasa mak meninggal.Ayat last dia kat aku,"Ipah,mak tak bawak charger fon,apa2kol jer Kak Ana".Dan esok pagi tu lepas subuh,masih bertelekung mak aku terbaring dalam dakapan ajal.That is my 2nd goodbyes.

Hibanya aku,sambil menyalahkan diri atas kealpaan dan kejahilan aku dalam menghargai insan2yang aku sayang,aku sempat berdoa kat Allah swt supaya jangan lagi bagi aku goodbye yang macam tu.Biarlah proper,aku ada disisi menemani supaya aku tak rasa sesal yang melangit nih.Allah dengar doa aku tu,so dia bagi pulak peluang goodbye aku yang ke-3.Jarak masa 6tahun dari goodbye yang kedua,kak ana pulak sakit.(Aku sebenarnya nak tulis pengalaman 4bulan aku jaga arwah Kak Ana dengan details,tapi setiap kali nak tulis,aku rasa macam kering darah dalam urat2 aku,pendek kata rasa macam nak mampus,sebab tak tahan aku bila kenang balik,kalah drama.Sebab nilah jugak Nurse Yeoh dari Charis Hospice- NGO dok tunggu warkah aku sampai lani tak dapat.Dia mintak aku tulis pengalaman jaga pesakit cancer supaya dapat bantu orang lain dari pengalaman aku.Aku sendiri pon tak terbantu diri aku lagi Nurse Yeoh oooiiii).

Hmmm,aku rasa aku kena 'pause' cerita aku ni...........mata tak nampak screen dah..kelam2..banjir..jap ekk bagi aku layan airmata jap,nanti aku dapat kekuatan aku sambung.(konfiden jer macam aku ada followers ramai)

Mintak diri dulu..

(sob...sob...)









No comments:

Post a Comment