Wednesday 7 April 2021

Luahan April...



Salam sayang..

Bulan ni Alza kesayangan mintak minyak hitam,minyak auto,minyak gear,minyak power stereng,brake pad baru,alignment and balancing,adjust chamber,bateri baru,cuci tempat coolant yang dah berkarat,boh plak coolant lagi,total2 semua maula dalam RM850++..
Pastu tuan Alza plak bulan ni la jugak mata spero power rabun naik,silau pon naik,kena buat spek baru,pastu badan pon naik,seluar semua ketat,baju pon ketat,maka tu semua nak kena beli baru.So terpaksala membanting tulang kluaq buat Grab sebab2 perkara diatas tadi buat aku jalan pon senget2 dah.

Tapi aku still happy.Entahlah...Bila happy sangat pon sebenarnya aku takut..orang dulu2 kata jangan dok happy sangat takut ada benda buruk nak jadi.Yaka?Boleh pakai ka pepatah tu lagi lani?Confuse..
Part of me happy,part of me scared and part of me curious....

Actually,baru2 ni,biz partner aku bagi serangan jantung kat aku..tiba2 dia cakap tak nak jadi partner lagi...semua sebab gara2 merajuk sahaja,murung aku mau seminggu jugakla.Jenuh aku pujuk diri aku untuk positive,yelah,biz baru jer mula dah nak cerai,sedih gila!Disebabkan idea biz tu semua milik dia,maka aku terpaksa akur sebab aku yakin rezeki Allah ni luas,kalau Allah kata takat tu saja rezeki aku,so tak apalah aku redha.There are different between "Giving Up and Letting Go"..

Giving Up is, you sacrifice what is yours..but letting go is you just forget what is never yours!

Aku rasa aku yang "Letting Go" tu la kot.Aku memang kecewa,tapi setiap apa yang jadi pasti ada hikmahnya.Walaupun biz partner aku dah tak merajuk,tapi kami masih belum settle lagi sama ada aku terpaksa undur diri atau teruskan.Aku kali ni memang betul2 tahap redha gila walau apapun keputusan dia."Yang memilih aku,adalah dirimu,jika benar itu jangan khianati,berjanji padaku,percaya selalu"(Lagu Azlan Typewriter -Jangan Khianatiku)

But i'm proud of myself,aku nak puji aku sendiri,kalau 5years back benda ni jadi,aku rasa aku mungkin akan naik angin ka,bergaduh ka,tapi alhamdulillah...banyak progress diri aku ni,aku dah tak panas baran macam dulu,aku berfikir sebelum bertindak,aku lebih banyak pakai konsep "Tawakal" dan berserah bulat2 kat Allah.Aku jugak lani banyak observe dari bercakap...ish kalau dulula.......aku sendiri tepuk kepala.

Biz partner aku ni orangnya baik dan manja,cuma dia dengan aku berbeza "goals".Dia seorang yang suka merancang "future",manakala aku ni pulak hidup hari ini untuk hari ini,esok kalau hidup lagi kita fikir lain.Tawakal kan...hehehheehhe.Cumanya pendirian dia tu agak goyah,sesiapa saja boleh masuk dalam kepala dia and turn upside down dia punya judgement.So,aku ni sentiasa at the edge dengan dia,kena master cara nak communicate dengan dia.Kadang aku rasa macam nak mati ja...yelah takut salah cakap ka,salah apa2jelah.Perghhhhh.Ni pon kira dugaan jugak.Dengan sakit aku yang kadang mood swing tak swing,ingat senang ka aku nak maintain.So aku just ready for whatsoever coming and berserah.

Doa aku satu,semoga Allah swt beri aku kekuatan dan lorongkanlah aku ke syurga FirdausMu.Jentikkanlah hidayah ke dalam hati ini Ya Allah dan matikanlah aku dalam iman.
Tolong aminnn ya ramai-ramai!



No comments:

Post a Comment