Friday 2 April 2021

Perginya sahabat yang baik..(Eps.1)

 Salam April,

Ada apa dengan bulan April?Selain dari genap setahun BPD,April jugak adalah bulan kelahiran aku dan jugak bulan dimana sahabat baik ku pergi manghadap Ilahi.

Berbudi bahasa,lemah lembut hatinya,pandai mengambil hati,tutur bicara selalu saja dijaga dan sangat memahami,itulah dia Nawwar Abu bakar.Anak ke-5 dari 9 adik beradik.Pandai berdikari dan bijak IT.Tarikh lahirnya sama dengan arwah ibuku 7Ogos.Pertemuan pertama kami ketika kami berusia 11tahun di Sek.Ren Sri Gedong.Nawwar orangnya lurus,aku lah yang banyak ajar dia jadi nakal.Ponteng tusyen,dan banyak lagi yang sengaja aku tak nak nyatakan sebab segan.

Kami terlalu rapat hingga di sekolah ramai yang gelar kami kembar ataupun dimana ada Nawwar pasti ada Nik.Nik tu akulah..hehehe aku kan tak intro nama aku dari awal blog.Aku dengan Nawwar bagaikan Yin & Yang,ala yang logo cina bulat hitam putih berpusing tu.Aku tentulah yang hitam..Nik the Darkness,Nawwar yang baik lah.Kami ni lalui macam2,paling aku tak boleh lupa,aku kematian ayah ketika umur 12 tahun,so hanya mengharap abang aku yang bela kami sekeluarga dalam serba kekurangan.Tapi masa di sekolah,apa yang Nawwar makan,pasti akan share dengan aku dan family Nawwar pon memang dah macam family aku.Masa kat asrama,mak dia kalau hantar apa2 pasti potion nya untuk 2orang.Baju Nawwar adalah baju aku,baju aku baju Nawwar.Kami selalu akan beli sama beza colour saja.Aku nak skip  pahit manis aku dengan dia,kalau aku cerita nanti banjir bilik aku.

So,ketika kami berusia 30 tahun nak masuk 31,kalau tak silap 2014 bulan October Nawwar disahkan menghidap Leukimia.Masa tu aku tak sangka ianya serious,tapi dia hanya bertahan 6 bulan sahaja.Itu pun sebab kedegilan dia tak nak buat chemo,dan setiap kali dia pening dia ingat dengan tambah darah saja dia akan ok.Tapi makin lama,kau bagilah berapa beg darah pon kat dia,kejap jer sel kanser dia makan habis.Aku sempat perli dia Dracula sebab asyik tanya Doctor bila nak tambah darah.Dan tanggal 26April Nawwar tewas dengan takdir.Dia menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Sg.Petani.

Bersambung... 

No comments:

Post a Comment