Monday 5 April 2021

Kompleks sungguh hati...

1.Sombong

..dan janganlah kita lupa tentang kisahnya si iblis,yang "sombong" hatinya,merasa bagus tidak mahu tunduk kepada Adam a.s,lalu dilaknat Allah swt hingga hari kiamat..

2.Tamak

..dan janganlah kita lupa tentang kisahnya Adam a.s dan Hawa yang melanggar perintah Allah swt hingga diusir dari syurga...(dan bertaubat)

3.Hasad Dengki

..dan janganlah kita lupa tentang kisahnya Qabil yang "dengki" terhadap saudaranya Habil hingga sanggup membunuh..dan kisahnya Yusuf a.s yang dilempar ke dalam perigi kerana "hasad" saudara2nya.. 

Jagalah hati,sesungguhnya hati kita ini sifatnya kompleks dan berbolak balik,perhatikanlah semula hatimu.

Aku memang takut sangat dengan 3perkara ni,seboleh2nya aku mohon jauhkanlah aku dari sifat2 ni..aku taklah sealim mana,tapi aku didik hati aku menjauhi sifat2 ini,sumpah aku rasa lebih tenang walaupun sepanjang hidup aku ditemukan golongan2 yang bersifat macam ni,tapi percayalah tak kemana.Aku tak mahu kejar harta dunia sangat sebab lagi kaya orang tu,lagi lama hisabnya,yang masuk syurga nanti yang miskin2 dulu,beza masa dok beratur tu pon makan masa 70 ribu tahun.(aku baca buku ya,bukan pandai2reka) Cukuplah Ya Allah ada bumbung berteduh,perut terisi ataupun mati dalam keadaan bebas dari hutang pon aku dah syukur..(so tak mau mati awal kena buat hutangla-melawak jer)

Tapi dalam perjalanan nak menyucikan hati ni bukanlah senang,hati pon ada makanan dia...zikir,istifar,sedekah dan apa ka lagi aku tak ingat.Kalau tak pernah buat,boleh dah kot check hati masing2.Iblis tu mengalir dalam urat darah kita,sentiasa dok bisik soh buat jahat.Tapi Allah swt kata "Aku lebih dekat denganmu dari urat lehermu" maknanya,kena selalu ingat kat Dia lah baru Dia ingat kat kita.Kalau kita tak boleh beribadat seperti para alim ulama,maka berlumbalah kita dengan para pendosa dalam taubatnya,sesungguhnya hidayah itu milik Allah.


No comments:

Post a Comment