Friday 26 March 2021

Suara itu milik siapa?

 Seringkali kedengaran bisikan di hati ini..namun aku terus buntu adakah suara hati ku?atau ada suara2 lain.Bisikan yang membingitkan telinga,memutar akal warasku dan aku terikut hanyut dengan bisikan itu.

Ya,benar..wujudnya aku ini untuk siapa?untuk apa?sedang orang2 yang aku sayang telah pergi dijemput PenciptaNya.. dan ketika itulah muncul suara kedua menjawab setiap bisikan gila yang terus menerus mempersoalkan kewujudan aku..dan aku adalah suara yang ketiga..kenapa suara2 ini berbalah didalam kepala dan fikiranku???Ibaratnya satu bisikan jahat,satu lagi bisikan baik dan yang ke 3itu aku yang blurr dan buntu!!Apa masalah diriku sebenarnya?kenapa perbalahan bisikan2 tadi perlu bertempat di kepalaku?Adakah ketiga-tiga suara itu milik aku?Ya Allah...benar aku serabut.

Dek kerana "tug of war in my mind" aku menjadi perokok tegar seolah2 aku dikurniakan 8paru-paru dan 3jantung.Lepas satu,satu ku hembus..aku suka hanyut bersama asap yang berkepul..aku memang asyik kalau melihat asap..kalaulah aku bisa kabur dan menghilang seperti asap tadi..alangkah bahagianya.

Dahulunya sewaktu aku kecil,suara2 ini sudah lama bersamaku..tetapi ketika itu aku masih mentah,kufikirkan suara hatiku sendiri..cumanya dahulu bicara mereka hanyalah yang biasa2 sahaja,antaranya yang masih ku ingat adalah bisikan yang mengatakan aku istimewa dan berbeza daripada orang lain.Kufikirkan nanti dewasa aku mungkin akan menjadi seseorang yang berguna yang menyumbang pada agama,bangsa atau negara tetapi.....ishhh meleset sungguh istimewa yang kujangkakan itu.Aku tidaklah menyerlah dalam apapun melainkan dikenali sebagai budak nakal di sekolah,kaki ponteng,buta jawi,buta Quran,dan kaki menggatal sini sana.Tapi...aku juga tidaklah seteruk yang dijangkakan,pelajaran tetap aku utamakan..aku selalu merasa malu kalau dilihat bodoh oleh masyarakat.Biar nakal tapi janganlah bongok sangat.So aku kategori yang tengah2...

Berbalik pada suara2 tadi,aku akhirnya mendapat jawapan juga setelah aku hidup hampir 36tahun di muka bumi ini,akhirnya sehari sebelum birthday aku yang ke 36,aku didiagnos oleh doktor psikiatri sebagai BPD (Boderline Personality Disorder).Masa itulah terungkai segala misteri yang berlaku di dalam hidupku.Sebahagian dariku merasa lega kerana akhirnya banyak persoalan dalam mindaku terjawab.Namun sebahagian lagi aku merasa kecewa,dan sebahagian lagi aku merasa istimewa disisi Allah swt.Masih lagi 3bahagian kan...hahahhahaha itulah dia BPD!

Namun begitu,hidup tidaklah semudah yang aku sangkakan..setiap hariku adalah perjuangan mengawal perang2gila,memori2 lama,yang pantang terlepas mengasak benakku,emosiku bagai air laut yang pasang surut,ada masa angin Tsunami melanda timur ke barat,utara ke selatan,ada masa setenang air di kali dan ada masanya hurricane atau torpedo semua datang serentak!Jasad yang suatu masa dahulunya kuat kini semakin lemah..aku sedar dan dapat merasakan tahun2 terakhir aku semakin dekat.Dan atas alasan itu juga aku terpanggil untuk menukilkan segala yang aku rasa agar suatu hari nanti masyarakat mula membuka minda dan memahami "Mental Illness" bukanlah sesuatu yang mudah atau hanya berkisar tentang tidak cukupnya iman didada sahaja!Kerana sesungguhnya sakit itu juga datangnya dari Allah swt."Takkan bergerak sesuatu walau sebesar zarah tanpa izin dariNya".

to be continued....


tatkala syurga menjadi idaman

namun akal tidak siuman

dunia erat dalam genggaman

sedang ajal mengintai di balik awan

tiktok tiktok detik berjalan

apa banyak yang kau usahakan?

~15nov2018~


1 comment: