Saturday 27 March 2021

Bumi bukan tempatku? Eps.1

 Mengapa kukatakan bumi bukan tempatku..tak bermaksud aku angankan hidup di planet Pluto,bersidang di bulan atau terapung di awan.Tetapi,kerana terlalu kecewa dengan sikap manusia yang semakin kurang keperimanusiaan serta rakus lagi tamak dalam menjalani hidup,sanggup melakukan apa sahaja asalkan hidup senang.Pendek kata,penyakit hati perut busuk sesama sendiri semakin buat aku meluat apatah lagi sepanjang hayat aku,aku ditemukan dengan jenis2 manusia sebegini.Bukan tak ada yang baik,tetapi terlalu segelintir cuma..

Alkisah salah satu yang menjadi masalah berat aku ialah salah satu BPD traits yang selalu merugikan aku ialah aku terrrr"overshare" apa sahaja tentang diriku,tak kisahlah personal ataupun tidak!Terlalu cepat percayakan orang.Masalahnya aku sedar perkara ini,tapi aku tak dapat bendung.Ibaratnya bendul lurus mulut tak berzip gitu.Dari umur belasan hingga 20an aku hidup macam tu hingga aku 30an barulah aku mula belajar mengawal mulut tak berzip itu dan berhati2 dengan setiap orang yang aku bercampur.Dari kacamata ku,aku lihat orang semuanya aku bersangka baik..tetapi ternyata aku salah.Lagi satu BPD traits yang menyeksakan aku ialah "Black&White Thinking"!Hitam atau Putih,takder kelabu ke,jingga ke,mak kau hijau ke,semua tak ada!Kalau aku benci aku block!Tak adanya aku nak biarkan..kawan atau putus terus!Eh banyak lagilah yang jadi dalam hidup aku yang kena mengena dengan "Black&White Thinking"ni.Cuma sejak makan ubat ni,aku banyak membaca,fikir dulu sebelum cakap,dan banyak jugaklah yang aku improve,cumanya bila yang itu improve,body aku pula yang react lain macam.Yang ini nanti aku cerita,sekarang ni aku nak tegaskan balik tajuk aku tadi.

Dulu,arwah mak aku selalu marah aku dan dia akan kata,"Hang ni nak jadi apa?"...aku memang kalau boleh tak nak jadi manusia,kan best kalau aku boleh pilih..so aku akan jawab kat arwah mak aku,"Nak jadi hantu boleh tak?"..masa tu akan melayang la sudu ka apa ka sebab arwah geram ngan aku yang suka main2."ha elokla jadi hantu,sesuai dengan perangai hang"!kata arwah mak.Tapi, jangan salah faham,arwah mak aku ni sebenarnya selembut2manusia,penyayang nak mampos.Nampak tak,kalau dia nak baling pon apa2 kat aku,paling2 pun sudu,straw..takdernya pisau ka dapur ka,peti ais ka.Ohh rindunya dekat dia.Semoga Allah swt cucuri rahmat keatas arwah mak aku dan tempatkan dia bersama para solihin.

No comments:

Post a Comment