Monday 3 May 2021

That 3 different Goodbyes~how's yours gonna be?(Eps.2)


Salam sayang,

Berkat bulan May ni,aku cuba habiskan cerita tergantung aku tentang "That 3 Different Goodbyes" dalam hidup aku.Gambar diatas adalah gambar kakandaku sayang allahyarhamah Nik Masdiana.Bulan May adalah bulan kelahiran Kak Ana.Ya Allah sebut nama dia saja pun dah buat aku rindu.Yang kecik 2 orang tu anak2 Kak Ana.Sekarang dah besar,yang kakak darjah 4,yang adik darjah 2.

Walaupun kami 4beradik,abang dan kakak aku yang lagi sorang tu duduk rumah tok aku di Penang,manakala aku dan Kak Ana ikut mak ayah aku merantau di KL.Lagi satu jarak umur aku dan Kak Ana beza 3 tahun ja,sebab tu kami rapat.Abang dan kakak aku yang lagi sorang beza jauh.Deme dah tua.hehehehehehe

Al kisah Kak Ana ni ikut2nya dia ni garang dengan aku,aku plak anak bongsu,manja dan mengada la.Tapi bila dah besar kami jadi terbalik plak,aku garang dengan dia,dia plak manja dengan aku.Masa kat sekolah,kakak aku ni pendiam,pendek kata kawan pon tak ramai mana,kewujudan dia kat sekolah tu amatlah disangsikan berbeza dengan aku yang orang kenal sebab asyik kena heret dengan pengawas pi Bilik Guru.Sesiapa saja yang dengar Kak Ana tu kakak aku,orang tak percaya sebab kami macam langit dengan bumi.Kakak baik saja kat sekolah...tapi adik...mashaAllah.Aku plak bila orang dok puji Kak Ana baik,aku akan kata hangpa jangan tertipu dengan dia,dia tu singa kat rumah.

Masa aku darjah 1,aku selalu berak dalam seluaq,aku tak taulah pasaipa aku cerita benda ni,tapi yang aku ingat Kak Ana akan balik mengamuk kat rumah sebab dia nanti kena panggil dengan cikgu untuk setel adik dia yang suka berak dalam seluaq ni.Dia kata dia malu.Hahahahahhaha,lepas tu dia selalu nanti spare spender aku takut aku buat hal kat sekolah.Monyet betul aku ni pon kan.Tapi masa tu aku rasa nikmat berak dalam seluaq,dia rasa surrrr saja bila kepit2panas2.Babi sungguhla perangai.(tu perangai takat darjah 1 saja naa..lani elok ja aku pi jamban)

Antara yang paling jelas diingatan aku masa Kak Ana mai ambik result SPM dia,masa tu aku dalam kelas,dia bertinggung kat blok bertentangan aku konon tak mau bagi cikgu nampak la sambil tersengih-sengih macam kerang busuk sambil dok panggil nama aku lepastu dia buat isyarat angat jari telunjuk dia.Oooooo Kak Ana dapat Pangkat 1 untuk SPM.Alhamdulillah...aku pon hepila..kakak kot.Senyuman dia masa tu masih mekar jelas bling bling lagi kat ingatan aku.Antara senyuman paling indah dia.
(aku dok mai emo dah,hgpa ingat senang BPD nak kontrol emosi....fuhhhh,Ya Allah bagilah aku kekuatan..)

Lepas tu Kak Ana masuk UITM Merbok dan degree dia buat kat UITM Arau Perlis.Aku yang selalu pi hantaq dan pi ambik dia.Setiap kali cuti sem,aku pening kepala sebab bila Kak Ana ada kat rumah,dia kerja nak berkepit dengan aku,habislah aktiviti aku dengan geng2 aku.Apa barang bawak kakak..susah nak buat benda2 jahat kalau dia ada.Kalau aku tak bawak,merajuk la.Tak bercakap lama kot dengan aku.Masa tu aku mana kisah,keseronokan diluar lebih penting.Kak Ana pernah merajuk turun kereta ka motor aku tak ingat,dia sanggup jalan kaki berkilo meter balik rumah sebab bergaduh dengan aku.Yang aku ni follow la macam monyet.Dia kalau marah aku memang kecut.Darah aku akan tinggai secamca saja.(Camca tu sudu)Tapi kalau aku yang mengamuk,Kak Ana akan kata Tebuan tercabut ekoq ni jadi dah.Masa tu dia akan pujuk macam2cara termasuklah janji nak belanja itu ini.

Lepastu dia kahwin dengan orang Sabah.Alhamdulillah abang ipar aku ni memang sporting habis dan kepala memang ngam betul ngan aku.Kami selalu ketepikan Kak Ana sebab abang ipar aku dok cover aku nak isap rokok.Kak Ana ni satu bagus dia,dia tak pernah marah aku bab2peribadi aku.Dia tau tapi dia buat2 tak tau.Tu pasal aku selesa dengan dia.Sampai la satu hari dia bagitau dia dan abang ipar aku buat keputusan nak pindah pi Sabah.Aku tak suka sebab jauh sangat.Kalau setakat Johor ka aku boleh la gagah lagi pecut kereta pi kat dia kalau rindu........tapi siapalah aku nak halang kannn....aku pon lepaskanlah kakak kesayangan aku tu pergi.....Dia suka Sabah sebab makanan seafood murah katanya,lagi banyak tempat2cantik.(ni antara sebab aku pasang angan2 nak pusing Sabah lepas ni)

Haaa,masa nilah Kak Ana start sakit.Aku ingat lagi masa tu Kak Ana duduk Beaufort kerja sebagai guru ganti.Masa tu Sabah dok banjir.Kak Ana dengan aku memang selalu on call.Dia mengadu kat aku kata ada seakan bisul naik betul bawah perut atas sikit dari pundak dia.Tapi bisul tu tak sakit dan tak ada mata.Semakin hari semakin besar.Mulanya aku ingat kena sengat dengan apa2 la kot,kan banjir kat sana.Manala tau serangga semua pakat lari naik atas rumah kann.Tapi dia pi hospital la jugak lepas tu.
Doktor ambik sampel dari bisul tu dan result kata cancer.Doc siap cakap dah stage 4 dan paling2 pon Kak Ana ada 5tahun jer untuk survive.Gilakan?Dia masa tu sihat walafiat cuma bisul kecik jerr,tapi doc suruh admit hospital dah masa tu tapi Kak Ana degil dia cakap dia nak raya dulu baru nak buat treatment.

Tetiba mengantuk..(aku sedih..nanti aku cari lagi kekuatan untuk tulis)

"In the garden of memory,in the palace of dreams..that is where you and i shall meet"

~Alice through the looking glass~
 


Bersambung..........

No comments:

Post a Comment