Friday, 2 July 2021

Dahsyatnya Doa Ibu


Bismillah..

Hari ni aku nak cerita pasal buku ni yang bertajuk "Dahsyatnya Doa Ibu - By Syamsuddin Noor".Aku ni memang suka baca buku2 keagamaan walaupun luaran aku tak nampak lah sangat islamik tu.Koleksi buku aku berlambak seolah2 aku ni alim mana-mana mai bak kata orang.So dalam banyak-banyak buku,buku ni paling aku suka sebab cara dia kupas tajuk tu sangatlah jelas dan yang paling best dia relate dengan Quran lepas tu dia kuatkan isi tu dengan sains serta kajian.

Buku ni pernah hilang sekali,pastu aku pi cari balik dan beli lagi sekali...aku beli tahun 2012..lamakan...okay jom aku cerita serba sedikit yang best dalam buku ni..

Allah swt tidak akan menunda dalam mengabulkan doa 5 golongan ini iaitu - Doa pemimpin yang adil,doa orang yang teraniaya,doa orang tua untuk anaknya,doa musafir dan doa orang yang berpuasa hingga dia berbuka.Salah satunya adalah doa ibu...sebab tulah sebagai ibu janganlah ucap yang bukan2 kat anak sebab apa yang kita ucapkan itu boleh jadi doa..nak cakap biarlah yang elok-elok saja.

Ada banyak kisah tentang doa ibu yang Allah makbulkan dalam buku ni antaranya ada satu kisah pemuda ni dia hidup zaman Nabi Ibrahim,dia menghabiskan masa selama 7 tahun jaga kedua ibubapanya yang sorang lumpuh dan sorang lagi buta.Sebelum mak ayah dia meninggal,ayah dia doa mintak dia panjang umur dan mak dia doa kat dia supaya panjang umur,taat kepadaNya dan mak dia doa jugak mintak dia ditempatkan di suatu tempat dimana syaitan tidak dapat mengganggunya.Pastu mak ayah pemuda ni pon meninggal.Dia pi tepi laut nampak satu kubah cantik dan dia pon masuk dalam tu dan masa umur dia 1500 tahun,Nabi Sulaiman dapat jumpa dengan dia.Tu pon jenuh jin pi selam masuk dalam laut cari berapa kali baru jumpa dengan izin Allah.Kiranya kubah tu tersembunyi jauh nun didalam laut.Tu semua berkat doa ibu pemuda tersebut.

Alangkah untungnya sesiapa yang ibubapanya masih hidup...rindunya kat arwah mak..janganlah korang lepaskan peluang untuk berbakti kat kedua orang tua korang.Bayangkan Nabi Muhammad saw kata ~
"Apabila seorang anak memandang wajah orang tuanya dengan penuh kasih sayang,Allah swt memberikan ganjaran kepadanya sama seperti ganjaran orang yang beribadah  haji mabrur"
 MashaAllah,hebatkan....

Ada seorang saintis Jepun dari Universiti Yokohama - Dr.Masaru Emoto ni dia buat kajian pasal air.Ada la buku yang dia tulis tentang kajian dia tu,antara best seller buku dia The Hidden Message of Water dan The Secret Life of Water.

Dr.Masaru ni kata,air ni sebenarnya hidup,dia terangkan bahawa air ni terdiri dari dua molekul iaitu pentagon dan heksagon.Kandungan oksigen dalam molekul heksagon ni lebih tinggi dari molekul pentagon.Air ni ada kemampuan bertindak balas dengan gelombang-gelombang yang ada di muka bumi ni termasuklah gelombang dari manusia.Molekul tu akan berubah dan membentuk kristal-kristal yang indah,bentuk bunga dan sebagainya.Contohnya bila kita maki sebelum minum air,molekul air tu boleh berubah jadi pentagon dengan bentuk kristal yang hodoh...dan kalau dibacakan doa atau ucapan yang elok2 molekul tu leh jadi heksagon dan membentuk kristal yang indah.Ada sekali tu Dr.Masaru ni bukak lagu Heavy Metal kat air dan check molekul air tu...kristal yang terbentuk hancur dan tak ada sebarang bentuk.

So apa kaitan kajian Dr.Masaru ni dengan "Doa Ibu"?Kat sinilah baru aku pon terfikir kenapa masakan mak kita sedap dia lain macam...masa mak kita masak tu,dia basuh beras dengan air..dengan bismillahnya... dia masak dengan penuh kasih sayang...itulah gelombang yang Dr.Masaru ni cakap.Sebab tulah air tangan ibu ni berkat wei....doa ibu ni pon xder hijab...lain macam dia punya naik tembus ke langit...MashaAllah hebatkan...

Aku akhiri coretan 2 hari aku ni dengan satu hadis nabi - 

"Sesiapa yang taat kepada Allah dengan melayani kedua ibubapanya,maka terbukalah dua pintu syurga untuknya" 
  Semoga kita menjadi antara yang terpilih untuk dua pintu tersebut......aaaaaammmiinnnnnnnnnnnn

Thursday, 1 July 2021

Miss Rao travel buddy Cikgu Zainab..

 Assalamualaikum..

Hari ni penutup Jun 2021, di rumah makcik aku hadirlah seorang tetamu dok ting tong ting tong depan rumah. Aku masa tu baru jer bismillah nak menikmati lunch aku...aku pon keluar dan tengok depan rumah ada sebijik kereta retro wagon putih jenis zaman dulu2...rare ooo keta cam tu  leh jalan lagi 2021 ni...pastu ada seorang perempuan cina berumur rambut putih..aku dok fikir dia ni pon buat part time dengan Shoppee / Lazada hantar barang jugak ker?tak nampak plak dia usung apa2...aku pon pi tanya la...yes ma'am,anything that i can help you?dia tanya is your mother inside?Erkkk...dalam hati aku la...my mom inside tanah already...long gone...tapi aku senyum...Cikgu Zainab friends is it?dia jawab ya...it's about Miss Rao.Rupanya yang datang ni nama Jenna or Gina camtulah...

Who is Miss Rao?aku kenal Miss Rao dari album-album gambar makcik aku Cikgu Zainab yang satu masa dahulu kaki travel.Kemana saja dia pi travel mesti pi dengan Miss Rao ni lah.Diaorang ni single sampai lah hari ni...macam free soul giteww...Miss Rao ni pon cikgu jugak..dia ajaq English ngan Music.Miss Rao ni lagi tua dari makcik aku.Gambaq depa pi Las Vegas, posing kat signboard "HOLLYWOOD"...depa pi India,Taj Mahal..Afrika...banyak lagi la sampai aku pon tak tau nama tempat.Pendek kata banyak la memori makcik aku dengan Miss Rao nihh..

Jenna ni dulu dok hantaq anak dia belajaq music dengan Miss Rao nilah pastu terus jadi member.Aku ni asalnya taknak la menyibuk dengaq hal orang tua2..tapi si Jenna ni plak panggil aku mintak ajaq pasal Whatsapp dia apa ka ntahla..jenuh explain...dok tak dok aku tersepit dok tengah2 antara Cikgu Zainab ngan Jenna...mau tak mau kena dengaqla depa sembang.......akibat dari aku pi menyibuk dengaq cerita depa...aku anxiety trossssssss......harey...tak pasal aku sesak nafas,berpeluh2...semuanya sebab Miss Rao 😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭 

Miss Rao ni orang dia independent dari muda..suka travel..suka music...dia lahir tahun 1925 sebab July 2021 dia dah nak masuk 96 tahun.Disebabkan dia single maka tak ada lah anak yang nak jaga dia...Adik-adik dia pon semua dah 80++..anak sedara dia dok Singapore.So Miss Rao ni kaya lah jugak..tapi seperti yang kita tau...duit tak dapat beli cinta dan kasih sayang maka hiduplah Miss Rao sendirian dirumah 2 tingkat miliknya.Hebatnya Miss Rao ni dia tak ada nah sakit jantung ke,kencing manis ke,darah tinggi ke..dia cuma tua dan tak berdaya jelah...tu pon dia still paksa diri dia untuk bangun dan buat kerja rumah sendiri tapi lately dia asyik jatuh dan tak boleh nak bangun.Dia akan jerit panggil jiran sebelah untuk tolong dia.Sekali tu jiran terpaksa panggil bomba untuk masuk rumah dia.

So Jenna ni lah yang selalu pi jenguk Miss Rao tolong basuh baju sidai apa lebih kurang..Ada sekali Jenna bawak Miss Rao pi hospital sebab dia jatuh balik sampai pukul 3 pagi dari hospital.Taktau nak kesian kat Miss Rao or Jenna.Haihhhh...last-last Jenna hantaq Mis Rao ni pi dok Old Folks kat Batu Maung.Sebulan bayaq dalam RM1300 macam tulah.Sedih weiiiiiiii....At least ada orang tolong tengok kan Miss Rao.

Bila aku dengaq kisah ni...aku tak tau lah kenapa menusuk jiwa aku sangat.Aku rasa sedih pengakhiran Miss Rao tu..kalau aku tua esok camna????sapa nak jaga aku???mampu kah aku dok rumah orang tua-tua?Anak sedara aku mau ka jaga aku?Omaigadddddddddd...baiklah aku mati saja dari kesunyian dan terbuang macam tu.Yess Miss Rao mungkin living her life to the fullest masa dia muda...dia cikgu kot...berbakti kat ramai orang...aku ni apa ja bakti yang ada?????tu yang terus anxiety tu.....

Aku nak ajak Cikgu Zainab pi jenguk Miss Rao nanti....lepastu nanti lepas Covid nih...aku nak start pi buat kerja amal kat rumah2 orang tua-tua..order nasik ka apa ka bawak pi kat orang-orang tua yang senasib dengan Miss Rao. Dada aku masih sesak lagi masa aku tulis nih..Nilah masalah dengan BPD nih...hang terlebih emo dari Miss Rao..hang dapat rasa lebih dari apa yang orang rasa lepas tu sakit sendiri...kembang kepala aku mikir....apapun aku doakan Miss Rao happy dan sihat selalu.

"She had a Gypsy soul and a warrior spirit. She made no apologies for her wild heart. She left normal and regular to explore the outskirts of magical and extraordinary. And she was glorious" 


Wednesday, 23 June 2021

Binatang apa yang hanya melepaskan gigitannya setelah kedengaran guruh di langit?


Salam sayang..

Baru-baru ni ketika aku dan biz partner aku pergi menguruskan biz kami,dalam perjalanan kami bersembang macam2 hinggalah muncul topik diatas.."Binatang apa yang hanya melepaskan gigitannya setelah kedengaran guruh di langit?"....biz partner aku dengan konfiden jawab ketam..hahahahahaha..
Aku terfikir,ketam mana gigit orang,dia sepit adala...tapi dia tetap jugak nak bertojey dengan aku..aku plak jawab antara kura-kura dan biawak...tapi aku pon konfem memang antara 2 ni ja..tak akan mungkin binatang lain.Oleh kerana dua2 ketegaq bijik nak menang,maka kami pon pakat kol jer kawan-kawan masing2 dan tanya soalan yang sama.Bhagian ni aku tak tahan nak gelak......

Disebabkan topik ni kami siap singgah tapau nasik bungkus kat corner Sg.Ara pastu balik makan kat rumah kawan aku yang nurse tu.Kebetulan dia plak mc,kami tanya la soalan tu kat dia..."Tikah,binatang apa yang hanya melepaskan gigitannya setelah kedengaran guruh di langit?"Tikah pon dengan selamba tanpa berfikir panjang jawab Lintah atau Pacat.Kahkahkah...aku memang nak pecah perut gelak sebab muka dia serious gila,siap kata dah lama dia dengaq benda ni dan jawapan dia memang Lintah atau Pacat.Aku bukan la nak kata,benda ni makin interesting..sebab jawapan masing2 memang tak sama langsung!Biz partner aku kata lagi cuba kol kawan tempat sekerja aku...deme ni memang geng2 budak2pandai la...so aku expect something yang more relevant....tapi depa lagi la lawak...Farah jawab nyamuk atau kucing,sorang lagi nama Alimin dia tengah kerja masa aku kol tu,hat tu pon jawab dengan lajunya Burung Belatuk!Ya Allah....nak pengsan aku gelak....Gila lawak sungguh aku rasa...sampai kerasss perut kami dok gelak.
Aku kol plak kawan aku cikgu kat langkawi,yang tu pon masa aku kol tengah busy,dia jawab katak.What de hell.....katak ada ka gigi?aku tak tau la depa ni paham ke tak soalan aku atau malas nak layan soalan2 bongok dari aku.. Pastu aku kol kakak aku dia jawab ular,aku rasa benda ni makin merepek dah.

Lepas tu aku terfikir benda ni patut tanya orang tua-tua so aku kol makcik aku..dia jawab Labi-Labi tapi dia selit jugak dia kata actually there is no such thing as guruh di langit bagai nih...ini semua hanya dongeng yang direka2 oleh orang dulu2...

So kesimpulan dia takder salah atau betul...tapi aku tetap nak duku kepala hat jawab burung belatuk kucing ngan nyamuk.Mendelahhhhh haihhhh

Ok lah goodnite.



Saturday, 19 June 2021

Solitude vs Loneliness

 Salam..

Hari ni aku nak cakap pasal beza antara "Solitude and Loneliness".Ni semua gara-gara scroll kat Pinterest pastu terjumpa pasal tajuk "The Power Of Solitude".Sangat menarik bila aku baca...dan artikel ni terus mengingatkan aku kepada seorang sahabat yang aku rasa ciri-ciri solitude tu ada kat dia.

Ok apa beza "Solitude and Loneliness" ni...solitude ni dia sama ja ngan lonely,cuma solitude ni dia enjoy walaupun dia keseorangan manakala yang lonely tu dia keseorangan tapi serabut,terasa macam something missing..lebih kurang macam nila,Solitude dia menyisihkan diri untuk engaged with her innerself  manakala yang satu lagi tu walaupun dia berada di tempat orang ramai kadang dia masih terasa lonely tu.Tapi lonely ni pon ada macam2 jenis....jenis yang suka bergantung kat orang..tak boleh sat pon sengsorang..

Pak Tiri Google kata...

"There is a big difference between solitude and loneliness, loneliness is a negative state, marked by a sense of isolation. One feels that something is missing...Solitude is the state of being alone without being lonely. It is a positive and constructive state of engagement with oneself"

 


Apa yang bagus sangat dengan solitude ni???bila aku fikir2 balik...bukan semua orang boleh buat benda ni...ada orang yang memang dilahirkan memang ada bakat macam tu...tapi macam aku ni.......aku baru nak embrace solitude ni setelah hati aku berkali2 terluka dengan sifat manusia yang rakus, tamak, sombong, biadap, tak tahu bersyukur,menjengkelkan dan macam2 lagi yang buat aku rasa nak menjauhkan diri..dan kenali diri sendiri.Sejak sakit ni baru aku berfikir banyak dan selidik apa yang patut untuk perbaiki diri.

"Loneliness is like sitting in an empty room and being aware of the space around you. It is a condition of separateness. Solitude is becoming one with the space around you. It is a condition of union. Loneliness is small, solitude is large. Loneliness closes in around you; solitude expands towards the infinite. Loneliness has its roots in words, in an internal conversation that nobody answers; solitude has its roots in the great silence of eternity" ~ KENT NERBURN~

Kawan aku yang aku kata tadi ni..dia ni masa aku kenai dia dulu..dia ni jenis yang bercampur jugak la..tapi dia ni jenis yang independent gila, anak sulung sama kot..dia boleh pi merantau sorang diri..dan dia sangat appreciate nature.Cara dia hidup best gila...sengsorang beli nasik gi duduk tepi laut enjoy the view siap ambik gambar yang cantik.Aku pernah la buat gila ikut dia pi New Zealand...aku yang drive...korang tau jelah NZ memang lawa kan...tapi kawan aku ni special...bila dia tgk sesuatu...apa yang dia nampak dengan aku apa yang aku tengok adalah benda yang sama tapi perception kami lain2.Bila dia buktikan dari pandangan dia...barulah aku perasan benda tu cantik dan indah sebenarnya.
Dialah antara kawan yang selalu bagi nasihat kat aku yang lemah ni...Tq sahabat.

"People empty me.I have to get away to refill" ~ CHARLES BUKOWSKI