Friday, 26 August 2022

Sudah jatuh ditimpa tangga..Tangga jatuh bertimpa-timpa!

 

Salam Ogos 2022..

Lama benor rasanya tak mengadu domba kat blog…hari ni kugagahi jua…walaupun sejak dua tiga menjak ni,hidup aku suram dikelilingi orang sakit…yakni orang2 yang aku sayang..membuatkan sekali dengan aku rasa tak larat.Aku bukan mengeluh sebab penat…tapi tak sampai hati bila melihat….

Mula2,aunty kesayangan aku masuk hospital sebab sakit jantung,setel surgery dah jadi kaki plak bengkak tak surut2..sian sungguh aku tengok…lepas tu cancer abang aku datang balik,selepas 5 tahun surgery ada naik plak tumor baru sebesar 9cm dan paling sedih tak dapat nak buang sebab dah melekat dengan dinding usus.Kesian abang aku terpaksa pakai stoma bag dan go through  chemo…

Dalam keadaan yang bagi aku kira gawat la jugak,tetiba wife cousin aku plak meninggal sebab cancer jugak…adoila ya Allah…benarlah bila dah ajal,Allah takkan lewatkan atau  cepatkan walau seminit…aku ambik kesempatan memandikan jenazah arwah yang amat baik dengan aku…masih terbayang 2,3 hari sebelum ajal dia,aku sempat pi melawat arwah dan masa salam nak balik tu arwah tak nak lepaskan tangan aku,malah dia tarik tangan aku dan letak kat pipi dia…dia cakap apa ntah masa tu…aku tak dengar atau aku tak ingat…Allahurabbi teruk betoi ingatan aku.

Lepas tu aku busy balik dengan abang aku yang memang ulang alik hospital..hujung minggu ja aku pergi tidur rumah dia,bantu apa yang patut.Anak abang aku yang kecik sekali tu autism..aku memang struggle nak paham kerenah dia.Bagi aku dia macam time bomb..kau silap sikit..kau bakal hadap tantrum dia..aku sempatla merasa penangan rotan dan hanger dari si kecik ni.Macam mana pun dia kira darah daging aku.Pukul lah macam mana pun,rasa kasih kat dia tetap ada.Semoga dia akan tarik aku esok kat akhirat sana ke syurga..InshaAllah aminnnnnn!

Saudara mara belah bapak aku pon tak tahu nak cakap bagus macam mana..bila dengar ja keadaan abang aku,terus turun dari KL datang melawat..kira sempatla jumpa,aku memang tabik spring kat family Yacobians ni…sebab bonding diaorang sangat kuat dan sangatla supportive.Cuma yang sedihnya,uncle aku yg datang melawat abang aku tu plak meninggal a week after that. Stress kan?

Ingatkan habis takat tu…….ada lagi………..tak sempat aku nak tarik nafas…nak tenang2kan diri balik,dah pulak aunty aku tersembam depan bilik air….bengkak lebam sebelah muka punya teruk…aku rasa aku macam tak guna sebab tak mampu buat apa2 selain jadi driver bawak pergi hospital pergi klinik.

Walaupun mood aku ke laut dalam…hari-hari aku suram…cousin aku paksa aku pergi Pantai Esen dipagi buta untuk release tension…itula video yang aku tempek kat atas…aku xderla happy mana..tapi bila dengar bunyi laut tu rasa lega la jugak…apapun…doakan lah seluruh ahli keluarga aku diberi kesihatan yang baik dan panjang umur…aminnnnnn

Thursday, 9 June 2022

Durian,GoPro dan Ceciwi..


Bismillahirohmanirohim…

Tajuk kali ni lain macam kan…kita semua sedia maklum durian tu apa…GoPro tu apa…tapi Ceciwi tak semua tau….so aku nak perkenalkan lah ceciwi tu apa…..

Ceciwi tu adalah makhluk Allah jugak…makhluk Allah yang pakai topi sayoq kat video atas tulah nama dia Ceciwi…hhahahahahhaahha…pasai pa dia jadi ceciwi?

Al-kisah konon lepas menikah dengan KTM Duke hari tu..aku pon teringinlah nak mendokumentasikan video ride aku…Penang lifestyle..nak bikin panas orang-orang KL yg tak dapat makan durian terus dari kebun lah kononnya…aku pon beli lah GoPro…ingat senang macam handphonelah…rupanya aku tak reti guna.

Aku paksa adik angkat aku teman pi cari Durian Ang He (Udang Merah) yang konon kata sedap sangat tu..sambil buat video…punyala ceciwi baru dapat GoProla katakan…aku pon tekan rekod dengan konfiden dan gaya-gaya pro…kemain aku explain harga la,jenis durian la,sekali balik bila upload rupanya aku rekod dalam mode Timelapse..(tengok sendirilah hasil video tak jadi tu kat atas)

Kami memang tak larat gelak sebab dua-dua ngok..sudahlah adik angkat aku dengan konfiden pi mintak durian nama ‘Ang Kel’…main ikut dan dia jer sebut.’Ang Kel’ tu pakcik ang,aku dok marah dia…adoila…tapi kami tak dapat durian Ang He tu sebab laku keras,video ni kami makan durian Kung Po,tak mahal sangat Rm26 jer sebijik size S…hehhehehe dah macam baju plak.Lepas tu disebabkan ceciwi tak puas hati,kami pi plak next kedai nak cari Ang He..last-last dapat Musang King sebijik size L Rm110. Berkelip jugakla mata nak bayar…tapi bila makan…terus puas hati dan rasa berbaloi serta kami berikrar next kami makan durian lak tahun depan……hahahahhaahha…mau taknya harga durian dah macam harga emas…

So itulah saja kisah durian,GoPro dan Ceciwi…aku harap aku cekaplah hendaknya lepas niguna benda alah tu dan angan-angan nak ride pi Langkawi tercapai..

Aminnnnn

Syukran Ya Allah!

 

Tuesday, 31 May 2022

Selempang Selendang Di Pinggang


 
..apa yang lebih sakit dari kehilangan orang yang kita sayang…?

..bila kita hilang diri kita sendiri..jasad yang hidup tetapi di dalamnya mati..

..kita tahu dia ada bersembunyi…tapi dipujuk tak bisa ia keluar lagi..apa maunya?

Siapa yang menahannya hingga panjang benar rajuknya..atau sudah terkubur didalam bersama trauma dunia?

..hati mana hati?

..remuk redam sampai memendam..

..hancur berkecai tak bisa dipalam..

..melayar lara dikala malam..

Sakitnya disini..sini dan sini..sambil melurut jasad..dada terasa ketat..padat..

Sakit yang tiada terlihat…ibarat kita membuat-buat…

Saban hari merintih..makin dirintih makin pedih..makin tenggelam dalam sedih..lemas dan perih..

Saat suara tak kedengaran lagi..

Pandanglah mata,jendelanya hati yang separuh nyawa..

Hati-hati jangan sampai turut melebur mati..

Kerna ini tempatnya perang antara hakiki dan mimpi..



Thursday, 12 May 2022

Aku terima nikahnya KTM DUKE 250


Bismillahirohmanirohim..

Syukur ke hadrat Ilahi diberi peluang bersatu dengan Habib Al-Duke 250 yang aku angan-angan dari tahun 2010 lagi..syukur Ya Allah selalu mengabulkan permintaan demi permintaan hambaMu ini...aminnnn.

Ride ke Sg.Petani
Ride Raya ke Sg.Petani

Al-kisah setahun lebih aku punya dok kaji nak beli MT25 ka Duke 200 ka...masa tu aku tak terfikir nak ambik Duke250 sebab harga...MT25 pon harga lebih kurang...aku masa tu dah start fikir nak downgrade ke MT15 jer..murah la sikit...tapi ada yang menggangu fikiran aku bab 150cc ni.

Ni semua gara-gara seorang kawan aku,dia beli R15,so dia bagila aku try bawak dan kami test speed kat Jambatan Kedua Pulau Pinang.Kawan aku pillion ride lah masa bawak tu..riding position untuk R15 memang macam kau nak masuk MOTOGP..
Satu macam punya tunduk menonggek.Masa tu aku pakai hoodie..gaya naik tu memang ada,tapi masa kat tengah jambatan,aku rasa aku dah full throttle dah tapi EX5,Y-SUKU Serta bermacam lagi motor kapcai dok potong aku macam tak ada apa,yang kawan aku dibelakang pon siap makan kuaci letak dalam hoodie aku...pendek kata kami sebenarnya slow saja...angin laut jerr yang buat aku rasa 160kmj.So aku rasa 150cc untuk body besar macam tu tak berbaloi.(Tapi kawan aku salahkan berat badan aku yang buatkan motor dia tak laju,hahahahahahaha-lantaklah.)

Habib Al-Duke


Lagi 2minggu nak beli motor,aku masih tak dapat nak buat keputusan nak beli motor apa dengan budget aku yang agak tight,dan aku plak pendek.159cm naik 250cc kaki tergantung bhaiiii...

Aku punya kaji kat internet ni dah macam nak ambik Degree..rujukan sana sini..kalau dulu aku belajar rajin macam tu,entah-entah aku dah jadi Angkasawan.

So,2minggu terakhir tu aku memang tak boleh nak fokus benda lain...kepala aku motor,motor,motor...orang sembang dengan aku....aku bukan dengar pon...aku haaa jerr sebab fikiran aku entah kemana-mana.At 1 point tu aku sampai give up,aku cakap beli jerlah scooter Vario..senang nak pergi melawat kubur pakai jubah.Aku memang dah tahap tak boleh fikir.

Sampailah hari yang nak beli motor tu,aku pon pergi dengan cousin aku (gambar dibawah).
Dia memang tension dengan aku sebab dia nampak aku punya gedik pasal motor ni tahap tak boleh bawak bincang,tapi aku suka ayat penenang dia bagi kat aku,dia kata,"hang tak payah risau bab motor apa nak beli,tawakal jer,kalau ada jodoh dengan hang,tetap akan jadi milik hang..percayalah.."

Ride ke Seberang Jaya
Ride ke Seberang Jaya

So aku memang tawakal bulat-bulat masa tu...yang aku tau,kalau jodoh aku Vario sekalipun aku tetap syukur..so aku pon melangkah masuk kedai Apek Hotbikes kat Jelutong...sembang pi,sembang mai,cousin aku terus tangkap Apek Tauke  sambil mintak kurang...deal memang cepat gila..pup pap pup pap...cousin aku cakap..."Hang ok tak Duke250,apek ni dah diskaun sekian2...deposit sekian2...xnak cakap banyak..."....aku sengih2 sambil angguk malu2 kat jodoh aku yang kebetulan memang ready stock.

Akhirnya,dengan izin Allah s.w.t,26 April 2022 aku selamat memiliki KTM Duke 250.Walau kaki aku tak sampai,aku panjat sampai boleh.Senget punggung ke kiri jap ke kanan...bak kata orang hati punya mauu kan....so kau pandai2lah menyesuaikan diri.

Sumpah sedap motor ni punya torque...kadang kat traffic light tu aku memang biar motor lain pergi dulu sebab aku takut ada orang gila langgar traffic light...so kira macam berhati-hatilah...tapi lepas tu aku kejar balik lerr ceritanya....(sembang macam mana-mana mai-aku penakut bawak laju sebenarnya hehehheehehe)

Tu sajalah cerita aku untuk kali ini....next inshaAllah kalau ada rezeki akan aku sempurnakan plan aku nak ride masuk Langkawi....sekarang ni biarlah aku bergaul mesra dulu dengan Habibi aku....

Wassalam dan Selamat Hari Raya.

Maaf Zahir dan Batin.

Friday, 15 April 2022

Borak 0 malam 13 Ramadhan..

 Bismillah…

Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang…

Akhir2 ini..aku suka la pulak menonton Documentary pasal Murder n Crime,antara yang memang captured attention aku ada 1tajuk kat Netlfix “Burari Case”.Perghhh memang kaww sekali jumpa 11mayat,10 tergantung 1 terbaring..3generasi 1loving family,well educated dan middle class.Ada bisnes kecil2an…namun part yang paling best adalah mereka tidak dibunuh……tapi mati kerana kepercayaan yang tak tentu hala..

Polis kaji punya kaji…siasat punya siasat..rupanya salah sorang antara mereka tu ada PTSD (Post Trauma Stress Disorder) dan tidak di”treat” oleh psychiatrist.Bila dia tak dapat rawatan..PTSD dia makin terok dan jadi psychosis dimana dia start detach from reality dan create benda dalam kepala dia.

Dia ni orang baik tapi kena aniaya dengan orang…depa ikat dia dalam kilang plywood tempat dia kerja dan bakar tempat tu….dari kejadian tu,dia xboleh bercakap setahun lebih…trauma tu mai dari situ la kot.

(Aku ni nak cerita detail…tapi aku ada masalah taip ipad ni…kena beli keyboard jugak nampaknya ni..)

Kenapa depa semua mati,korang kenalah pi tengok sendiri…cuma kesimpulan dia kat sini..janganlah kita sakiti orang lain..kita tak tahu kerana kita seseorang tu boleh terkesan hidupnya hingga macam tu sekali…

Ok

Wassalam