Thursday 20 July 2023

Pengalaman Kerja Kedai Letrik Thailand

 Salam,

Dah lama aku tak tulis blog..bnyk yg jadi tapi aku xtau awat aku masih sakit hati bila kenang experience keja dgn kedai kat atas ni.

Al kisah aku tak rela sgt pon nak kerja sini tapi bila org tua kat rumah aku bising sampai bila nak buat Grab maka aku paksa la diri pi jugak..

Aku pi interview kat BM Career Fair terus dapat position Section Manager untuk Small Appliances.Aku rasa ok lah bukan tak pernah jadi manger pon.So try pilah…Disinilah bermula segala…

Masa 1st day aku tu ada lagi 1 manager lelaki masuk sama date dengan aku.Kami baikla sebab kami training semua sekali cuma dia department lain.

Aku perasan budaya kerja kat situ memang tak best langsung dimana depa ni tak bersikap terbuka dengan pandangan orang lain dan kalau boleh nak kena kipaassssss memanjang.

Ada sekali tu lepas sebulan ke dua bulan kerja,aku ingat lagi HQ dari Thailand mai melawat..depa buat survey la lebih kurang tanya semua ok ka,aku kata semua ok cuma aku lebih suka training yang proper..macam depa ni banyak lepaihh troihh…macam tak cukup sifat macam tu..sedangkan bukan busy mana pon..nahhhh lepaihh aku pi gatai mulut jujur cakap apa yang aku rasa..aku kena serang non stop dengan Big Boss,small boss..instead of depa nak pebetoi salah depa,depa lagi suka tunjuk kuasa.

Aku kena buli masa setup Kitchen Fair,nak setup tu bkn sat..4x boss aku suruh aku tukaq.Pendek kata dia pilih yang 1st setup..maksudnya aku buat kerja bodo la sepanjang hari sedangkan setup yg 1st tu dah ok.

Lepas tu budaya kat sana jenis suka wat hal besaq benda2 kecik..bab mulut ni tak payah habaqla..aku ni nak kata depa mentaliti bodo tak belajaq…ramai ja blajaq tinggi2..tapi apa yg depa pamer tak mcm org blajaq.

Lagi satu aku cukup tak berkenan masing2dah kahwin tapi bila melawak yg pompuan boleh gosok perut laki orang..yang laki org boleh ja nak sentuh tangan ka apa ka..melawak…sambil gelak..peluk pon pernah depan mata aku…ni kalau tak betul jenuh aku nak menjawab kat sana tapi wallahi jadi depan mata aku!

Aku memang demotivated gila kerja kat situ.Demi Allah sapa yang menganiaya aku kat situ harap dapat la balasan Allah.Even manager yg masuk sama dengan aku tu pon tanya aku awat depa dok attack hg kaww..dia sampai takut apa yg jadi kat aku terjadi kat dia.So dia kerja ikut saja tak berani langsung la nak bagi buah pikiran ka cadangan ka..sebab ramai jenis bermuka2.

Oleh kerana asal nak pi kerja ja aku stress,aku mula la pi lambat..masuk cukup2time..balik on time dan last sekali aku tak tahan sangat dah aku angkat semua barang aku balik terussss tak pi dah without any resignation letter whatsoever.Tu kira tahap aku tak boleh sangat dah la tu.Mamposla apa nak jadi pon.

Kepada ex budak sek aku yg also kerja kat sana,anak mami yg suka bawak mulut past org,semoga Allah beri hidayah la kat hg.Patutla dari sekolah aku tak berapa berkenan geng hg..lagi satu zaman sekolah hat berpuluh taun punya cerita,xyah dok creta la..kalau org creta pasai hg malu oo..hg dok senyap2 bela burung tu.

P/s Sorry aku bkn bt tak kenai hg..dulu hg gelap berkilat lani gebu,gila mana nak cam..salahkan bedak!


Done luahan

No comments:

Post a Comment