Monday 19 December 2022

Pesan kat hgpa (ank2sedara)

 Salam..

Tak terkhabar betapa rindunya aku kat blog syok sendiri aku ni..terlampau sibuk hingga tak sempat nak share…sejak 6bulan terakhir ni,aku busy dengan abang aku yg jugak kanser..so memang keluar masuk hospital la ceritanya..

Dalam pada masa aku tengah busy tu..aku kehilangan seorang rakan kerja aku yang aku panggil “TinkerBell” sebab dia selalu kejutkan aku kalau aku lambat masuk kerja atau terlupa meeting,training dan sebagainya.Tinkerbell menghembuskan nafas terakhir pada 15 Dec 2022 dan dikebumikan di Johor.Aku tak sangka Tinkerbell rupanya menghidap penyakit Balint Syndrome yang ada kena mengena dengan saraf otak.Selama ni aku salah sangka banyak kat dia..kalaulah aku tahu dari awal Tinkerbell tu sakit…….haihhh,Allah swt lebih sayangkan dia..semoga ditempatkan bersama para solihin ya sahabatku.Maafkanlah aku..inshaAllah namamu akan aku selitkan dalam setiap doaku hingga kita bertemu lagi..InshaAllah.

Dalam setiap kejadian pasti ada hikmah dan sesuatu untuk aku belajar..entahlah..terlalu berat rasanya..berat..sumpah berat..kadang aku rasa tewas..seolah aku tak mampu lagi nak menghadap..

Sejak abang aku kritikal..aku mulai rapat dengan anak2saudaraku especially yang bongsu tu..dia memang special (autism)..masa dia kecik2,dia langsung tak mahu dengan aku..macam aku ni orang asing..alhamdulillah Allah dengar permintaan aku..nak peluk cium dia,akhirnya dapatla jugak..but it comes with a price.Bilamana dia tantrum habis aku dilibas dengan apa ja yang ada kat tangan dia.Kadang aku boleh sabar..dan kekadang aku tewas..aku turut sama melibas..kesian kat aku..kesian kat dia..dan yang paling kesian adalah kakak iparku yang penyabar nak mampus..semoga Allah berikan ganjaran buatmu wahai kakak iparku sayang.

Buat anak2 saudara tersayang..Baik yang di Sabah mahupun di Penang..jadilah kalian anak2 yang soleh dan solehah..jangan pernah kalian terlalai dengan helah dunia..jangan biar diri kalian tenggelam hanyut dalam dosa..sentiasalah balik pada ajaran Rasullulah saw dan Al Quran..hormatilah ibubapa dan orang tua..jagalah adab kalian walau dimana berada..

Sungguh diri ini banyak kekurangan..namun kasih sayang dan ingatan MakSu pada kalian tak pernah berkurang..

Sayang selalu..

#malamemo 


No comments:

Post a Comment