Saturday 8 January 2022

Dari langit terlihat bintang bersinar di bumi...


Salam 8 January 2022..

Hari ni aku nak cerita tentang selawat nabi.Kenapa kita perlu berselawat?Arakian kisah,aku adalah orang yang memang kuat lupa..ingatan mak sedara aku yang 70+ lagi bagus dari aku.So setiap kali aku terlupa apa-apa,mak sedara aku akan suruh selawat....dan yang pasti dia tak akan berhenti disitu sahaja..sebab dia akan datang dengan pakej leteren tentang solat,mengaji Quran,kelebihan selawat dan etc.Mau tak mau aku terpaksa dengar jugakla.Sekeras-keras batu kalau air menitik atas batu tu 20-30 tahun lama-lama pasti akan berlekuk jugak batu tu kan....lebih kurang macam tu lah jugak aku. (Hidayah Milik Allah ya kawan-kawan.)

Hati aku mula tersentuh semenjak aku dipaksa dengar satu ceramah dari seorang ustaz dari seberang iaitu Sheikh Ali Jaber..dia kupas tentang fadhilat selawat dengan cara yang sangat menusuk ke jantung aku..

Aku nak tulis detail sangat takut salah,tapi aku bagi kesimpulan jelah dari apa yang aku faham dan ingat,so ada seorang sahabat nabi ni pi tanya nabi pasal doa,berapa banyak dia kena doa untuk dia dan berapa banyak dia kena doa untuk nabi,selawat la kot,pastu Rasulullah jawab terserah padamu.Pastu dia tanya lagi...kalau macam dia doa untuk dia 80% (eg.mintak murah rezeki,umur panjang,kesihatan & etc) dan 20% untuk nabi...ok ka?Lepas tu Rasullulah explain-explain fadhilat selawat tu,last-last sahabat nabi tu decide 100% dia hanya akan doa untuk nabi ja sebab dalam selawat tu dah ada semua kebaikan yang dia nak mintak untuk diri dia.Kiranya selawat keatas nabi tu memang hebat lah.

Mak sedara aku pulak kata,rumah yang tak putus berselawat keatas nabi,rumahnya akan bercahaya.Dari langit terlihat seperti bintang yang bersinar dibumi.Perghhhhhhhh hebatkan.Seperti mana kita meraikan keindahan bintang di langit,begitulah jugak warga di langit meraikan keindahan bintang yang menyinar dari bumi.

Dari Anas bin Malik r.a,beliau berkata bahawa Rasululah s.a.w pernah bersabda :

"Barang siapa yang berselawat kepadaku sekali,maka Allah akan berselawat kepadanya sepuluh kali dan digugurkan sepuluh dosa serta ditinggikan baginya sepuluh darjat di syurga kelak"


(Hadis Riwayat Ahmad,Nas'ie dan Al Hakim)


Sheikh Ali Jaber ni cerita lagi,dia kata nanti masa kat akhirat kelak,masa dah selesai semua manusia dihisab,Rasullulah s.a.w ni dok keluaq masuk syurga sebab dok cuba jugak nak selamatkan umat dia selagi dia boleh.Pendek kata Rasullulah nilah yang paling busy dok cari sapa lagi yang dia boleh tarik keluar dari neraka.Seboleh-bolehnya Rasullulah akan cuba selamatkan umat dia.Bayangkan kalau kita masa hidup ni sekali pon tak pernah nak selawat kat dia,dia nak selamatkan kita camna kalau muka kita pon dia tak nampak.Haram tak ada cahaya.Kelam!

Dari Abi Umamah r.a,beliau berkata bahawa Rasululah s.a.w pernah bersabda :

"Perbanyakkanlah berselawat ke atasku di setiap hari Jumaat kerana selawat umatku diperlihatkan kepadaku setiap hari Jumaat.Maka sesiapa yang paling banyak selawatnya keatasku,dialah yang paling dekat kedudukannya denganku"

( Hadis Riwayat Al-Baihaqi)

~mendapat syafaat di hari kiamat
~mendapat kebahagiaan hidup
~dimakbulkan segala hajat
~dihilanggkan perasaan dukacita
~dihindarkan dari hasad dengki dan sifat tercela
~menjamin keselamatan hidup
~dipelihara daripada ancaman musuh serta bahaya fitnah
~mampu membersihkan hati dan jiwa
~akan datang pada hari kiamat dalam keadaan bercahaya 

Sesungguhnya terlalu banyak ganjaran yang kita dapat dari selawat,aku pon baru ja berjinak-jinak cuba mengamalkan selawat sebanyak mungkin.Semoga kita semua dapat istiqomah dan merasai manisnya ganjaran daripada selawat.

Aminn ya rabbal alamin. 

"Both Jannah & Jahannam were made for sinners.Jahannam was made for the arrogant sinner, whereas Jannah was made for the repentant sinner"

No comments:

Post a Comment