Tuesday, 31 May 2022

Selempang Selendang Di Pinggang


 
..apa yang lebih sakit dari kehilangan orang yang kita sayang…?

..bila kita hilang diri kita sendiri..jasad yang hidup tetapi di dalamnya mati..

..kita tahu dia ada bersembunyi…tapi dipujuk tak bisa ia keluar lagi..apa maunya?

Siapa yang menahannya hingga panjang benar rajuknya..atau sudah terkubur didalam bersama trauma dunia?

..hati mana hati?

..remuk redam sampai memendam..

..hancur berkecai tak bisa dipalam..

..melayar lara dikala malam..

Sakitnya disini..sini dan sini..sambil melurut jasad..dada terasa ketat..padat..

Sakit yang tiada terlihat…ibarat kita membuat-buat…

Saban hari merintih..makin dirintih makin pedih..makin tenggelam dalam sedih..lemas dan perih..

Saat suara tak kedengaran lagi..

Pandanglah mata,jendelanya hati yang separuh nyawa..

Hati-hati jangan sampai turut melebur mati..

Kerna ini tempatnya perang antara hakiki dan mimpi..



Thursday, 12 May 2022

Aku terima nikahnya KTM DUKE 250


Bismillahirohmanirohim..

Syukur ke hadrat Ilahi diberi peluang bersatu dengan Habib Al-Duke 250 yang aku angan-angan dari tahun 2010 lagi..syukur Ya Allah selalu mengabulkan permintaan demi permintaan hambaMu ini...aminnnn.

Ride ke Sg.Petani
Ride Raya ke Sg.Petani

Al-kisah setahun lebih aku punya dok kaji nak beli MT25 ka Duke 200 ka...masa tu aku tak terfikir nak ambik Duke250 sebab harga...MT25 pon harga lebih kurang...aku masa tu dah start fikir nak downgrade ke MT15 jer..murah la sikit...tapi ada yang menggangu fikiran aku bab 150cc ni.

Ni semua gara-gara seorang kawan aku,dia beli R15,so dia bagila aku try bawak dan kami test speed kat Jambatan Kedua Pulau Pinang.Kawan aku pillion ride lah masa bawak tu..riding position untuk R15 memang macam kau nak masuk MOTOGP..
Satu macam punya tunduk menonggek.Masa tu aku pakai hoodie..gaya naik tu memang ada,tapi masa kat tengah jambatan,aku rasa aku dah full throttle dah tapi EX5,Y-SUKU Serta bermacam lagi motor kapcai dok potong aku macam tak ada apa,yang kawan aku dibelakang pon siap makan kuaci letak dalam hoodie aku...pendek kata kami sebenarnya slow saja...angin laut jerr yang buat aku rasa 160kmj.So aku rasa 150cc untuk body besar macam tu tak berbaloi.(Tapi kawan aku salahkan berat badan aku yang buatkan motor dia tak laju,hahahahahahaha-lantaklah.)

Habib Al-Duke


Lagi 2minggu nak beli motor,aku masih tak dapat nak buat keputusan nak beli motor apa dengan budget aku yang agak tight,dan aku plak pendek.159cm naik 250cc kaki tergantung bhaiiii...

Aku punya kaji kat internet ni dah macam nak ambik Degree..rujukan sana sini..kalau dulu aku belajar rajin macam tu,entah-entah aku dah jadi Angkasawan.

So,2minggu terakhir tu aku memang tak boleh nak fokus benda lain...kepala aku motor,motor,motor...orang sembang dengan aku....aku bukan dengar pon...aku haaa jerr sebab fikiran aku entah kemana-mana.At 1 point tu aku sampai give up,aku cakap beli jerlah scooter Vario..senang nak pergi melawat kubur pakai jubah.Aku memang dah tahap tak boleh fikir.

Sampailah hari yang nak beli motor tu,aku pon pergi dengan cousin aku (gambar dibawah).
Dia memang tension dengan aku sebab dia nampak aku punya gedik pasal motor ni tahap tak boleh bawak bincang,tapi aku suka ayat penenang dia bagi kat aku,dia kata,"hang tak payah risau bab motor apa nak beli,tawakal jer,kalau ada jodoh dengan hang,tetap akan jadi milik hang..percayalah.."

Ride ke Seberang Jaya
Ride ke Seberang Jaya

So aku memang tawakal bulat-bulat masa tu...yang aku tau,kalau jodoh aku Vario sekalipun aku tetap syukur..so aku pon melangkah masuk kedai Apek Hotbikes kat Jelutong...sembang pi,sembang mai,cousin aku terus tangkap Apek Tauke  sambil mintak kurang...deal memang cepat gila..pup pap pup pap...cousin aku cakap..."Hang ok tak Duke250,apek ni dah diskaun sekian2...deposit sekian2...xnak cakap banyak..."....aku sengih2 sambil angguk malu2 kat jodoh aku yang kebetulan memang ready stock.

Akhirnya,dengan izin Allah s.w.t,26 April 2022 aku selamat memiliki KTM Duke 250.Walau kaki aku tak sampai,aku panjat sampai boleh.Senget punggung ke kiri jap ke kanan...bak kata orang hati punya mauu kan....so kau pandai2lah menyesuaikan diri.

Sumpah sedap motor ni punya torque...kadang kat traffic light tu aku memang biar motor lain pergi dulu sebab aku takut ada orang gila langgar traffic light...so kira macam berhati-hatilah...tapi lepas tu aku kejar balik lerr ceritanya....(sembang macam mana-mana mai-aku penakut bawak laju sebenarnya hehehheehehe)

Tu sajalah cerita aku untuk kali ini....next inshaAllah kalau ada rezeki akan aku sempurnakan plan aku nak ride masuk Langkawi....sekarang ni biarlah aku bergaul mesra dulu dengan Habibi aku....

Wassalam dan Selamat Hari Raya.

Maaf Zahir dan Batin.

Friday, 15 April 2022

Borak 0 malam 13 Ramadhan..

 Bismillah…

Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang…

Akhir2 ini..aku suka la pulak menonton Documentary pasal Murder n Crime,antara yang memang captured attention aku ada 1tajuk kat Netlfix “Burari Case”.Perghhh memang kaww sekali jumpa 11mayat,10 tergantung 1 terbaring..3generasi 1loving family,well educated dan middle class.Ada bisnes kecil2an…namun part yang paling best adalah mereka tidak dibunuh……tapi mati kerana kepercayaan yang tak tentu hala..

Polis kaji punya kaji…siasat punya siasat..rupanya salah sorang antara mereka tu ada PTSD (Post Trauma Stress Disorder) dan tidak di”treat” oleh psychiatrist.Bila dia tak dapat rawatan..PTSD dia makin terok dan jadi psychosis dimana dia start detach from reality dan create benda dalam kepala dia.

Dia ni orang baik tapi kena aniaya dengan orang…depa ikat dia dalam kilang plywood tempat dia kerja dan bakar tempat tu….dari kejadian tu,dia xboleh bercakap setahun lebih…trauma tu mai dari situ la kot.

(Aku ni nak cerita detail…tapi aku ada masalah taip ipad ni…kena beli keyboard jugak nampaknya ni..)

Kenapa depa semua mati,korang kenalah pi tengok sendiri…cuma kesimpulan dia kat sini..janganlah kita sakiti orang lain..kita tak tahu kerana kita seseorang tu boleh terkesan hidupnya hingga macam tu sekali…

Ok

Wassalam

Monday, 28 February 2022

Perkahwinan..why?

 Bismillah..

          Terlanjur aku menyelak helaian demi helaian buku yang bertajuk "Aku Terima Nikahnya By Ustaz Hasrizal Abdul Jamil" telah membawa satu perbalahan yang panjang di dalam kepala aku ini.



        Penulisan orang-orang yang berilmu memang berbeza sentuhannya dengan penulisan yang hanya melalui pengalaman sendiri.Untuk orang yang seperti aku ni lagi-lagilah berbeza sebab tiada langsung pengalaman dalam alam perkahwinan,namun apa yang menimbulkan perbalahan dalam kepala aku?

        Mengapa perlu berkahwin?Memenuhi tuntutan agama,mengembangkan keturunan,mengelak dari zina dan maksiat..apa lagi?kalian tambahlah sendiri...

        Ada juga yang berkahwin kerna tuntutan nafsu semata..inilah sebab yang menjadi punca "JEMU" selepas 4,5 tahun perkahwinan...niat dari awal dah salah!Ustaz ni kata,"Always begin with in the end in mind" sebelum buat keputusan nak kahwin.Dia suruh fikir...so korang plak la fikir apa kejadah maksud ayat tadi yang bagi aku amat mendalam....apa yang tersurat dan tersirat...kalau kahwin kerana takut sunyi,kau kahwinlah dengan TV...Buka sound kuat-kuat..konfem tak sunyi..(yang ni aku yang kata..kang tak pasal nama Ustaz tu terpalit arang plak..hehehehhe).

        Korang bayangkan Nabi Adam A.S,dah elok duduk di dalam syurga,nak apa semua ada..tapi...nabi Allah ni sunyi maka diciptakanlah Hawa sebagai pasangan..dari kisah ni..aku fikir-fikir balik,maknanya kahwin tu pentinglah..tapi 1 side lagi punya suara dalam kepala aku plak kata,atau mungkin memang lumrah sifat manusia itu sendiri yang sentiasa hendak lagi...nak lagi..tak cukup ni...aku nak lagi...boleh jadi jugakkan.Wallahualam.

        Aku terima nikahnya si polan bt si polan bukan bermaksud lepas ni engkau aku yang punya.Body kau aku nak jelajah kiri kanan depan belakang ikut suka hati aku...bukan!!!Itu hanya pemikiran mangkuk-mangkuk ayun yang ambik ringan bab agama.Ada jerr....pernah jer aku tengok mangkuk-mangkuk macam ni.(aku macam marahkan?ada sebab lah tu...).Aku terima nikahnya si polan bt si polan bermaksud aku tanggung segala dosa-dosamu,aku bertanggungjawab atas hidupmu,aku akan menjadi pelindung untuk dirimu dari azab api neraka,aku yang akan pimpin tanganmu menuju ke syurga,sesungguhnya kau amanah besar yang aku ambil dari ibubapamu.

        Ini kau kerja pon tidak,dosa kau pon tak tertanggung,berani plak aku terima nikahnya kat sini...aku terima nikahnya kat sana...tak cukup 2,haa tambah bagi jadi 3.Biar patah bahu kau terheret tanggungjawab tadi.Esok menjawablah kau disana kalau kau gagal laksanakan amanah tadi.(aku marah kat sapa ni...hihi)

        Korang perasan tak,di barat sana,mat-mat saleh ni la,depa boleh hidup sebumbung beranak pinak dah baru nak melamar pasangan depa.Pernah tengok tak?ada..banyak.Mungkin for them marriage is a piece of paper...mungkin diaorang tak nak ambik tanggungjawab tu..try dulu...boleh pergi jauh tak..diaorang tahu perkahwinan ni needs a lot of works to make it works!.ini apa yang aku fikirla...tapi diaorang lupa yang money also is a piece of paper and you need to work hard to earn it.So kat sinilah kita nampak betapa pentingnya hidup beragama.

        Oleh kerana aku baca buku tu tak habis lagi (tapi aku sakit kepala lepas baca),sebab aku banyak fikir...dan cubaan nak hadam isi yang disampaikan agar berguna..aku nak stop sampai sini saja.Kat bawah ni aku nak share Ciri-Ciri Wanita yang perlu dielakkan sebagai calon isteri menurut Imam Ghazali...cuba check tengok kot-kot korang tergolong jugak dalam ciri-ciri ni....maka cepat-cepatlah ubah.

1.Wanita Ananah - wanita yang banyak merungut itu dan ini,semua tak kena lah pendek kata

2.Wanita Mananah- wanita yang menafikan usaha dan jasa suami,suka mengungkit kononnya dia yang banyak berkorban untuk keluarga.

3.Wanita Hananah-wanita yang suka membeza-bezakan suami dengan bekas suami dan        berangan-angan nak dapat suami yang lebih baik dari suami sekarang,pendek kata tak reti bersyukur.

4.Wanita Hadaqah-wanita boros yang belanja ikut nafsu.

5.Wanita Baraqah-wanita yang suka bersolek dan menghias diri bukan untuk suaminya,suka marah ketika makan,atau suka makan bersendirian

6.Wanita Syadaqah-banyak cakap dan pandai komen saja,mulut bising sampai satu kerja pon tak jadi,tukang sibuk.

        

        Dari Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu, ia berkata bahwa Rasulullah SAW bersabda:

إِذَا تَزَوَّجَ العَبْدُ فَقَدْ كَمَّلَ نَصْفَ الدِّيْنِ ، فَلْيَتَّقِ اللهَ فِي النِّصْفِ البَاقِي

Artinya: “Jika seseorang menikah, maka ia telah menyempurnakan separuh agamanya. Karenanya, bertakwalah pada Allah pada separuh yang lainnya.” (HR. Al Baihaqi)

Saturday, 19 February 2022

Di benak si ...

 Benak

"..dan manusia diciptakan bersifat lemah.."
~An-Nisa Ayat 28~

dengan akal kurniaanMu
serta cacat cela diriku
aku mencari...

lopong dadaku
menelaah setiap inci
ujian yang katanya bersesuaian..
memilih arti agar kesampaian
sefahaman

kata mereka..
ianya berpunca dari hati..
titik buta penyakit segala penyakit
lubang tempat bisiknya si iblis
laknatullah
pergilah..pergilah..
pergilah..

...pencarian tidak berakhir disini..
aku impikan firdausi
aku cintakan mati
jeleknya cuma tidak aku rapi,tidak aku siapi
hadiah untuk bertemuMu nanti..
lantas kemana akan kau campak rindu padaMu ini?

"..wahai manusia yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya.Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati lagi diredhai,serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hambaKu yang berbahagia.Dan masuklah ke dalam syurgaKu.."
~Al-Fajr Ayat 27-30~